Saya baru menerima email daripada World Internet Summit yang menyatakan bahawa seminar perniagaan internet ini akan diadakan di Malaysia iaitu pada 10 - 12 Nov 2007 ini. Namun tidak pula dinyatakan secara spesifik tempatnya. Hanya dikatakan akan diadakan di Kuala Lumpur. Malah yuran untuk seminar ini juga tidak diketahui berapa kosnya.

Jika anda pernah hadir ke World Internet MEGA Summit yang berlangsung di Singapore tempoh hari, maka penyertaan anda adalah percuma sahaja untuk ke World Internet Summit di Malaysia pada kali ini. Namun, anda memerlukan Passport WIS dan juga deposit USD100 untuk booking tempat. Deposit USD100 ini dikatakan akan dipulangkan selepas 30 hari WIS di Malaysia ini berlangsung.

Mungkin ada rakan - rakan yang nak pergi kelak.. InsyaAllah kalau saya berkesempatan untuk pergi, mungkin kita boleh bertemu di sana. :)

Apa - apa pun, saya akan updatekan lagi berita ini jika saya mendapat maklumat baru. Tidak pasti berapakah kos untuk orang baru menyertai seminar ini.