Link Download Tidak Selamat, Pembeli & Penjual?

Sedang saya menonton cerita “EMBUN” di Astro Ria tadi, saya dapat satu SMS daripada Catzer.

Amirol, check kat blog awak bahagian product saya…” Saya pun segera online dan semak apa yang diberitahu oleh catzer. Saya dapati ada mesej daripada seseorang yang berbunyi:

Saya telah membeli ebook pakej web jualan dari En. XXX (XXX.com)pada 08/09/2007. Downloading melalui http://www.domain.com/download dimana terdapat ebook seperti: –

{product list}

Saya telah sepintas lalu melihat file teratas malangya file file Minisite.htm tidak dapat dibuka ‘htp 404 not found’. Saya beharap en. Amirol dapat menyelesaikan masaalah tersebut.

dan Bagamanakah caranya saya ingin menjadi Reseller berdaftar.

Sekian terima kasih, wassalam

Yang benar
Kurang arif bahasa internet

Pertama sekali, apa yang ingin saya maklumkan kepada saudara yang membeli produk saya menerusi reseller saya, silalah hubungi reseller tersebut. Saya tiada kena mengena dalam hal ini kerana anda berurusan dengan beliau dan produk download disediakan oleh pihak beliau.

Jadi, silalah maklumkan kepadanya ya supaya beliau dapat membetulkan link download anda. Saya juga telah fowardkan masalah anda kepada beliau. Anda boleh hubungi saya jika anda ada masalah semasa menggunakan produk saya. Namun, persoalan haruslah dikemukakan pada forum yang saya sediakan (Daftar dan buat pengesahan).

Tentang perihal Reseller. TAWARAN TELAH DITUTUP demi menjaga kepentingan reseller yang sedia ada. Jadi peluang untuk menjadi reseller tiada lagi. InsyaAllah jika ada produk – produk lain di masa akan datang, saya akan tawarkan lagi peluang ini.

Untuk saudara reseller, sila semak kembali link download produk anda. Saya dah hubungi anda akan masalah ini. Semoga anda ambil tindakan ya.

Baiklah, pesanan ini ingin saya tujukan kepada kesemua reseller produk saya dan juga kepada anda yang menjadi reseller kepada produk pihak lain seperti produk saudara smartzul.

  1. Pastikan anda setup laman web + link download anda dengan betul supaya pembeli anda kelak dapat mendownload produk yang dijual tanpa masalah
  2. Anda bertanggungjawab dengan produk yang dijual dari segi teknikal, masalah download dan sebarang pertanyaan yang mereka ajukan. Saya juga telah menyediakan bahagian support di forum jadi, sebarang masalah yang tidak dapat anda atasi, barulah rujuk pada bahagian forum. Anda juga digalakkan mengambil bahagian pada bahagian forum untuk membantu masalah yang dihadapi.
  3. Reseller perlu mengikut syarat dan terma yang telah dinyatakan. Produk harus dijual sebagai STAND ALONE produk yang mana tidak boleh dipakejkan dengan produk2 lain.
  4. Sebarang masalah haruslah dirujuk dengan segera dan jangan bertindak sendirian tanpa mendapat pengesahan lanjut.
  5. PENTING untuk anda memastikan link download anda selamat daripada diakses secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau disebarkan oleh pihak lain tanpa anda sedari. Elakkan daripada mendapat kerugian yang tak sepatutnya ini.

Buat pembeli mana – mana produk sekalipun, jika anda menghadapi masalah sama ada download, masalah produk, anda haruslah merujuk kepada “siapa yang menjual” produk tersebut. Jangan sebarkan link download di tempat umum kerana anda boleh merosakkan perniagaan penjual. Bayangkan jika anda satu hari nanti dikenakan sebegitu? Jadi, berhati – hati ya.

Hubungi si penjual pada bahagian yang mereka sediakan seperti “sistem support“, “alamat email“, atau “borang hubungi” supaya anda dapat berurusan dengan mereka. Dengan menggunakan sistem hubungi yang mereka sediakan, barulah anda boleh maklumkan apakah masalah yang dihadapi.

Bagaimana untuk lindungi link download produk digital anda? Berikut ada beberapa cara :

  1. Gunakan folder protect yang disediakan di Cpanel Hosting anda.
  2. Gunakan link download protector yang membenarkan proses download dalam beberapa tempoh tentu. (anda memerlukan software atau script untuk proses ini.. contohnya download warrior, JVmanager dan lain – lain software)
  3. Gunakan script membership seperti amember atau apa2 script yang berguna untuk melindungi produk anda.

Semoga tips ringkas ini dapat membantu mana – mana penjual produk digital dalam mengurangkan / menyelamatkan link download anda tersebar secara umum.

Good Luck!

- Amirol

p.s – Ribuan terima kasih untuk catzer untuk makluman ini kerana telah menyelamatkan si Reseller dan produk saya daripada tersebar. :) Nanti kita lepak sama – sama. :D

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



One Response to “Link Download Tidak Selamat, Pembeli & Penjual?”

  1. catzer says:

    takper mirol..kebetulan sy terperasan semua tu, itulah guna kawan kan.. :)

Leave a Reply

Subscribe without commenting