Seperti yang kita perhatikan pada masa ini, kini telah ramai pengguna internet malaysia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan ataupun perniagaaan di internet.

Saya sendiri telah terlibat dalam urus niaga di internet ini sudah setahun setengah sehingga ke hari ini dan telah memiliki lebih 13 domain & web yang sedang beroperasi. 3 daripadanya tertumpu kepada market malaysia iaitu WebJualan.com, UsahaNiaga.com, MohdAmirol.com dan InsyaAllah akan ada lagi satu web yang akan dilancarkan sedikit masa lagi untuk pasaran Malaysia juga.

Pada mula penglibatan dunia online, saya telah terlibat mengoperasikan sebuah web group MLM untuk satu perniagaan MLM yang saya sertai. Bermula daripada situlah, saya mula mempelajari dan “mencari” konsep sebenar berniaga menerusi internet.

Berpandukan info - info daripada blog usahawan terkenal di Malaysia seperti Irfan Khairi, SmartZul, Alang, Mohd Fairuz, Kidino, Gobala Krishnan dan ramai lagi, saya telah membuat track dengan mencari konsep - konsep perniagaan mereka serta mendapatkan buku & ebook berkaitan perniagaan internet sebagai rujukan.

Jujurnya, pada permulaan saya “mencuba” mengoperasikan perniagaan di internet, sememangnya terlalu banyak kesilapan serta kekurangan yang telah saya lakukan. Antara perkara yang paling saya kesalkan sehingga ke hari ini adalah kerana pernah menjual script Web Group MLM yang kini telah tersebar dan disalah gunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan keuntungan peribadi mereka sendiri. Saya kesal kerana tidak merancang serta memilih produk yang benar - benar bersesuaian pada permulaan dahulu.

Keduanya adalah, sejak mula dahulu saya tidak mengatur jadual serta track record yang kemas untuk setiap module perniagaan yang saya operasikan. Jadi, apabila saya ingin membuat rujukan semula, ianya amat menyukarkan bagi saya mendapatkan kembali data serta perkara - perkara yang telah saya lakukan.

Jadi, disini saya ingin berkongsi, jika anda baru ingin bermula atau sudahpun bermula, jangan lupa siapkan pelan dan jadual anda terlebih dahulu. Rekodkan setiap perkara yang anda lakukan kerana ianya bakal diperlukan oleh anda kelak di masa akan datang.

Ketiga, focus. Apa - apa sahaja yang anda lakukan memerlukan Focus. Tanpa focus, anda agak sukar untuk menyiapkan atau melakukan sesuatu. Perkara ini juga terjadi kepada saya. Kadang kala kerja tertangguh, kadang kala gangguan sekeliling juga menyebabkan kita hilang focus sebagai contoh jika anda ada isteri, mungkin isteri anda meminta membelikan sesuatu. Kalau anda sebagai seorang anak pula, berkemungkinan mak anda suruh pergi ke kedai dan sebagainya. (ini jika anda bekerja dirumah).

Ini adalah salah satu penyebab focus hilang dan masa yang harus digunakan untuk melaksanakan kerja, terganggu. (Biasanya, memang tak boleh elak hal- hal ini)

Gangguan Focus Online. Ini saya pasti ramai yang menghadapinya juga. Sedang buat sesuatu kerja, kita terniat untuk melayari ke web - web tertentu. Kononnya untuk survey, untuk melihat perkembangan terbaru dan lain - lain hal. Jadi, di sini sahaja kita dah buang masa yang seharusnya dimanfaatkan. Tapi mungkin juga ada kelebihannya juga? Wallahualam. :D

Diatas adalah beberapa perkara yang saya kesalkan dengan diri saya sendiri sebenarnya. Sepatutnya saya boleh memaksimakan lagi potensi perniagaan di internet tetapi banyak masa yang telah dibuang begitu sahaja serta peluang - peluang yang seharusnya dimanfaatkan.

Sekarang, saya dalam proses untuk menyusun atur web - web yang telah saya bangunkan dan dalam masa yang sama juga saya akan membuat satu sistem pengurusan yang lebih efektif serta memudahkan pengguna/pelawat web saya untuk berurusan.

Akhirkata, jangan dan elakkan daripada melakukan kesilapan seperti yang telah saya lakukan ini. :)