Tanggal 31 Ogos 2007

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! Itulah laungan yang sering kita dengar setiap kali tibanya hari KEMERDEKAAN.

Tadi saya keluar bersama rakan saya pekena teh tarik dekat satu kedai tepi pantai Port Dickson. Dalam keadaan kami melepak di kedai tersebut, kami dok memerhatikan gelagat – gelagat remaja menyambut hari kemerdekaan.

Apa yang dapat saya perhatikan, ternyata rata – rata yang mereka ini umpama bagai lupa tujuan kemerdekaan. Lelaki perempuan berdating – datingan mesra (budak – budak pun ada…huhu) , si mat rempit menunjukkan aksi – aksi superman aka gabannya… bunyi motor mengalahkan ekzos kapal terbang tapi tak lah laju mana. :p

Adakah ini erti kemerdekaan yang sebenar buat mereka? Adakah ini erti kebebasan yang sebenar buat kita?

Kadang kala saya fikir, dorang ni takde kerja lain ke yang lebih berfaedah? em… Rasa sedih sebab yang rosaknya, adalah bangsa sendiri, saudara seagama sendiri. Kerna itu, kita makin dipandang rendah oleh bangsa – bangsa lain. Ntahlah labu….

Hmm.. esok, bermulanya bulan baru, 1 September 2007. Tarikh ni, merupakan satu tarikh yang telah membawa satu kesah serta satu kenangan yang agak duka pada diri saya setahun yang lepas. Tetapi, alhamdulillah, saya dapat membawa diri dan membangunkan diri saya dengan lebih baik walaupun kesannya masih ada sedikit di sanubari. Cewah. Apa – apa pun, kini saya semakin happy dan sedang mengejar impian yang satu… apa kah itu? Biarlah rahsia. :D

Dalam bulan September ini juga, bersempena tarikh lahir saya kelak, saya akan membuat satu offer kepada anda. InsyaAllah… Nantikannya….. :p

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



4 Responses to “Tanggal 31 Ogos 2007”

  1. thereds says:

    kisah duka ape tu ye…??

  2. ye.. kisah duka apa??

    amrol, apa produk bulan nie??

  3. amirol says:

    hehe… satu kesah yang telah kutinggal jauh. setahun terseksa. tapi skang dah semakin teguh. :) Biarlah rahsia.. haha

  4. Thanks for visiting my blog.. anyway, we share the same birthdate, tahun je lain =p

Leave a Reply

Subscribe without commenting