Assalamu’alaikum WBT dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana berpeluang untuk membina sebuah blog yang menggunakan nama saya sendiri sebagai domain utama.
Tujuan utama blog ini dibina adalah untuk berkongsi pendapat serta mendapatkan pandangan daripada rakan - rakan online terhadap produk, perkhidmatan serta perjalanan perniagaan yang saya lakukan di internet ini.
Ini kerana saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya merapatkan lagi diri saya bersama rakan - rakan online agar hubungan yang terjalin bukan sekadar suka - suka atau bukan sekadar pembeli / penjual TETAPI sebagai rakan yang dapat berkongsi pengalaman, idea serta nasihat yang dapat membantu saya dalam menaikkan lagi kualiti perkhidmatan dan produk yang saya tawarkan.
Dengan kehadiran blog ini juga, mudah - mudahan anda dapat mengenali lebih lanjut tentang diri saya sebagai rakan online anda. Saya juga berharap blog ini dapat menjadi rujukan kepada anda sekiranya salah satu laman web saya mengalami masalah. Jadi, dengan hadirnya blog ini, anda tetap boleh menghubungi saya tanpa perlu khuatir saya “hilang”.
Sebagai pelawat blog ini, saya akan berkongsi tentang artikel - artikel menarik, produk percuma serta bonus istimewa yang bakal saya perolehi kelak. Harapannya, saya ingin memastikan pelawat blog ini bukan sekadar melawat, tetapi bakal memperolehi sesuatu yang “luar biasa” untuk kegunaan masing - masing.
Akhir kata, semoga blog saya ini dapat memberi manfaat serta membantu anda dalam usaha mencari jalan kehidupan di internet!
Ikhlas,
Amirol
2 Responses
krol
July 20th, 2007 at 11:11 am
1Aslkm…saudara mohd amirol (amirol mukminin) saya memang sokong usaha murni u untuk melebarkan sayap untuk menulis seberapa banyak info yang sangat berguna buat semua rakan yang diluar sana.Dengan coretan dan idea dari smartusaha dan communiti yang lain, semua rakan akan dapat manfaat apa jua nukilan yang sangat berguna buat semua rakan baru kita.Syabas dan tahniah semoga semua rakan berjaya dalam apa jua impian mereka.New Think Fast Action Now Adalah Senjata utama dalam merealisasikan bidang online ini.Tahniah buat semua hanya dari aku ir. Pesan untuk semua, semua yang berjaya bermula dari zero kosong atau nul nothings…so learn from expert and go to pro…kita semua boleh jadi beliawan usahawan jutawan hartawan dan cuba jadilah insan yang sungguh dermawan dan coretlah atau nukilkanlah supaya jadi insan sasterawan dengan menulis ebook atau report untuk semua rakan kita.Amirol i tahu u akan jadi seperti mereka yang telah pun berjaya.Doa saya selepas jadi jutawan dan jadi hartawan, jadilah pula insan yang paling dermawan supaya u dapat lebih ramai kenalan sahabat rakan dan taulan.Tanpa mereka usaha kita pasti tidak berjaya,oleh itu hargailah semua rakan taulan kita.Selamat serta maju jaya dengan Salam hormat serta salam bahagia dan salam ceria dengan tulus ikhlas suci murni hanya dari saya aku ir.
khai
September 4th, 2008 at 2:51 am
2Salam Sejahtera,
Saya sebagai pendatang baru dalam blogging ini. dan nampaknya theme blog yang saudara samalah dengan blog saya. Jadi sebagai orang yang berpengalaman lama dalam menggunakan theme versi ini, saya minta tunjuk ajarlah bagaimana nak manage menu bar ye? sebab saya tercari-cari setting untuk create menu ‘home’ atau ‘utama’ seperti yang saudara gunakan. dimanakah setting yang patut saya ubah untuk menambahkan menu ‘home’ tersebut.
harap saudara dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.. sekian
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply