Hari ini kita bincangkan tentang perihal Email SPAM dan email OPT-IN. Saya pasti rata – rata pemilik email (bahkan semua pemilik email) pernah menerima email yang tak diundang yang mengandungi pelbagai macam iklan sama ada iklan berbentuk skim cepat kaya, iklan produk – produk kesihatan dan pelbagai macam jenis iklan lagi.
Saya hanya akan menceritakan ringkasan kepada 2 jenis bentuk email ini sahaja.
1. Email SPAM
Email SPAM ini adalah satu jenis bentuk teknik promosi yang melanggar etika undang – undang siber yang mana si penghantar email menghantar email kepada sekumpulan senarai email yang diperolehinya TANPA KEBENARAN si pemilik email.
Mereka ini mendapatkan email – email mangsa melalui proses yang tidak betul dan tidak sah seperti menggunakan software untuk menyedut alamat email dari forum, laman web, database atau membuat tekaan rambang.
Kadang kala kita berasa hairan, macam mana dorang ni tau pula alamat email kita sedangkan kita tidak pernah mendedahkan butiran email yang kita pakai?
Lihat contoh email SPAM yang saya terima :
Gambar 1

Macam – macam jenis email yang diterima…
Gambar 2

Ini pula kerja si SPAMMER… menghantar email kepada senarai email yang beliau kutip / kumpulkan. Sungguh tidak beretika kerja ini sebenarnya. Sebabnya? Email yang dihantar adalah email yang TIDAK DIMINTA oleh si pemilik email.
Kebanyakkan email yang dihantar oleh si SPAMMER ini adalah berunsurkan iklan – iklan SKIM CEPAT KAYA, email PENIPUAN (SCAM) menang lotery, email promote produk – produk kesihatan, seks dan sebagainya.
Gambar 3

Contoh isi kandungan email SPAM.
2. Email OPT-IN
Email Opt-In ini adalah satu bentuk pemasaran yang betul dan beretika yang digunapakai oleh kebanyakan usahawan internet bagi memasarkan produk mereka.
Kaedah email Opt-In ini telah diluluskan dan diakui oleh Internet Direct Marketing Bureau (IDMB) yang mana ianya adalah salah satu kaedah TERBAIK untuk membuat pemasaran internet.
Mengapa ia dikatakan kaedah TERBAIK untuk pemasaran internet?
Contoh Borang OPT-IN

Contoh email OPT-IN yang dihantar setelah mendapat kebenaran si pemilik email.

Email yang sah yang dihantar kepada pemilik kebiasaannya akan mengandungi nama si pemilik email. Lihat contoh dibawah, setiap email mengandungi nama saya. Jadi saya tahu bahawa email yang saya terima ini adalah email yang baik dan diminta oleh saya.

Jika Email SPAM, anda tidak dapat melakukan apa – apa jika email anda telah mereka perolehi. Maksudnya, anda tidak dapat keluar dari senarai mereka lagi untuk terus menerus di SPAM.
Berbeza dengan email OPT-IN, anda boleh keluar dari list si penghantar email bila – bila masa sahaja. Ini adalah kelebihan dan hak anda sebagai si penerima email.
Kebiasaannya, untuk melakukan hal ini, anda hanya perlu klik pada LINK UNSUBSCRIBE pada bahagian akhir email. Lihat contoh dibawah :

Jadi disini, saya ada sedikit saranan ringkas.
1. SI PENGUSAHA / PENIAGA INTERNET
- Gunakanlah sistem autoresponder untuk mendapatkan borang OPT-IN ini bagi membolehkan anda memasarkan produk anda dengan lebih efektif dan baik.
- Jangan melakukan email SPAM kerana ini akan merosakkan reputasi anda serta merosakkan perniagaan yang anda lakukan.
- Antara perkhidmatan terbaik yang boleh anda gunakan untuk sistem autoresponder adalah GetResponse, Aweber, ProSender.
2. SI PENGGUNA / PENERIMA EMAIL
- Jangan takut untuk subscribe / masuk ke borang OPT-IN yang disediakan oleh si pemilik perniagaan internet kerana anda boleh keluar dari senarai / database mereka pada bila – bila masa sahaja apabila anda dah jemu dan tidak mahu lagi menerima email daripada beliau.
- Saya syorkan anda untuk subscribe ke borang OPT – IN usahawan – usahawan internet yang berjaya kerana kebiasaannya mereka akan membuat tawaran (offer) berkaitan sesuatu produk malah anda berkemungkinan akan mendapat harga ISTIMEWA daripada mereka.
Saya banyak mendapat produk – produk istimewa daripada pakar – pakar usahawan internet di serata dunia kerana telah subscribe ke dalam database mereka. Malah, tips – tips berguna juga bakal anda perolehi daripada mereka jika anda menjadi subscriber mereka.
TIPS ringkas
- Bina satu email yang KHAS untuk mendaftar borang OPT-IN dan membaca tips – tips yang diberikan. Jangan campurkan dengan email personal anda. (pastikan juga email ini kelak sentiasa anda buka…;) )
Akhirkata, semoga perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda sama ada anda sebagai si pengusaha, atau pun si pengguna internet.
- Mohd Amirol
saya ada terfikir nak bina opt list dengan autoresponder..tapi belum ada isinya lagi..
kalau nak elak email spam ni (bukan elak sepenuhnya), jangan post kat mana2 pun email tu. Kalau nak juga, pakai format yang bot tak kenal, contoh macam mdpai[@]mckk9903.com atau mdpai[at]mckk9903[dot]com
tQ mdpai untuk tips tambahan. lama tak sembang.
Memang serangan SPAM dari orang yang tidak beretika ni sentiasa je ada, tak de citer lain semuanya mengenai loteri, skim cepat kaya, pelaburan haram dan sebagainya. Email Opt-In langkah terbaik bagi mengelakkan dari melakukan SPAM. Sipenerima email pun diberi kebebasan untuk meng’unsubscribe’ dari langganan tersebut.
Terima Kasih Amirol atas maklumat berguna di atas.
erm amirol, kalau email spammer2 ni bleh dimkn dah lama sy kekenyangan
mau tak kenyangnya… hehe.. byk email spam masukk.. kalau boleh buat duit dengan email spam ni kan bagus…
Saya tahu spamming nie ramai org tak suka tapi, kalau org spamming fylers kat rumah, kat kereta, kat shopping compleks… I think spamming is just invitation for business processing oppurtunity. It is more like selling invitation, if you don’t want then, it is ok. If we only do selling to people we know then it is really hard to sell.
Just my 2 cents.
terimakasih mirol dengan maklumat berguna ni sebab saya baru belajar tak tau macamana email spam ni…
terima kasih amat berguna yang sdr amirol beri ni saya baru belajar ni..