Aug 09 2007
Posted by Amirol as Pakej Web Jualan, Program Affiliate
Cukup dengan 3 soalan diatas, saya akan terangkan secara ringkas bagaimana sistem affiliate ini telah banyak membantu penjualan produk saya.
Seperti yang anda tahu, produk utama dan satu - satunya produk original 100% hasil kerja (ciptaan) saya sendiri adalah Pakej Web Jualan. Sejak saya mula memasarkan produk ini, saya telah mengaplikasikan Sistem Affiliate kepada web jualan saya. Apa yang dapat saya lihat di sini adalah :
Sehingga ke hari ini, penjualan terhadap pakej web jualan sentiasa berlaku dan 30% jualan disumbangkan oleh agen - agen affiliate saya.
Secara ringkasnya disini, jika anda memiliki produk yang ingin dipasarkan, anda mungkin boleh menggunakan sistem affiliate sebagai salah satu cara untuk mempromosikan produk anda dengan mudah.
Cuma yang ingin saya tekankan disini adalah ketelusan anda untuk membayar komisyen agen - agen affiliate yang telah membuat jualan produk anda. Jangan pula anda tak bayar komisyen yang telah dihasilkan oleh mereka. Ini kerana jika anda berbuat demikian, jika dikemudian hari anda mempunyai produk lain yang ingin dipasarkan, berkemungkinan besar tiada siapa yang ingin pasarkan produk anda.
Saya pernah juga mengalami sedikit kesulitan dalam menguruskan sistem affiliate ini antaranya :
Alhamdulillah, sepanjang saya menjalankan sistem affiliate pada web jualan saya, telah ramai juga yang menerima komisyen dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk kerjasama anda semua.
Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan disini, saya ingin memaklumkan bahawa setiap sales yang anda lakukan serta butiran keaktifan anda akan saya rekod untuk saya tawarkan JV di kemudian hari untuk lain - lain produk akan datang.
Sebagai contoh JV jemputan saya yang lepas untuk salah satu produk yang saya pasarkan :

Terima kasih untuk saudara bitol, tazilan dan meor kerana telah membantu memasarkan produk saya. InsyaAllah, ada lagi JV yang akan datang kelak.
Sebagai kesimpulan, saya terangkan sekali lagi kelebihan memiliki sistem affiliate untuk penjualan produk anda.
p.s - Terdapat laman web yang menyalahgunakan istilah affiliate yang mana menawarkan komisyen bertingkat (berlevel - level). Hati - hatilah. Program affiliate hanya sesuai untuk mereka yang sanggup BERUSAHA sahaja. No Work, No Money. :P..
p.p.s - Untuk pengetahuan anda juga, kebanyakan program affiliate adalah PERCUMA untuk disertai.
Jadi, elakkan diri daripada terjerumus dengan “sistem random”,”sistem autodownline” dan pelbagai macam sistem yang menjanjikan anda wang. Percayalah. Tiada keuntungan yang akan anda perolehi. (saya sendiri dahulu pernah terlibat satu ketika dahulu.. So, jangan ikut jejak langkah ku :p )
p.p.p.s - Nak belajar buat affiliate? Dapatkan Pakej Web Jualan…. Hehe
One Response
starline
November 15th, 2007 at 10:30 pm
1Bagus la Amirol.Saya pun baru je siapkan affiliate saya untuk ebook komputer saya.Nak tengok camna peginya nanti.Harap-harap berjaya la.Thanks ye article ni.
Affiliate ni “win-win situation”.Dua2 belah pihak dapat hasil.Yang buat product ngan yang jadi agen.Semua orang boleh dapat pendapatan sampingan.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply