Huhuhu… Saya tertanya pada diri saya sendiri, mengapa tiba - tiba dalam seminggu dua ni ramai yang datang meminta pinjam wang pada saya?
Orang yang pertama membuat permohonan, saya lepas beri… orang yang kedua buat permohonan pula, saya lepas beri… datang orang ketiga…. hati saya dah mula rasa semacam “isk!… ingat aku ni banker plak ke????”… dan datang pula orang keempat…. sama juga…
Masing - masing dengan alasan
“mirol, aku kering sangatlah… pinjam RMXXX. nanti aku bayar balik bila dapat elaun”
“mirol, i urgent la nak pakai duit, ada masalah skit nak bayar yuran bla bla…”
“mirol, boleh mintak tolong tak? nak pakai duit sebab excident hari tu.. nak bayar …”
“mirol, ni nombor akaun… bank in kat sini” <— ni paling tak tahan… siap direct bagi no akaun suruh bank in… Paksa plak ke?? huhu
Rakan- rakan ku, maaf… tak dapek den nolong korang lagi… eden pun nak pakai duit, lebih - lebih lagi ni nak puasa, then nak raya lepas ni… Maafkan daku…
Apa yang ingin saya kongsikan… pada satu ketika dahulu, saya yang merangkak - rangkak nak naik, nak develop kehidupan, tiada siapa pun nampak… betapa susahnya nak membangun, betapa beratnya nak harung waktu - waktu “sesak” dengan sendiri…
Masa tu, kawan pun tak macam kawan, contact pun tak ada… Orang kata, time kita susah ni, tak ada sapa pun nampak even keluarga sendiri…
Tanpa pekerjaan lepas graduate, tanpa duit untuk memulakan kehidupan, Alhamdulillah, saya elakkan diri daripada meminjam wang daripada rakan - rakan. Ini cuba saya aplikasikan sejak dahulu lagi.. Se”sesak” mana saya pun, saya cuba dan tahan diri untuk tidak meminjam wang… Teringat pesan atuk nenek saya
“Mirol, jangan biasakan diri untuk meminjam wang daripada orang.. tak elok.. biar susah mana, biar sesak mana sekalipun, cubalah … cubalah berusaha untuk atasi masalah tu.. jangan biasakan diri pinjam duit orang”
Terima kasih atuk, nek, wan….
Apakah sebenarnya yang berlaku di sini? Mengapa ia terjadi? Saya hairan juga, rakan yang tak pernah - pernah rapat dengan saya dengan selamba “badak”nya boleh memohon “pinjaman” daripada saya. Bukan sekadar lelaki, malah perempuan juga… Lagi menghairankan, yang claim dirinya “anak berada”, pun boleh sesak? erk!
Kadang kala saya fikirkan, apakah mereka ini tak ada “perasaan segan” untuk meminjam lebih - lebih lagi dengan seorang rakan yang mereka tak pernah rapat? Ya… mungkin juga.. mungkin kerana dah biasa buat perangai gitu kot?
Saya tak dapat fikirkan bagaimana jika saya begitu… sedangkan bil terlewat bayar pun saya dah susah hati takut berhutang, inikan pula kalau nak pinjam duit orang.
Bukan saya tidak mahu membantu, tetapi kerana bila dah dibantu, anda semua umpama “kacang lupakan kulit“. Masa nak buat “pinjaman“, kata - kata manis yang anda lemparkan… “nanti i bayar balik lepas i dapat bla bla…”, “nanti aku bayar balik dalam 3 hari“…. fuh… macam - macam… tapi last - last, habuk pun tak ada! Dari 3 hari masuk 3 bulan, dari 3 bulan masuk setahun…. dari setahun ntah sampai bila pula…
Pernah satu ketika itu, janji demi janji diberikan “saya perlukan RM1K mirol… inilah hidup mati saya.. bla bla…”.. sebagai seorang kawan, saya bantu walaupun saya tengah sangat “sengkek” ketika itu… tapi saya cuba bantu rakan saya sedangkan dalam amount 1K tu, sebenarnya saya sediakan untuk bayar bil - bil saya. Tetapi memandangkan dah dijanjikan akan pulangkan semula duit dalam tempoh 1 minggu… saya beri pinjam…
Seminggu tiba, saya hubungi beliau.. “sorry mirol…. i masih belum dapat bayar lagi.. by da way, do you have RMXXX ? “….. huh.. “what the @#$%”, hati saya berkata… akhirnya bil saya tertunggak untuk dibayar, hati rasa sakit and lastly, kawan tak jadi kawan? Beliau pun ntah kemana, apa jadi pun saya tak tahu sebab tak dapat dihubungi.
Cukuplah saya membantu rakan - rakan… Kerana rakan - rakan tak membantu saya semula… Mungkin ini satu pengajaran kepada saya, supaya lebih berhati - hati… even RM50 dipinjam, ia satu bentuk wang. bukan nak berkira… kalau sorang datang mintak pinjam RM50, kemudian 10 orang datang lagi mintak pinjam amout yang sama… dah RM500! kalau berterusan day by day datang mintak pinjam, mana boleh jadi.. Itu belum lagi yang pinjam RMXXXX!
Inilah dia, kalau kita susah, tak ada siapa pun tahu sebab tak nak amik tahu even dah tau… Pandang pun tak nak…
Tapi kalau kita “sedikit” senang, semua nampak.. semua mengaku kawan, semua berbaik - baik… I’m not being so “lokek” dengan rakan - rakan. But, orang kata, diberi betis, pijak kepala terus… huhu… serik dah wei… yang tertunggak masih belum dibayar, tak dapat den menyediakan fund untuk korang lagi.
Manusia…. Sampai bila akan bersikap begini? ntahla labu…
Akhir kata, mohon maaf rakan - rakan ku.. .even ku tahu korang tak baca blog aku.
Aku tidak dapat membantu lagi… Aku bukan dalam kategori senang lagi seperti yang korang fikir coz aku masih belum mencapai cita - cita ku.
Ikhlas,
- Amirol
p.s - Apa yang anda lakukan jika seorang demi seorang datang meminta pinjam wang daripada anda? ![]()
16 Responses
Abdullah
September 12th, 2007 at 3:23 pm
1Ish x 1450 . Kejam nyer diorang tu yerk. Formula yang susuai untuk orang camni ialaha :
Buat bodoh + Kerat Skit
Galadriel
September 12th, 2007 at 11:55 pm
2Bersabarlah Amirol.
Pada bulan puasa ni doalah pada Allah semoga rezeki berterusan dan dari sumber yang halal.
Memang, bila kita di bawah, ramai akan menjauhkan diri malah mengutuk tapi bila kita senang, yang dulu jauh akan tiba-tiba rapat.
Disiplinkan diri untuk mengenalpasti siapa yang benar-benar perlukan bantuan, seperti yang fakir-miskin atau yang kurang upaya atau yang benar2 dalam kesusahan.
Tapi kalau yang sekadar nak pinjam duit untuk beli henpon baru, belanja awek ataupun masuk skim cepat kaya, buat dekk je.
Kak G.
sapa2
September 13th, 2007 at 2:39 pm
3Kekadang kita cuba berhati-hati dari bagi hutang kepada member tetapi rezeki msing-masing, Allah jua yang tentukan. Dalam kes ini, orang yang betul-betul kita percaya, boleh jadi sebaliknya. Saya pun ada kena, sengkek brengsek dan serik. So masuk mereka dalam senarai CTOS Amirol. Bagi saya, member camni boleh pi mintak duit kat along sebab along banyak duit. Gerenti dapat, kalau berani mintak.
