Aug 01 2007
Posted by Amirol as Pakej Web Jualan, Pengumuman Khas, Perniagaan Internet
Sebelum ini, kita disedarkan oleh saudara zul dengan artikel beliau iaitu Dimanakah Mereka Menghilang yang mana dalam artikel tersebut, zul menyatakan bahawa rata - rata IM negara kita sudah “penat” dengan market malaysia.
Hal ini memang tidak dinafikan kerana apa yang dapat kita dilihat, masyarakat kita lebih suka “kondem”, “dengki” daripada menyokong sesama bangsa itu sendiri. Yang menyedihkan lagi apabila kita sesama agama (Islam) tidak bersatu padu malah tidak menghormati antara satu sama lain.
Bak kata zul, kepada mereka yang biadap dan tak beradap itulah yang menjadi punca kepada permasalahan ini.
Saya tidak mengerti mengapa terdapat sesetengah pihak tidak mengendahkan hak orang lain? Adakah mereka ini jenis manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan? atau lebih mudah untuk diperkatakan adalah manusia TIDAK BERMARUAH atau …??
Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan insiden PENYAMAR MAYA yang mana si penyamar cuba mendapatkan produk - produk IM dengan tipu helah, kali ini saya ingin menceritakan pula manusia yang hampir sama perangainya tetapi menyebarkan produk orang lain tanpa kebenaran.
Walaupun perkara ini adalah perkara biasa, tetapi sampai bilakah ianya perlu dibiasakan? Lebih menyedihkan lagi adalah, jika si penyebar juga adalah sesama bangsa, kaum dan agama. Mereka ini umpama PEMBINASA bangsa sendiri. Kerana orang - orang seperti mereka inilah menyebabkan bangsa kita tak dapat maju. Mana taknya, asyik menjatuhkan bangsa sendiri.
Sepanjang hampir setahun setengah saya menjalankan urusniaga online, sebenarnya telah beberapa produk digital yang telah saya jual di internet. Dan 100% produk tulen saya yang pertama adalah Pakej Web Jualan. Saya juga pernah melakukan JV menjual Script jenis MLM/Referral pada satu ketika dahulu (time tengah aktif dengan dunia MLM) tetapi saya telah hentikan penjualan script tersebut apabila ianya disalahgunakan oleh pembeli.
Tetapi akhir - akhir ini, saya telah melihat script tersebut telah semakin “galak” digunakan dan ini amat membuatkan rasa berasa agak “geram”. Begitu juga dengan programmer script tersebut. Beliau berasa amat terkilan kerana script tersebut telah tersebar sedemikian rupa. Buat penyebar, berhati - hati ya.. Tunggu tindakan tegas daripada pihak kami.
Seterusnya, apa yang paling buat saya “geram” adalah apabila mendapati Pakej Web Jualan disebarkan dengan sewenangnya. Sebelum ini, saya juga telah “detect” beberapa web dan tindakan telah diambil. Tetapi hari ini, ADA LAGI web yang buat hal… Em.. tak abis - abis lagi ya???
Tak perlulah untuk menyebar produk Usahawan Internet Malaysia ni secara illegal… Pusing - pusing web, confirm jumpa punya mana satu illegal! Anda tak akan dapat lari kemana. Percayalah “sahabat”ku…. Anda hanya akan buat diri anda akan di”COP” sebagai orang yang tak bertanggungjawab sahaja.
Jika ingin survive dan buat bisnes internet, buatlah cara betul.. Percayalah “sahabat”….. anda tak akan kaya cepat kalau buat macam tu… duit dapat pun tak berkat… Jangan mengajar orang juga buat sesuatu jika diri sendiri pun tak betul lagi….
Nasihat saya juga, jangan gunakan produk orang lain untuk melariskan produk anda.. Jika produk tersebut diberi lesen seperti PLR / GiveAway mungkin anda boleh gunakan sebagai sumber untuk meningkatkan jualan anda. Tetapi jika produk tersebut terang - terang mengatakan TIDAK BOLEH DISEBARKAN, jadi mengapa anda sebarkan? Tapi tak kira ke halal haram pendapatan anda tu nanti??
Cuba baca ini ya? Kesucian Harta Anda
Buat anda yang tersilap langkah tu, bawak - bawak bertaubat dan hubungilah saya jika anda rasa bersalah. Mungkin kita dapat bermaaf - maafan kelak.
Mungkin bagi anda, “SIAPALAH KAU TU AMIROL“… ntahlah.. siapa saya ya? Yang saya tau, saya tak pernah ganggu atau ceroboh hak milik anda. Tetapi kenapa anda ceroboh hak milik saya? Saya tak pernah ganggu anda… Saya buat kerja saya sendiri tanpa mengambil harta hak milik anda secara illegal pun.
Jadi, apa kes anda mengambil hak milik saya tanpa sah? Saya bermula dari “0″ dengan segala kepayahan, tetapi anda nak senang - senang ya dengan menggunakan produk orang lain? Saya pasti anda tidak akan berjaya! Percayalah….
Buat rakan yang memaklumkan kepada saya tentang penyebaran ini, terima kasih sangat - sangat atas kerjasama anda. Saya akan menghadiahkan anda sesuatu untuk kerjasama yang anda laksanakan. Terima kasih banyak - banyak. (Di sini sahaja anda dapat lihat bahawa, jika saya sendiri tak jumpa, akan ada rakan - rakan yang akan jumpa dan memaklumkan kepada saya…
)
Segala kekurangan datangnya daripada saya, dan yang baik itu datangnya daripada Allah SWT. Semoga apa yang saya kongsikan bersama ini akan memberi iktibar serta tindakan hati - hati kepada usahawan internet yang lain.
TQ.. arigato
4 Responses
Bemi
August 1st, 2007 at 8:43 am
1Hi semua!
Saya sebenarnya ada rasa nak cuba market Malaysia tapi apabila melihat posting korang semua rasa malas nak buang masa pulak.
Tapi kalau kita tidak buat ni siapa lagi? Seronoklah penyangak2 tu bermaharajalela. Sesiapa yang berniaga secara tulen dan etika jangan putus asa…kebenaran pasti mengatasi kepalsuan kan?
Never give up guys!
Bemi.
amirol
August 1st, 2007 at 12:22 pm
2Hi bemi,
Thanks for your opinion. Market msia boleh dimasuk. Tetapi mungkin lebih sesuai untuk produk - produk fizikal kot?
tapi nak masuk produk digital pun boleh juga cuma mungkin lepas ini kita kena sama - sama fikirkan satu alternatif bagaimana untuk membendung masalah ini.
Kalau produk digital ni actually di luar sana pun akan ada golongan macam ini. Yang menyebarkan produk - produk pihak lain tanpa kebenaran.
Tetapi kita ni sebagai rakyat malaysia, sepatutnya tak perlulah nak buat macam tu..
Seperti yang saya katakan, pusing - pusing web, memang confirm akan jumpa punya. So, tak dapat lari lah daripada di didetect.
Bila owner produk dah detect, tak ke memalukan diri serta buat diri tu dibanned? Silap - silap hari bulan, semua IM akan banned. IM Malaysia dah jadi umpama menjadi satu komuniti dan sepatutnya golongan2 “elit” yang buat kerja tu haruslah berhenti daripada menjatuhkan IM.
Saya lebih sukar syorkan JANGAN BELI kalau rasa nak buat jahat tu.. Sebab atleast tak ada dosa diperolehi..
Ntahlah… tobatlah yer…
smartzul
August 2nd, 2007 at 2:15 am
3Saya rasa, produk digital di market luar lagi kritikal berbanding di Malaysia.
Bahkan tak salah kalau saya katakan market kat luar sana susah sikit nak buat utk produk digital.
Kita baru mula, so ada masa lagi untuk ambil apa2 langkah atau tindakan. Dalam kesibukan kita berniaga, kita juga kena educate orang Malaysia juga agar mereka tahu apa yg tak tahu. Maklum je lah, kebanyakan orang hanya tunggu diberitahu baru tahu.
Apapun Amirol, sabar je lah. Biasanya yg jahat ni tak lama…
Bila difikir balik, macam dah lali dah benda2 gini. Kalau dilayan sangat, kita juga yg rugi, kalau dibiarkan, semakin menjadi2. So kena sabar banyak2 di samping buat apa yg perlu.
zakaria
August 16th, 2007 at 9:07 am
4alhamdulillah selepas saya baca laporan anda. Sekarang baru saya faham apa itu DUNIA INTERNET! Terima kasih kerana memberi saya peluang
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply