Aug 27 2007
Posted by Amirol as Perniagaan Internet, Seminar Keusahawanan, Usahawan Internet Malaysia
Pada 26 hb Ogos yang lepas (semalam), saya telah ke PWTC selepas diajak oleh kak Galadriel. Tujuan utama pergi ke sana hanya semata - mata nak tengok talk yang diberikan oleh Dr Irfan Khairi serta bersua muka dengan beliau.
Berikut adalah gambar Dr Irfan Khairi yang saya ambil.


Ramai yang berpusu - pusu untuk mendapatkan tandatangan Dr. Irfan Khairi.. Ada yang mintak sain atas kertas, ada yang mintak sain pada buku, poster dan sebagainya. Memang famous Dr. Irfan ni.. Bila lah saya nak sampai ke tahap tu..
Tetapi apa yang dapat saya lihat, tak ramai yang bertanya dengan Dr.Irfan tentang tips - tips berkaitan perniagaan internet. Sebaliknya mereka berebut - rebut mendapatkan tandatangan beliau. Berbeza dengan keadaan di World Internet Mega Summit hari tu, semua orang berpusu - pusu berjumpa dengan speaker untuk bertanyakan idea, tips dan pendapat tentang memulakan perniagaan internet.
Mungkin juga disebabkan terlalu ramai yang meminta autograf daripada Dr.Irfan membuatkan soalan - soalan tidak dapat dikemukakan.
Semangat orang ramai untuk berjumpa dengan JUTAWAN INTERNET ini menunjukkan betapa Dr. Irfan Khairi sangat diminati ramai serta menjadi idola kepada usahawan - usahawan internet. Termasuk juga saya… hehe..
Seminar ini memang baik untuk para usahawan sama ada offline ataupun online untuk mendapatkan idea - idea serta panduan yang berkaitan untuk memulakan perusahaan sendiri.
Saya amat mengesyorkan anda untuk menyertai seminar - seminar seperti ini kerana anda boleh mendapat idea baru serta kenalan baru yang mungkin akan dapat membantu perniagaan anda di masa hadapan.
Selamat menjadi Usahawan!
13 Responses
naem
August 28th, 2007 at 10:23 am
1salam..erm..tak pasti samada ini kali pertama saya singgah blog ni atau tak..cuma …
erm..boleh jadi member baru saya kan?
rasanya pasal dr irfan tu, maybe diorang ghairah sgt kan sampai terlupa nak tanyakan tips2…hehehe
Galadriel
August 28th, 2007 at 12:30 pm
2huhu…
Memang best gak dapat jumpa Dr. Irfan. Ramai betul orang hadir untuk ceramah beliau.
Yup, sepatutnya mereka sibuk tanyakan soalan, bukan sekadar ambil autograf sahaja. Mungkin segan kot …
amirol
August 28th, 2007 at 1:59 pm
3naem : boleh.. tak ada masalah ;).. betul juga tu.. maybe dorang ghairah untuk mendapatkan autographd dr irfan.
kak G : amacam bintulu? ok ke? hehe.. iboh lupak kim slm ngen owang btu. :p.. mun boring2, pegi jak tgbatu. haha
smartzul
August 29th, 2007 at 5:14 am
4Cayerlah Dr!
Amirol, usaha, usaha dan usaha…
InsyaAllah, kita akan naik pentas sama-sama nanti!
- zul
amirol
August 29th, 2007 at 2:57 pm
5Thanks zul… memang nak kena usaha ni.. bukan setakat usaha, tetapi macam zul cakap kan, usaha, usaha, usaha… iaitu tanpa henti.
Sams
August 29th, 2007 at 5:11 pm
6Saya juga tak terlepas dengan sesi Dr Irfan di gerak usahawan. Lihat Dr Irfan, dia ni dah macam tahap selebriti dah ni. Lepas turun pentas, semua kerumun ambik autograf dia (termasuk aku!). Tak pernah pulak lihat usahawan jadi selebriti macam ni. Apa hebatnya dr irfan sehingga begitu agaknya?
amirol
August 29th, 2007 at 10:43 pm
7Betul sams,
Memang macam selebriti Dr.Irfan… Dialah seorang usahawan internet yang betul - betul famous di Malaysia ni…
Apa yang hebat Dr.Irfan ini? Saya rasa mungkin kerana beliau mempunyai auranya tersendiri untuk menarik orang ramai melihat dan berbangga dengan kebolehan serta kelebihan yang beliau ada.
Ramai yang jadikan beliau idola atas kejayaan yang beliau kecapi.
Kita pun tak boleh ketinggalan.. kena sama - sama berusaha ke arah tu seperti yang smartzul katakan.
chaiyok!
smartzul
August 30th, 2007 at 5:13 am
8Orang yg berilmu tahu macam mana nak marketkan diri. Irfan start jadi ulat buku masa dia sekolah lagi…
Actually, ada bab yg tersendiri mcm mana nak jadi femes ni.
Ada buku2 tertentu yg ajar benda ni. So, sebab Dr. tu dah banyak membaca dan belajar, balik je kat Malaysia ni terus dia lancarkan misinya.
Dr. Irfan dah jelaskan matlamat dia kenapa dia dedah diri. Sebab dia nak ubah mindset orang Malaysia… Tidak spt kebanyakan yg lain, buat ebiz low profile, tapi bila Irfan nak kongsi ilmu dan nak bantu bangsa, dikomen macam2 plak.
Doakan dia terus berjaya dan sedikit sebanyak usahanya mengubah cara hidup dan berfikir orang Malaysia.
Blog Internet Melayu | Pemasaran Internet » Selamat Bercuti Merdeka ke-50 dan Berita-berita Lain
August 30th, 2007 at 4:02 pm
9[…] dan ramai juga yang minta tandatangan Dr. Irfan selepas ceramah selesai. Anda boleh membaca di Blog Mohd Amirol tentang selanjutnya. huhu … rupanya Amirol pun dah ubah template Blog juga … […]
thereds
September 1st, 2007 at 2:53 am
10alahai…ruginya la tak tau dr irfan dan program ni berlangsung kat pwtc..kalo x bleh la jumpa live n bertanya kabar dgn mirul sekali..lama dah x jumpe..
amirol
September 1st, 2007 at 2:30 pm
11Aha… kalau tak dapat kita jumpa lagi.. hehe. dah setahun lebih kita tak jumpa kan. InsyaAllah… nanti ada masa kita jumpa lagi thereds.
Rechal
September 18th, 2007 at 6:46 pm
12Irfan memang sempoi! Telah memotivasikan ramai bakal-bakal usahawan Internet dan juga bukan Internet…
Tapi workshopnya mahal sangat! Tak mampu saya
Perlu tunggu peluang Irfan buat talk percuma macam Gerak usahawan lagi!
abdul manan ali
August 4th, 2008 at 7:17 pm
13Irfan memang hebat. Sebenarnya saya dulu hanya bergerak dengan jualan runcit sahaja. Kemudian saya terbaca laman web dan laman blog irfan khairi. Memang saya kagum habis lah dengan irfan ni. Maaf lah anak kami yang ke 6 namanya Mohamad Irfan Khairi bin Abdul Manan. Apa nak buat…..
Memang nak join bengkel beliau tapi susah sikit nak cari masa sebab tinggal kat pantai timur (Terengganu). Aleh-aleh beli produk RM50 yang dilancarkan beberapa tahun lepas.
Pastu mulakan perniagaan http://www.doktorjawi.com pasaran memang bagus jugalah sampai ke US dan Kanada. Cuma produk RM50 Irfan tu tak mendetail jadi cari punya cari jumpalah si Amirol ni pulak. Best dan mendetail produk dia. Baca ebook dia saja saya dah boleh pasang macam-macam kat laman web. Tu belum penuh lagi masih ada separuh lebih yang belum dipasang.
Pendek kata produk Pakej Web Jualan Evolusi Amirol memang berbaloi.
Yelah walaupun saya ni dikira agak lewat dalam dunia bisnet internet ni tapi at least mesti juga ada wakil yang umur 40 an ni kan.
Ok dulu salam untuk semua.
doktorjawi
doktorjawi@yahoo.com
http://www.doktorjawi.com
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply