Sudah Hampir Seminggu Kita Beraya

Fuh… naik rasanya berat badan ni. Banyak bebeno menjamu selera. Sedar tak sedar, dah dekat seminggu kita menyambut Aidilfitri. Masa yang berlalu begitu pantas hinggakan hampir tak terasa perginya Ramadhan dan masuknya bulan Syawal.

Dari PD saya telah ke Kepala Batas (Seberang Perai Penang) untuk menyambut hari raya bersama keluarga sebelah ayah. Kemudian saya berjalan “sakan” ke Kota Kuala Muda, Sungai Petani dan Alor Setar. Alhamdulillah, sempat juga bertemu dengan beberapa orang kenalan online di Alor Setar.

Apa – apa pun, hari raya pada kali ini saya tidak merasakan kemeriahannya berbanding sewaktu dulu – dulu. Sambutan yang agak biasa – biasa sahaja dan budak – budak pun dah kurang datang beraya. Teringat sewaktu zaman “kanak – kanak” dahulu, habis satu kampung saya dan rakan – rakan pergi beraya. Terasa suasana sewaktu dulu lebih meriah berbanding pada hari ini.

Baiklah, saya pasti apabila dah tamatnya musim perayaan ini, budget kita telah agak berkurangan. Jadi, kini tibanya masa untuk kita mula fokus kembali dengan apa yang perlu kita buat dalam usaha menambah pendapatan sampingan kita.

Saya ingin berkongsikan serba sedikit perkembangan yang bakal saya laksanakan. Saya sedang dalam proses untuk mengemaskini dan “re-plan” aktiviti saya untuk bergerak lebih maju.

Berita Pertama

Saya akan menyiapkan satu blog khas untuk berkongsikan peluang – peluang perniagaan internet dan tips memulakan perniagaan internet pada blog tersebut. Jadi, segala fokus tajuk dapat diberikan pada blog tersebut dan tidak bercampur dengan lain – lain hal yang tidak berkaitan. Lantas perkara ini memudahkan untuk pelawat mendapatkan sumber informasi dari blog tersebut.

Pada blog ini, saya hanya akan berkongsi pengalaman aktiviti online saya, motivasi, berita semasa dan sebagai tempat untuk kita berkenalan lebih rapat. Maksud saya, blog ini lebih kepada general topic dan membincangkan hal – hal terbuka.

Saya akan membuka beberapa tawaran kepada rakan – rakan dalam sedikit masa lagi. Dan pastinya tawaran ini adalah terhad kepada beberapa orang sahaja.

Berita Kedua

Komisyen Agen Affiliate WebJualan akan mula dibayar pada 29 – 1 hb November ini. Jadi, sesiapa yang belum update akaun bank, pastikan anda berbuat demikian ya. Dan pastikan anda menggunakan akaun Maybank atau CIMB untuk urusan pembayaran komisyen yang lebih pantas.

Berita Ketiga

Pakej Web Jualan Versi 2 akan mengalami evolusi dan pastinya ia lebih padat dan berisi dengan lebih banyak informasi. Kali ini dengan pelbagai informasi gempak serta video tutorial untuk setiap satu langkah – langkah yang ditunjukkan. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi. :)

Beberapa berita lain akan saya maklumkan dari semasa ke semasa. So, Stay Tune ya!

p.s – Segala email / pertanyaan yang telah dikirimkan kepada saya akan saya reply secara berperingkat bermula pada hari esok dan seterusnya.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



2 Responses to “Sudah Hampir Seminggu Kita Beraya”

  1. Hamid says:

    Terima kasih untuk berita pertama, semoga ia dapat membimbing rakan² kita yang baru.

    Untuk berita kedua saya cadangkan agar amirol dapat menggunakan internet banking dari bank islam agar untuk urusan pembayaran komisyen kepada agen yang mempunyai akaun bank islam sahaja. juga dapat memudahkan amirol dalam urusniaga dalam perniagaan internet.

    Untuk berita ketiga..
    Semoga anda berjaya :)

  2. thereds says:

    amirol..saya nak join utk projek berita pertama anda..:D

Leave a Reply

Subscribe without commenting