Saya baru mendapat informasi yang menyatakan bahawa wang PayPal sudah boleh dikeluarkan terus ke mesin ATM di negara kita!

Syaratnya? Anda perlu ada kad debit/credit card yang anda gunakan untuk pengesahan akaun paypal anda sebelum ini. Ya, bila anda dah pernah buat pengesahan paypal menggunakan kad debit/credit, maka automatik anda boleh buat transfer ke akaun kad  tersebut.

Caj yang dikenakan adalah USD5.00 (dinyatakan dalam paypal).. Masa wang untuk masuk ke akaun pula dikatakan 5 - 7 hari bekerja.

Saya akan cuba withdraw wang paypal ke akaun debit card saya dan kemudian saya akan update di sini kelak. InsyaAllah

 

Ini adalah satu perkembangan terbaru dan terbaik untuk semua peniaga / usahawan internet negara kita. :) Lepas ni, boleh la ramai - ramai aktif berniaga untuk pasaran luar ya?