Bersempena hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran kepada seluruh umat Islam terutama sekali kepada rakan - rakan online yang tak putus - putus hadir ke blog ini serta kepada mereka - mereka yang telah mendapatkan perkhidmatan / produk daripada saya.

Saya ingin memohon maaf jika selama kita berurusan ini, ada terkasar atau terlanjur kata, atau ada salah dan silap tanpa saya sedari yang telah menguris perasaan anda. cewah! :)

Semoga di Hari Raya ini, rakan - rakan sekalian akan bergumbira disamping keluarga tercinta. Kepada yang bawa kereta tu, bawak kereta elok - elok…Kalau mengantuk, rehat kat R&R.. mana tau kita jumpa kat situ nanti.. ekeke… Kalau yang dah kawen tu, selamat berhari raya dengan mentua  ya… Suami Isteri saling bermaafan… :)

Kepada yang belum kawen (termasuk saya), raya ni kita pi beraya sakan.. boleh kita pi ushar2…. mana tau kot - kot ada berkenan di hati . :)

Apa - apa pun, sekali lagi saya ucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

p.s - Saya akan bercuti selama lebih kurang seminggu bermula hari ini (10 hb 0ctober 2007) - (20 October 2007). Jadi, sebarang email anda, mungkin saya akan lambat reply atau berkemungkinan akan saya reply selepas 20hb kelak.