Sep 11 2007
Posted by Amirol as Master Resell Right, PLR, Perniagaan Internet, Resell Right
Saya ada menerima beberapa email daripada pelanggan dan subscribers saya yang menyatakan masalah yang mereka hadapi dalam proses mereka menjual di internet.
Antara masalah mereka :
“…saya menjadi reseller bagi produk ebook beliau. sehigga sekarang saya masih belum berjaya menjual satu produk pun…
”
” …ketiadaan ilmu dalam perniagaan interenet menyebabkan saya tidak tahu macam mana bergerak.”
“… dah cuba jual produk resell right, tapi tak laku pun ”
dan macam - macam lagi permasalahan yang timbul.
Baiklah, saya akan berikan beberapa panduan ASAS yang boleh anda gunapakai untuk mendapatkan jualan terhadap Produk Resell Right, Master Resell Right, ataupun Private Label Right.
Mengapa?
Jadi, bagaimana saya nak boleh buat jualan terhadap produk - produk jual semula ini?
Situasi yang sering saya nampak :
Anda setup satu website, dan anda promote pelbagai (macam - macam) produk Resell Right / Master Resell Right. Fuh, memang banyak produk….
Tetapi, tahukah anda bahawa :
Pengguna internet (situasi 1 : usahawan internet). Bagi yang telah berkecimpung di dalam arena perniagaan internet, apabila melihat produk anda iaitu resell right, mrr yang biasa dijual (sering dilihat) , kebanyakkan mereka telah memilikinya MALAH mungkin mereka orang yang TERAWAL yang telah menjual produk tersebut. Jadi, di sini saya yakin 100% anda tidak akan dapat menjual kepada mereka.
Pengguna internet (situasi 2 : newbie yang baru nak berjinak - jinak berniaga internet). Bagi golongan ini, terdapat 2 kategori. Newbie yang bijak, dan newbie yang kurang bijak. Bagi yang bijak, mereka sudah pasti menggunakan kekuatan atau kelebihan Pakcik Google, atau Yahoo untuk membuat kajian (survey) terhadap produk - produk yang ditawarkan.
Jadi, kebarangkalian untuk mereka membeli daripada anda adalah tipis atau menghampiri 0%. Anda mungkin boleh mendapat sales daripada newbie yang kurang bijak kerana mereka tidak meluangkan masa untuk membuat kajian terlebih dahulu. (kebarangkalian belian, mungkin 1% )
Pengguna internet (situasi 3 : pengguna awam). Jika anda promote kepada golongan ini, saya rasa, tiada jualan yang mampu dihasilkan kerana mereka tak tahu apa sebenarnya benda yang anda promote… (macam saya satu ketika dahulu…. “apa benda ni…”… then close sahaja web tersebut).. So, sales di sini mungkin “0″.
Cara untuk membantu jualan terhadap produk - produk resell right anda?
Gunakan Headline yang berkesan….(sering kali dilaungkan oleh mereka yang telah berjaya)
Ya.. headline memang memainkan peranan penting untuk menghasilkan jualan terhadap produk anda. TANGKAP perhatian pelawat web anda. Contoh headline :
Headline 1
“Jika Anda Boleh Mengetik Dan Mengakses Internet, Anda Sudah Memiliki Syarat Yang Cukup Untuk Menghasilkan Wang Dengan Melimpah Dari Internet - Hanya Jika Anda Tahu Rahsianya ”
Headline 2
“RM700 Dengan Mudah Pasti Berada Di Dalam Genggaman Anda Apabila Memiliki Pakej XXX Pada Hari Ini Juga!”
Mana satu headline yang berjaya menarik minat anda? Headline 1 atau 2 ? (p.s - Tinggalkan komen anda di ruangan bawah…)
Sales letter
Ya, bahagian ini penting kerana anda perlu untuk menceritakan segala faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh si pembeli jika mereka mendapatkan produk anda.
Jika anda tidak menerangkan apakah kelebihan atau faedah yang mereka perolehi, sudah pasti mereka tak tau dan tak berminat untuk membeli. Nyatakan point - point penting tentang faedah produk anda.
Baiklah, sampai sini je dulu coleteh saya… Panduan ini hanyalah ASAS dan banyak lagi yang perlu anda lakukan. Teknik marketing / advertising yang tepat dan betul juga memainkan peranan penting terhadap penjualan produk anda.
Jika produk anda baik, sales letter baik, tetapi marketing anda tak ada, maka tetap tiada jualan. So, pastikan bila dah ada produk, marketkan produk anda dengan bersungguh dan tanpa henti.
Good luck!
- Mohd Amirol
3 Responses
Amzani
September 12th, 2007 at 12:32 am
1Headline 2 is a bit catchy. Straight to the point….
Dedy Priyanto
November 16th, 2008 at 3:08 pm
2I like headline #2, it confince people that ever one can do this
abdfatah
November 21st, 2008 at 1:13 am
3headline yang power menarik jualan berganda…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply