Arghh!!! Tu je la yang dapat diluahkan…

Maaf ya rakan - rakan. Sebelum ini saya kata nak beri download Ebook Percuma yang telah saya siapkan. Tetapi memandangkan saya menghadapi masalah connection internet, kerja saya menjadi agak tertangguh untuk mengupload kesemua file - file yang telah saya siapkan.

Saya rasa ramai juga yang menghadapi masalah ini. Connection internet yang slow atau kadang kala tersangatlah slow. Huh! Memang mengundang tahap kesabaran yang tinggi.

Sampai bila harus kita tunggu untuk streamyx naik taraf perkhidmatan. Iklan digembar gembur dengan pelbagai tawaran menarik, tetapi hakikatnya kita tidak dapat kenikmatan internet yang sebenarnya kerana servis sering terganggu.

Bagi pengguna yang “light”, mungkin tak terasa… Tetapi bagi “heavy” user yang sering membuat proses upload / download dan memerlukan kelancaran kerja, sudah pasti anda memahami keadaan yang mengecewakan dari streamyx ni…

Jadi, sekali lagi saya ingin mohon maaf untuk masalah yang timbul dan juga untuk rakan - rakan yang telah menghantar email / pertanyaan, saya akan jawab dalam masa terdekat.

- Amirol