Assalamu’alaikum WBT dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana berpeluang untuk membina sebuah blog yang menggunakan nama saya sendiri sebagai domain utama. ;-)

Tujuan utama blog ini dibina adalah untuk berkongsi pendapat serta mendapatkan pandangan daripada rakan - rakan online terhadap produk, perkhidmatan serta perjalanan perniagaan yang saya lakukan di internet ini.

Ini kerana saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya merapatkan lagi diri saya bersama rakan - rakan online agar hubungan yang terjalin bukan sekadar suka - suka atau bukan sekadar pembeli / penjual TETAPI sebagai rakan yang dapat berkongsi pengalaman, idea serta nasihat yang dapat membantu saya dalam menaikkan lagi kualiti perkhidmatan dan produk yang saya tawarkan.

Dengan kehadiran blog ini juga, mudah - mudahan anda dapat mengenali lebih lanjut tentang diri saya sebagai rakan online anda. Saya juga berharap blog ini dapat menjadi rujukan kepada anda sekiranya salah satu laman web saya mengalami masalah. Jadi, dengan hadirnya blog ini, anda tetap boleh menghubungi saya tanpa perlu khuatir saya “hilang”. :P

Sebagai pelawat blog ini, saya akan berkongsi tentang artikel - artikel menarik, produk percuma serta bonus istimewa yang bakal saya perolehi kelak. Harapannya, saya ingin memastikan pelawat blog ini bukan sekadar melawat, tetapi bakal memperolehi sesuatu yang “luar biasa” untuk kegunaan masing - masing.

Akhir kata, semoga blog saya ini dapat memberi manfaat serta membantu anda dalam usaha mencari jalan kehidupan di internet! ;)

Ikhlas,

Amirol