Macam manapun teruskan ’silatur-rahim’ sesama member sebab kita tak tahu untung nasib kita pada masa depan. Ikutlah resam padi. Macam kata Kak G, sabar bebanyak.
amirol
September 13th, 2007 at 4:20 pm
4kak G : yeap, memang saya pantau sapa - sapa yang patut diberi bantuan skang ni… kalau tak kita balik kena main ngn dorang.
sapa2 : Memang masuk senarai CTOS dah. :D… actually saya tak kesah nak bagi pinjam if dorang benar - benar memerlukan. Tetapi ada yang bila dah pinjam, buat - buat lupa.. ada yang dah pinjam, berjanji2 sekian nak bayar, last2 senyapkan diri. and paling tertekan bila lepas sorang datang, sorang lagi datang… tak tahan dibuatnya.. rasa jadi banker pulak… banker tak bergaji… hehehe
Amzani
September 13th, 2007 at 5:52 pm
5Bab Hutang ni memang susah nak cakap. Sabar jelah bila orang tak bayar balik hutang kita. Saya pon pernah alami perkara nih. Kalau nak dikumpulkan jumlah semua hutang kawan2 yang tak bayar balik, ada nak dekat RM5,000. Apa nak buat, mereka semua dah tak dapat dicontact lagi. Berkawan sejak dari kecik. Murah sangat harga sebuah persahabatan. Sebab duit, sahabat dilupakan.
Bila difikirkan balik, hutang orang dengan kita, kita ingat sampai mati. Tapi bagaimana pula hutang kita dengan Tuhan? Solat kita tinggalkan, Quran kita abaikan, puasa dan amalan-amalan bulan Ramadhan kita ringankan. Kalau nak ikutkan, hutang kita dengan Tuhan lagi banyak. Disebabkan itu, hutang RM5,000 yang dulu tuh, kalau sampai mati saya tak dapat balik, saya halalkan. Itulah sedekah saya untuk dibawa ke sana.
Resepi Soya
September 15th, 2007 at 3:17 pm
6Mana ada skim cepat kaya Kak Mar oiii, skim cepat miskin aderler :D.
Bab duit nih sensitif lah. Ada orang tak kisah ada orang kisah .
abdfatah
September 16th, 2007 at 12:52 am
7haaa… ini dah tentu terlau baik sesangatnya. kesiankan orang namun orang tak hambik peduli kesiankan kita.
kasihaaaan… kasihaaaan… kasihaaaaan…
biasalah kalo dah terdesak nak pakai duit namun nak bayar balik memang sukar. nanti tak pasal2 kena sergah…
ini satu citer menarik :
“eh ingat lagi duit yang aku berhutang dengan kau?”
berapa hutangnya? hanya rm500 je. pinjam duit orang namun buat dono taknak bayar? apa kes?
bayar jangan tak bayar. lain citer laaa yang takleh nak bayar sebb takder duit. yer tak?
abdfatah
September 16th, 2007 at 12:57 am
8good idea nih. boleh buat persoalan dalam blog saya pulak. nanti saya link balik…
apa yang akan saya lakukan jika seorang demi seorang datang meminjam dari saya?
saya akan bagi joran atau majalah joran kat dia. nah hambik majalah jom joran nih. kita pi kail duit. nak tak?
kan dalam majalah joran atau website joran ada pertandingan memancing. lumayan jugak hadiahnya… pi cuba nasib di sana. berusaha dengan jayanya…
orang buta boleh berusaha cari duit. inikan kita yang sehat walafiat…
surfaddict aka catzer
September 16th, 2007 at 1:02 am
9erm..dulu sy ada sorang kawan ni..beberapa hari sebelum pinjam duit sy utk bayar sewa umah..sy teman dia pi shopping sakan..huhuhu..bengang gile sampai skang tak byr..then..next month tu nak pinjam lagi..sy buat derk jerk.dahlah waktu tu student, manalah ada duit sgt..
conclusion : sape nak pinjam duit dr korang2, minta sign agreement dan kena buat cagaran yg berharga sama dgn duit dipinjam.mesti diaorg akan kesal tak sudah..hehehe
Mohd Amirol
September 16th, 2007 at 2:07 am
10Muaz : bab duit ni memang sensitif buat sesetengah orang.. kadang kala sampai member jadi tak kenal member lagi dah.
abdfatah : setuju dengan kenyataan tu.. :D… sangat setuju dengan perumpamaan bagi joran tu.. kalau kita dok bagi ikan je, dia tak reti2 nak dapatkan ikan tu sendiri, tak bagus jugak kan.. tak reti berusaha.
