Esok, 24hb Mei 2007, saya akan ke Singapore untuk menghadiri World Internet Mega Summit yang akan berlangsung pada 26hb sehingga 29 hb Mei 2007.

Jadi, sebarang persoalan atau pertanyaan yang anda kirimkan kepada saya, akan dijawab selepas 30hb ya…. Jangan pula nanti ada yang “marah” pula kalau saya tak reply dalam tempoh tersebut. :D

Saya akan ke sana bersama - sama dengan usahawan internet malaysia yang lain iaitu saudara hafiz & najmi (cheapestcovers.com), kak Galadriel (internetmelayu.com), smartzul (smartusaha.com) dan beberapa orang lagi. Apa yang pasti, nanti saya kena “menuntut” ilmu - ilmu daripada mereka ini. :D

Untuk pengetahuan anda, World Internet Mega Summit ini melibatkan pakar - pakar usahawan internet seluruh dunia.

Stephen pierce - Mike Filsaime - Ewen Chia - Armand Morin

dan lain - lain lagi…. Layari ke http://www.worldinternetsummit.com untuk keterangan lanjut.

InsyaAllah, sekembalinya saya dari World Internet Mega Summit ini, saya akan kongsikan bersama serba sedikit ilmu yang saya pelajari ketika di sana. :)