Armand Morin Speaker Pilihan Hati.

Alhamdulillah… lega rasanya dah kembali ke rumah… Fuh.. penat sungguh journey ke World Internet Mega Summit TETAPI semuanya berbaloi. Banyak pengalaman yang diperolehi lebih – lebih lagi dapat mengembangkan networking antara internet marketers dari serata tempat. :D

 

(Najmi, Amirol, SmartZul, Bitol on da last day of WIS)

Sepanjang Seminar ini, speaker yang paling saya gemari adalah Armand Morin, Stephen Pierce, Mike Filsaime, dan Brett McFall. Ini kerana tips serta ilmu yang diberikan telah membuka minda saya serta memberi idea – idea baru dalam menjalankan perniagaan Internet.

Ewen Chia, Mark Joyner, Tom Hua, Jay Abraham dan John Childers turut memberikan pelbagai tips, motivasi dan panduan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya sebagai internet marketers.


(Bersama Armand Morin a.k.a Michael Lee Austin)

(Penyampaian Cek Bernilai USD100,000)

Stephen Pierce dalam masa 3 hari berjaya mengumpul USD100K sepanjang seminar ini menerusi web beliau iaitu http://www.foragreatercause.org yang dilancarkan pada hari pertama seminar WIS. Memang mengagumkan dalam masa 3 hari sahaja, beliau berjaya memperolehi USD100K… Kalau kita dah sampai tahap macam ni, Apa nak buat yer? ;)

(Bersama Ewen Chia)

(Bersama Ladan Lashkari… Cun awek ni dan juga seorang Internet Marketer yang semakin famous… huhu)

 

Tips Penting dan Paling Utama yang perlu diambil berat untuk berjaya dalam perniagaan Internet adalah :

RELATIONSHIP (Perhubungan)

 

Ertinya :

Setiap perniagaan yang dijalankan di internet melibatkan hubungan antara MANUSIA sesama MANUSIA… Rangkaian manusia dan sesama manusia itulah yang dapat menentukan sama ada seseorang usahawan internet itu boleh berjaya atau tidak. Jika anda seorang “penjual”, maka anda memerlukan “pembeli” untuk membeli produk anda. Ini bererti anda memerlukan “manusia lain” untuk berjaya dalam apa yang anda laksanakan.

Hubungan sesama manusia amat penting dan jangan sesekali kita mengabaikannya. Kita mungkin boleh menjadi kaya sekelip mata dengan menipu daya manusia lain hanya atas kehendak kepentingan diri sendiri TETAPI kejayaan sebenar tidak akan diperolehi dan akan tiba satu masa akan terjatuh jua.

Untuk terus kekal berjaya selama – lamanya, hubungan yang baik serta kekuatan antara hubungan tersebut amatlah penting dalam merealisasikan impian kita serta mewujudkan kejayaan yang berterusan.

Tidak harus timbul sikap “mementingkan diri” atau “dengki mendengki” sesama kita SEBALIKNYA rapatkan jurang hubungan dan bina komuniti yang saling bantu membantu. Itulah yang akan membawa erti kejayaan kepada apa jua yang bakal kita lakukan kelak!.

;)

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



6 Responses to “Armand Morin Speaker Pilihan Hati.”

  1. smartzul says:

    Feewiit… Cun yer awek sebelah tu? ;)

    Apapun, 5 hari di sana memang meletihkan tapi ia amat menyeronokkan. Bukan hanya seminar, tapi dapat berjumpa dengan IM tempatan dan juga yang luar.

    Harap dapat berjumpa lagi di lain masa.

  2. AliCalok says:

    salam..
    Welcome to malaysia…
    Tentang tip di atas tu memang saya setuju, paling penting PHD jangan ada walau sebesar kuman pun dalam hati kita..
    lepas ni boleh la menuntut ye.. :)

  3. TheReds says:

    waa..best la dapat pegi sana..jumpa otai2 internet dalam dan luar negara..next time nak join gak ler..

  4. [...] anda pernah hadir ke World Internet MEGA Summit yang berlangsung di Singapore tempoh hari, maka penyertaan anda adalah percuma sahaja untuk ke [...]

  5. make money online…

    Great post! Looking forward to many more……

  6. [...] 100 je?.. biar betul… kat mana?.. tahun lepas punya kat singapore.. Armand Morin Speaker Pilihan Hati. __________________ ~A Winner Never [...]

Leave a Reply

Subscribe without commenting