Sepanjang bermulanya cabaran yang saya berikan untuk agen affiliate dalam tempoh pelancaran Pakej Web Jualan sehingga 30 hb ini, pelbagai kerenah juga yang saya temui.
1. Ada pembeli - pembeli yang membuat pembelian menerusi link affiliate sendiri.
Bagaimana saya tahu? Pertama, IP Address (Pembeli dan ID Affiliate sewaktu mendaftar). Kedua alamat tempat tinggal. Jika agen menggunakan alamat lain sekalipun, tetapi IP address adalah sama, maka ini bererti pembeli adalah orang yang sama menjadi agen dan membuat pembelian menerusi link affiliate sendiri. (lainlah kalau mereka - mereka ini sanggup membazir duit minyak pergi ke tempat lain untuk membuat pembelian)
Dan kerana itu, jangan bertanya kenapa komisyen tidak masuk ke dalam statistik komisyen anda ya… melainkan anda dapat memberikan bukti bahawa pembelian sememangnya dibuat oleh pihak lain.. Then komisyen baru akan di approve..
Kesannya :
Mungkin bagi mereka, ia merupakan satu TAKTIK untuk mendapatkan harga yang lebih murah daripada yang ditawarkan… hmm… (cuba bayangkan anda pula yang menjadi pengusaha.. dan pembeli2 anda membuat perkara sebegitu… apakah yang anda lakukan?
)
Saya tidak kesah hal ini terjadi sebenarnya… tetapi kerana saya ingin memastikan pembeli menghargai apa yang mereka perolehi dengan tawaran harga yang dah cukup murah malah lebih setimpal dengan apa yang mereka dapat…
TETAPI apa yang dapat kita lihat… “ORANG KITA” ni walaupun dah bagi murah, masih lagi nak murah.. ye tak?
Kita ambil kira begini ajerlah… anda menempah “pihak lain” membuatkan website untuk anda.. berapa caj yang dikenakan? Sure melebihi RM400 sekurang - kurangnya.. Tambahan lagi jika anda tiada asas untuk melakukan updates, dan terpaksa lagi mengupah orang untuk membuat kemaskini..
Tapi dengan membuat pembelian produk yang saya tawarkan, anda bukan sahaja dapat panduan, malah dapat lagi support online menerusi forum, help desk… hanya dengan sedikit bayaran sekali seumur hidup iaitu RM47… itupun masih ada yang nak murah… huhuh… Pergi kelas tuisyen pun sebulan kena bayar paling kurang RM35… apatah lagi kalau pergi kelas2 belajar buat laman web… berapa kos yang anda kena bayar?
Saya merasakan setiap pengusaha perlu bersikap tegas dengan pembeli. “CUSTOMER ALWAYS RIGHT ?” Bagi saya konsep ini langsung tidak tepat… Terdapat customer yang sering kali memperlekehkan pengusaha - pengusaha yang menjalankan perniagaan masing - masing… (Kadang kala saya merasakan berurusan dengan pihak dari luar lebih mudah daripada berurusan dengan “ORANG KITA” disamping mereka respect apa yang kita laksanakan.)
Apabila anda menjalankan program affiliate anda sendiri kelak, pastikan perkara ini anda ambil berat. Jika tidak anda akan sewenang - wenangnya “diperlekehkan” oleh pembeli. Saya pasti anda semua tak mahu begitu kan?
Saya berkongsikan hal ini adalah kerana anda juga pasti mengalami situasi begini atau “BAKAL” menghadapi situasi begini. Saya ingin melihat “ORANG KITA” ini sedar bahawa, walaupun anda di internet sekalipun, ini tidak bermakna anda boleh memperlekeh atau melakukan sesuka hati anda. Saya bukanlah pakar, bukan juga yang handal.. tetapi apa yang saya kongsikan adalah hakikat kehidupan manusia.. Bagi lebih, nak lebih lagi…. Orang kata, bagi betis nak peha, bagi peha pijak kepala pula… :(… Sifat SYUKUR itu tidak timbul dalam diri… Tak apa lah… semoga masing - masing mendapat manfaatnya kelak ya!
2. Pertanyaan berkaitan teknik promosi.
Ramai juga agen affiliate yang bertanya bagaimana untuk membuat promosi. Maaf ya kerana saya terlupa untuk mengupload tips melakukan promosi. InsyaAllah, saya akan mengirimkan email kepada anda tentang teknik promosi link affiliate. ![]()
4 Responses
hilmi (internet-young-malaysia)
June 11th, 2007 at 12:36 am
1terima kasih Amirol atas tunjuk ajar..:)
Sekadar pandangan
June 13th, 2007 at 5:06 pm
2Hai amirol. Terimakasih atas komentar di atas.O ya amirol bukan saya tak bersetuju dengan pandangan saudara.Cuma kemungkinan besar pembeli itu tidak kreatif.
Kalau pun mereka hendak membeli, kenapa tidak mereka membuat jointventure dengan seseorang.Contohnya jointventure adik bradik. Seorang jadi affiliate dan seorang beli daripada affiliate adik diakah atau abang dia!.Oleh itu itu tidak timbul isu ip address tau alamat yang sama.Ada kemungkinan team adiberadik tersebut tinggal serumah.Cubalah baayangkan kalaulah yang menjadi affiliate itu adalah adik seseorang yang berumur 14 tahun apa kah dia mempunyai rumah atau alamat lain.Mesti dia juga tinggal serumah dengan abang atau kakak mreka.
Sekali lagi saya jelaskan, jaganlah jadikan alamat atau ip adress sebagai satu kayu ujian untuk melakukan jejak pembelian (sekadar pandangan).Skop pengguna atau pembeli juga terlalu luas, mereka bukan sekadar untuk orang dewasa tetapi juga di kalangan adik-adik sekolah.lainlah kalau produk saudara amirol itu di khususkan untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas.Ini sekadar saranan.Ya dengan tujuan menghidupkan usahawan lain khususnya team-team adik beradik dan juga mereka-mereka yang berumur dibawah 18 tahun.
Pembelian dengan melakukan klik pada link sendiri memang betul adalah tidak munasabah langsung dan betul-betul tidak kreatif.
O ya saudara amirol,bukan saya hendak memperkecilkan orang kita, tapi memang itulah budaya orang kita.Walaubagaimanapun janganlah mereka ini disisihkan.Kita perlu memberikan didikan.Dalam pada itu kita tak boleh menyerahkalah.Saya berpendapat,kita perlu memberikan penjelasan dan bimbingan.Inilah sebenarnya keperluan BLOG.Ia menjadi WADAH untuk menyampaikan didikan kepada masayarakat kita khususnya.
Sekali lagi saya tegaskan disini,bukan niat saya hendak mengecilkan lagi skop pendapatan saudara amirol.Cuma apa yang saya harapkan saudara janganlah menolak lasung idea saya.Kerana secara umumnya jointventure adalah diterima.Oleh itu tidak salahkan jika ianya diperaktikan dalam hal-hal begini(“CUSTOMER ALWAYS RIGHT ?” ).Maaflah saya masih mentah lagi dalam bidang perniagaan internet.Ini sekadar satu solution kepada kesilapan melakukan pembelian pada link sendiri.
Kalau ini juga saudara amirol katakan taboo atau tidak boleh lansung, saya fikir susahlah jointventure atau team maketer khusunya di Malaysia nie.Bagaimanalah kita dapat membantu team-team affiliate sebegini.Kemungkinan besar saya juga melebelkan ‘orang kita’ sebagai mereka yang hanya pentingkan diri,WANG dan tidak memikirkan masyarakat kita yang baru hendak berdiri dan berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet. Usahlah jadikan harga wang ringgit itu sebagai satu indikator murah atau mahalnya suatu produk.