Catzer : biasalah tu.. time nak pinjam, macam2 jenis ayat2 berbunga dan cintan cintun dikeluarkan.. hehe.. tapi bila dah dipinjam… huhuh… macam tak kenal plak kita sapa. :D.. nasib tak jadi ahlong.. heheh
Resepi Soya
September 21st, 2007 at 3:01 pm
11Kak Catzer , guna agreement pun tak dak guna.
Ada sorang Dr (prof madya) tu mengadu ada orang pinjam duit dia banyak siap watt agreement lagik nak bayar dalam masa sebulan . Dr tu tak cakap kat saya baper yang dia pinjam tapi dari nadanya boleh agak lebih dari RM1000 .Dia cakap nak guna untuk sekolah anak dia, dah nak dekat sebulan dia pindah rumah kat taman lain, pastu dah sebulan bila dia jumpa dr tu dia watt dono jerk cam tak da pa berlaku. Tak ker celaka ker?
ShahZ
September 25th, 2007 at 9:53 am
12wuiihh..sungguh mendalam post nih..tapi nak wat camner weh..Mirol nih memang baik orangnya..Tapi orang lain tak patut take advantage atas dier..Mirol, at least aku tak lupa ngko masa ko nak membangun kan? haha..
Skang ko dah senang, ko pulak yang lupa aku
bleekkkkk!!
amirol
September 27th, 2007 at 3:46 am
13shah shah.. tidak pernah kulupa jasa baik mu yang mengajar aku apa itu domain, kat mana nak dapat domain and hosting.. wahahha.. tQ
bawangkaya
October 4th, 2007 at 12:31 pm
14sedih gak baca cite nie. nk wat cane tu lah resam idop bermasyarakat. saya pun slalu terkena walaupun dlm berhati2.. ntahla mungkin kita dilahirkan dgn sifat mudah kesian kat org kot. Asal nama kwn, ‘berkorban apa saja’.
Ada 1 nasihat dr kwn baik saya yg saya pegang sampai skang “Buat Baik Berpada2,Buat Jahat Jangan Sekali”. Dia ckp, kita slalu pegang frasa yg kedua tu shj iaitu buat jahat jgn sekali akan tetapi kita slalu lupa frasa yg pertama iaitu “Buat Baik Berpada-pada”.Bila direnung2, betul juga kata2 dia tu. Bila kita buat baik jgnlah berlebih-lebihan kelak kita juga yg merana.
Syed Hafidz
November 1st, 2007 at 7:34 pm
15Cehhh kawan camni pun ada ke…
time ssh cari kwn, time sng lupakan terus…
mmg xde maruah btlla dorang ni…
=)
jojo
June 18th, 2008 at 10:00 am
16salam… tumpang nyampuk.. saya terjumpa blog ni sbb google pasal hukum org yg tak bayar hutang. Saya pun tgh tensen dgn org jugak… heh. Hutang dgn saya banyak. Lebih 10k. Mula2 berhutang tu dia ada laa rasa segan sikit, bulan2 dia bayar kat saya sikit2. Skrg ni bila saya susah dan nak pakai duit saya tu dia bagi mcm2 alasan daaa…
Kalau nak ikut sikit2 org yg utang saya & melarikan diri… mmg ribu2. Saya mula simpan duit dari sek men & keje sambilan lepas SPM. Saja nak rasa mcm mana penat cari duit. Tp org2 yg pinjam ni dia tak pk agaknya..
Skrg ni kalau teman2 nak pinjam duit saya kata je laa tak de duit. Saya bagi takat yg saya sanggup halalkan je. Kalau org tak berapa rapat, maybe RM10~20 je laa.. Kalau org tu mmg byk buat baik dgn kita, bolehlaa halalkan lebih sikit. Lepas tu anggap je laa dah sedekah. Kalau dapat balik, itu bonus lah.
Sekian…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply