Jika diperhatikan, rata - rata pengguna PayPal di Malaysia akan membuat tukaran wang Paypal dengan kadar (rate) USD1.00 = RM3.00. (kadar ini saya ambil semasa saya membuat artikel ini. Ia mungkin akan berubah masa akan datang) . Namun saya ada alternatif lain untuk mendapat kadar tukaran yang lebih tinggi untuk wang paypal anda!

Untuk pengetahuan, pelbagai alternatif lain yang turut digunakan oleh pengguna PayPal negara kita untuk mengeluarkan wang paypal iaitu sama ada :

  1. Menggunakan Alamat, Bank Akaun Singapore
  2. Menggunakan 3rd Party Card seperti AccentVisa, eTrade, Virtual Money Card.

Sebelum ini saya menunjukkan penggunakan Virtual Money. Jadi ramai yang bertanyakan adakah kad ini selamat? Saya ingin menerangkan sepanjang penggunaan saya, saya tidak menghadapi sebarang masalah.

Persoalan adakah kad ini selamat atau tidak sebenarnya bukanlah masalah utama. Perkara utama adalah masalah PayPal itu sendiri yang boleh bila - bila masa sahaja untuk freeze kan akaun anda apabila mereka merasakan anda membuat sesuatu transaksi illegal. :)

Oleh itu, Jika anda menggunakan kad 3rd party ini, anda haruslah memastikan bahawa Butiran Peribadi anda pada PayPal, pada Credit/Debit Card yang anda gunakan sewaktu pengesahan akaun paypal anda adalah sama seperti butiran peribadi pada kad 3rd party ini kelak. InsyaAllah, mungkin risiko untuk mengelakkan akaun anda diblok oleh paypal adalah rendah. Wallahualam.

Berikut adalah bukti saya mengeluarkan wang paypal saya ke akaun VM

 

 

Lihat procedure yang saya lakukan :

  1. Saya keluarkan USD200.00 dari PayPal ke Akaun VM
  2. USD197.00 dimasukkan ke dalam akaun VM saya setelah ditolak caj USD3.00 untuk process withdraw dari paypal.
  3. USD197.00 + Baki Wang dalam VM iaitu USD6.62 = USD203.62

Seperti yang anda dapat lihat, setelah nilai USD203.62 ini ditukarkan kepada matawang Malaysia (RM), saya memperolehi RM707.07. Ini bererti, kadar tukaran di VM adalah 1 USD = RM3.472.

Jadi, di sini saya ingin anda buat kira - kira,

Jika anda membuat tukaran dengan pihak lain, anda hanya akan mendapat rate antara 3.0 - 3.1.

Andaikata anda ingin menukar USD100.00 kepada RM. Anda hanya akan mendapat sebanyak RM300.00 atau semaksima RM310.00

Namun, jika menggunakan VM, USD100.00 - USD3.00(paypal to VM) - USD4.5(VM to ATM) = USD92.5 (wang yang boleh anda keluarkan kelak)

Namun, disebabkan rate yang lebih tinggi, USD92.5 x 3.472 = RM321.16

Manakah yang lebih baik? ;-)

Tetapi, sebelum anda mendapatkan VM kad ini, saya ingin anda fikirkan serta rancang dahulu sama ada anda betul - betul memerlukannya atau tidak.

  1. Adakah akaun paypal anda sentiasa berisi setiap bulan?
  2. Adakah anda sentiasa menerima income di akaun paypal?
  3. Adakah income anda sentiasa melebihi USD300.00 setiap bulan?

Jika ya, anda boleh memiliki kad ini kerana anda perlu :

  1. Caj bulanan kad = USD4.5
  2. Caj pengeluaran ATM = USD4.5
  3. Caj paypal ke VM = USD3.0
  4. Maintain min USD10.00 dalam kad

Anda HARUS memastikan bahawa kad anda sentiasa mempunyai balance min 10USD dalam VMI kad setiap bulan utk process yuran bulanan.

Jika anda benar - benar memerlukan kad ini, barulah anda apply. Untuk maklumat lanjut lagi, sila baca

http://mohdamirol.com/2007/06/20/virtual-card-keluarkan-duit-paypal.html

http://mohdamirol.com/2007/07/18/virtual-money-card-dan-paypal.html

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di http://support.mohdamirol.com