25 Mei ini saya akan ke Singapore untuk menghadiri World Internet Mega Summit yang akan berlangsung bermula jam 10 pagi 26 Mei sehingga 29 Mei. Memang tak sabar rasanya untuk menghadiri majlis tersebut kerana berpeluang untuk bertemu dengan “otai” serta “pakar” usahawan internet yang terkemuka di dunia.
Malah, saya juga berpeluang untuk bersama – sama menyertai group salah seorang usahawan internet malaysia yang terkenal iaitu saudara bitol. InsyaAllah, harapan saya kelak dapat menimba serba sedikit ilmu daripada beliau dan juga dengan pakar pemasaran internet yang lain.
2 orang rakan online saya juga akan turut serta dan salah seorangnya dari Brunei. Jika anda juga berkeinginan untuk sertai kami, jangan lupa mendaftar di World Internet Mega Summit.
Jumpa di sana nanti ya!
Amirol,
Akak ada email kat Bitol, Zul, etc update on our trip. Boleh tak awak email kat Kak G melalui alamat email kat komen ni so that saya boleh forward plan kita pada awak?
Thanks.
Kak G.