Maintainance dan Update

Berikut ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan.

Pembeli Pakej Web Jualan

- Dalam tempoh 2 minggu ini, saya akan membuat perpindahan forum dari hosting sedia ada ke server hosting saya sendiri. Jadi, mungkin anda akan mengalami sedikit gangguan untuk akses.

Ruangan Forum

- Ruangan Board juga akan mengalami beberapa perubahan. Saya akan menetapkan setting untuk hak akses kepada pengguna. Ini bererti, jika beliau bukan pembeli Pakej Web Jualan, maka ruangan board Pakej Web Jualan tidak akan dapat diakses.

Saya juga akan mengambil beberapa orang untuk menjadi moderator dan forum ini akan dibangunkan sebagai forum VIP yang mana setiap pembeli mana – mana produk saya akan mendapat hak akses ke ruangan general forum. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak.

Pakej Web Jualan

Pakej Web Jualan akan mengalami perubahan besar yang mana lebih 50% perubahan sedang saya laksanakan. Pakej Web Jualan kali ini adalah 100% direct sales daripada saya yang bermaksud anda tidak akan perolehi daripada mana – mana reseller ataupun pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini ebook pakej web jualan dilengkapi dengan sistem License dimana 1 pembeli akan diberi 1 license key untuk membolehkan ebook dibuka dan berfungsi pada satu komputer.

- Reseller Pakej Web Jualan Versi 2, sila hubungi saya untuk mendapat informasi lanjut berkaitan maklumat pakej web jualan versi 2 sedia ada atau semak email anda kelak. Saya akan mengirimkan beberapa butiran lanjut dalam tempoh seminggu ini.

- Pembeli Pakej Web Jualan, sila nantikan email terbaru saya dalam tempoh seminggu ini juga.

- Bagi yang belum memiliki Pakej Web Jualan dan ada mempunyai hasrat untuk memilikinya, jangan lupa subscribe ke dalam sistem mailing WebJualan.com untuk mendapatkan maklumat terbaru serta discount semasa pelancarannya kelak.

Sekian.

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



9 Responses to “Maintainance dan Update”

  1. kuasawang says:

    pakej web jualan ni tak nak buat pakej bundle ke? ebook free pun bleh join jugak. dapat untung dengan mudah dan cepat. berkualiti pada harga yang berpatutan.

  2. admin says:

    maaf saudara, saya tak berminat. :)

    Satu pesanan saya, buatlah pendapatan dengan cara yang betul dan halal ya? ;)

  3. Hamid says:

    Wah,amirol
    sistem License nampak menarik laa, boleh kongsi bersama?
    agar dapat mengelak dari orang yang tidak bertanggungjawab dengan menjual produk kita secara haram.

  4. Syed Hafidz says:

    Sistem license??

    Macam mana 2? Boleh tak amirol kongsikan bersama pada post2 akan datang??

    errmmm..Dari hari ke hari webjualan.com sentiasa menghadapi evolusi. Tahniah Amirol!!

    Pakej WebJualan memang antara produk terbaik yang pernah saya beli.

  5. Hamid says:

    Betul tu syed..harap amirol dapat kongsikan bersama.
    agar dapat menghapuskan cetak rompak dalam dunia IM ni.

  6. admin says:

    Kali ini saya gunakan format .exe untuk ebook saya dan bukan lagi format pdf.

    Ya, tujuannya sememangnya untuk “mengurangkan” cetak rompak kerana ebook saya juga pernah juga disebar / tersebar begitu sahaja.

    Jadi, dalam versi terbaru ini, ebook ini saya buat lebih 50% perubahan dari isikandungan, sistem autoresponder yang digunapakai serta tambahan satu fungsi lagi untuk para pembeli (newbie) install ke dalam web.

    Dan ada beberapa tambahan lain yang akan lebih memudahkan kefahaman.

    InsyaAllah, kali ini saya pasti 99.99% pembeli boleh buat tanpa ada masalah apa – apa dari sudut kefahaman.

    Saya akan hantarkan makluman dalam sedikit masa lagi. Dijangka akan dilancarkan pada hujung bulan 11 ini insyaAllah.

  7. Hamid says:

    Amirol boleh kongsi yang ini tak

    ………….
    pembeli akan diberi 1 license key untuk membolehkan ebook dibuka dan berfungsi pada satu komputer.
    ………….

    semoga dapat membantu

  8. admin says:

    Hamid,

    Saya gunakan ebook berformat .exe (executable file). Jadi, untuk membukannya, bakal pembeli perlu register terlebih dahulu dan lesen akan disemak secara online melalui server software yang saya gunakan. Software tersebut adalah ebookpro.com.

    Jika hamid ada memiliki ebook maskahwin, maka konsep ebook yang akan saya gunakan adalah sama seperti ebook maskahwin.

  9. Hamid says:

    Oo..amirol baru beli ker?
    brapa harganya..
    ….
    Amirol,macam mana kita nak buat security untuk produk berbentuk CD ye?

Leave a Reply

Subscribe without commenting