Tahukah anda bahawa HEADLINE laman web anda memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik peminat mengetahui apakah yang sedang anda promosikan?
Headline yang berkuasa akan mampu menarik pelawat untuk membuat pembelian terhadap produk yang anda pasarkan.
Mari kita buat kajian antara 2 headline yang saya gunakan.
Untuk Pakej Lengkap Laman Web Jualan Sistem Affiliate VERSI 1 yang terdahulu, headline yang saya gunakan adalah :
“Miliki Pakej Lengkap Membina Laman Web Jualan Dengan Kuasa Sistem Affiliate & Autoresponder!“
Ketahui RAHSIA Bagaimana Jualan Di Internet Boleh Memberi Anda
1000% KEUNTUNGAN … WANG Mengalir Tanpa Henti – Henti Ke Akaun Bank Anda !
Manakala untuk VERSI 2 Pakej Web Jualan pula, headline yang saya gunakan adalah :
“Kini Teknik Membangunkan Laman Web Jualan Yang Memberi Keuntungan Lebih 1000% Telah Terbongkar!”
Bangunkan laman web perniagaan anda dengan tangan
sendiri tanpa perlu untuk mengupah webmaster lagi!
Kedua – dua headline ini berjaya menghasilkan jualan untuk produk saya yang satu ni… Tetapi perbezaannya adalah lebihan keuntungan yang diperolehi. Maksud saya disini adalah, saya tetap menghasilkan jualan di antara kedua – dua headline yang dicipta tetapi dengan headline yang lebih berkesan, pelawat akan lebih teruja untuk mengetahui apakah produk yang anda promosikan dan membuatkan mereka untuk terus membeli produk anda.
Saya akan berhenti pada bahagian ini kerana saya ingin anda meneka, headline manakah yang membuat orang berasa lebih teruja.. atau anda sendiri berasa lebih menarik & tertarik untuk mengetahui produk yang saya pasarkan
Sila tinggalkan komen anda ya? Saya akan menyambung edisi kedua bahagian headline dengan tips – tips yang akan membantu anda untuk membina headline anda.
YES!! Headline BESAR perananyna dalam biz, jika kita tengok orang yang menjual roti canai ada meletakkan “Royti canai terbnag Pak Abas memang lazat, tak rugi mencuba” tgk?? org pasti akan teruja, dan pasti akan membeli untuk mengetahui rasanya.. pastinya, headline merupakan benda kecil yang memainkan peranan besar dalam “MENAMBAT” hati pembeli..
Btul tu headline memainkan peranan penting. Jika ayat headline power so pelawat pun berminat untuk membaca dan mengetahui apa yang selanjutnya. Spt yang dikatakan oleh saudara Hilmi. Ia merupakan penambat hati pembeli.
Hentai Girls Sex…
Sorry, it just sounds like a crazy idea for me
…