Saja - saja untuk difikirkan…. Dalam pemerhatian saya secara kasarnya terdapat 2 golongan pengguna internet.

1. Pengguna yang mahir

2. Pengguna yang “kurang” mahir

Baiklah, kita bercerita dahulu tentang situasi pengguna yang mahir…

Pengguna jenis ini saya maksudkan adalah mereka ini mempunyai banyak kelebihan serta kebolehan dalam mengendalikan sama ada software, script, pemprograman, design dan sebagainya.

Kadang kala saya berasa saya ingin jadi seperti mereka.. mempunyai kebolehan - kebolehan tertentu untuk saya aplikasikan dalam perniagaan internet saya. Atau mencipta sesuatu yang baru untuk perniagaaan saya.

Sebagai contoh yang ingin saya ceritakan adalah rakan saya sendiri. Beliau mempunyai kebolehan yang cukup mahir dalam Flash, Design, Programming serta mempunyai pengetahuan yang cukup tinggi dalam bab - bab internet tetapi apa yang membezakan saya dengan dia adalah…. beliau tidak menggunakan kebolehan yang ada untuk dijadikan satu sumber yang mendatangkan hasil yang lumayan untuk dirinya tetapi sebaliknya sekadar suka - suka.

Berbeza pula dengan golongan “kurang” mahir seperti saya ini, golongan jenis ini pula yang berkeinginan untuk berusaha dan membangunkan perniagaan sendiri di internet dan perlu mempelajari pelbagai selok belok dunia internet. Belajar serba sedikit programming, coding, marketing dan sebagainya.

Pendek kata, perkara yang ingin saya sampaikan adalah, golongan yang mempunyai lebih kebolehan dan ilmu pengetahuan TETAPI tidak pula mengaplikasikannya, saya merasakan satu kerugian bagi dirinya jika tidak bijak mengambil peluang.

Satu lagi kes contoh, jika anda pelajar UiTM dalam bidang accounting, sudah pasti anda ada mempelajari subject ecommerce. Tetapi apa yang saya lihat, rata - rata rakan - rakan saya yang mengambil accounting, tidak pula mengaplikasikan subject yang mereka pelajari ini untuk terlibat dalam perniagaan internet. satu kerugian pula saya rasakan buat mereka. :D

Untuk pengetahuan, saya sendiri tidak mempunyai apa - apa pendidikan tentang perniagaan internet, IT, komputer dan sebagainya. Kerana itulah saya merasakan satu kerugian buat mereka yang mempunyai kelebihan ini.

Tetapi mungkin ada juga kebaikannya iaitu, kita sebagai pengguna yang “kurang” ini boleh mempelopori bidang perniagaan internet ini.. :D

Secara ringkasnya yang dapat disimpulkan, golongan yang “kurang” ini sebenarnya lebih “bijak” mengambil peluang berbanding golongan yang “mahir” tetapi “tidak bijak” mengambil peluang.

Untuk maju dan berjaya dalam bidang perniagaan internet ini, seseorang itu haruslah “bijak” mengambil peluang yang ada dan tidak perlu untuk menjadi “mahir” dalam segalanya. Percaya atau tidak, bukti telah pun ada di merata - rata tempat. Sebagai contoh Mike Filsaime, dahulunya beliau seorang penjual kereta, tetapi kini telah menjadi pakar dalam perniagaan internet.

Akhir kata, “INTAI - INTAI” dan “REBUT - REBUT” lah peluang yang ada untuk membangunkan perniagaan internet anda. ;)