Tetapi jadikanlah keikhlasan itu satu pakaian dalam memberi.Kalau benar yang yang membeli itu dikalangan team-team yang saya katakan diatas.Saya fikir mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya dijanjikan.Kemungkinan besar yang membeli itu seorang adik berumur 14 atau 15 tahun dan mendaftar sebagai affiliate kemudian menggunkan kad kredit atau akaun ayah,abang,emak dan kakak mereka.Apa kah mereka ini di COP sebagai ‘orang kita’ kerana pembelian dilakukan pada ip adress dan alamat rumah yang sama sebagai mana saudara amirol kata bahawa saudar boleh menjejaki pembelian mereka.Bantuuuuuuuuu kamiiiiiiiiii tolooooooooong kamiiiiiiiiiiiiiii.Ya macam lagu PRAMLEE.
AKHIR KATA SAYA MOHON MAAF KALAU SAYA TERSILAP ATAU MENYEBELAHI SEBELAH PIHAK SAHAJA.SAYA MASIH BARU LAGI DENGAN PERNIAGAAN INTERNET.
Apa yang saya utarakan sekadar pandangan dan menegakkan apa yang saya fikir kan betul.Pada saya dunia perniagaan internet sungguh luas demikian juga pembeli luas tidak terhad kepada orang dewasa lebih-lebih lagi produk-produk berkaitan dengan internet.
Hak tetap hak.Ingatlah kita orang islam bila mana kita telah membuat akad maka tunaikanlah akad tersebut.Kerana kelak ia akan ditanya tuhan akan hak yang kita janjikan.
Kapada yang berada di luar sana janganlah melakukan pembelian menerusi link sendiri.Saya memang langsung tidak bersetuju.
Untuk saudara amirol ringkas,saya katakan ip adress dan alamat rumah bukanlah indikator yang boleh digunakan untuk menidakkan hak affiliate di luar sana,
Harap komentar saya tidak di salah sangka atau di anggap sebagai bahasa kasar.Ia sekadar pandang yang ikhlas tiada niat.Ia sekadar berkongsi macam mana nak membeli menerusi affiliate dan macamana nak menghidupkan team-team adik beradik dan macam mana menjadi pembeli yang kreatif.
Maaf sekali lagi. Sekian terima kasih.
amirol
June 13th, 2007 at 8:03 pm
3Salam,
Terima kasih untuk komentar yang panjang lebar.. ..
Sebenarnya saya memang menunggu respon - respon yang bernas daripada pembaca… Nak tengok sama ada pembaca - pembaca ini akan mengambil bahagian atau tidak…
Kontrovesi boleh membuatkan seseorang itu akan mengambil bahagian.
Dan alhamdulillah kerana saudara salah seorang yang sudi memberikan idea dan respon yang bernas.
Saya menerima pandangan saudara dengan hati yang terbuka kerana pada saya, idea dan pandangan daripada anda semualah yang sebenarnya membantu saya untuk semakin bergerak maju.
Tentang berkaitan Address dan IP itu, buat agen yang dan pembeli yang saya dan rakan saya detect sama lokasi, jika mereka memberi makluman kepada saya, maka agen tetap akan menerima komisyen..
Yang paling penting adalah perbicaraan sesama kita. Saya juga berharap semoga lain - lain pembaca dapat turut serta memberi idea dan pandangan sama seperti saudara.. Jika ada masalah, hanya perlu utarakan dan insyaAllah, saya akan membantu.
Ikhlas,
Mohd Amirol
Musykil
November 30th, 2008 at 11:49 pm
4hmmm… artikel ni dah lama di tulis tapi oleh kerana baru terjumpa, saya buat atatan ringkas juga. Oklah, saya tertarik tentang ip ni, timbul juga pesoalan jika seseorang tu berkongsi talian internet. Macam saya ni, dalam satu pejabat ada 60 orang kakitangan dimana kesemuanya menggunakan satu talian internet cuma berlainan komputer. Katakan saya promosikan link affiliate saya kepada rakan sepejabat, lalu ada di antara mereka membelinya. Bagaimana dengan IP ? Kalau ip pembeli itu sama dengan IP saya, bukankah saya teraniaya ?
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply