Berikut ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan.

Pembeli Pakej Web Jualan

- Dalam tempoh 2 minggu ini, saya akan membuat perpindahan forum dari hosting sedia ada ke server hosting saya sendiri. Jadi, mungkin anda akan mengalami sedikit gangguan untuk akses.

Ruangan Forum

- Ruangan Board juga akan mengalami beberapa perubahan. Saya akan menetapkan setting untuk hak akses kepada pengguna. Ini bererti, jika beliau bukan pembeli Pakej Web Jualan, maka ruangan board Pakej Web Jualan tidak akan dapat diakses.

Saya juga akan mengambil beberapa orang untuk menjadi moderator dan forum ini akan dibangunkan sebagai forum VIP yang mana setiap pembeli mana - mana produk saya akan mendapat hak akses ke ruangan general forum. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak.

Pakej Web Jualan

Pakej Web Jualan akan mengalami perubahan besar yang mana lebih 50% perubahan sedang saya laksanakan. Pakej Web Jualan kali ini adalah 100% direct sales daripada saya yang bermaksud anda tidak akan perolehi daripada mana - mana reseller ataupun pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini ebook pakej web jualan dilengkapi dengan sistem License dimana 1 pembeli akan diberi 1 license key untuk membolehkan ebook dibuka dan berfungsi pada satu komputer.

- Reseller Pakej Web Jualan Versi 2, sila hubungi saya untuk mendapat informasi lanjut berkaitan maklumat pakej web jualan versi 2 sedia ada atau semak email anda kelak. Saya akan mengirimkan beberapa butiran lanjut dalam tempoh seminggu ini.

- Pembeli Pakej Web Jualan, sila nantikan email terbaru saya dalam tempoh seminggu ini juga.

- Bagi yang belum memiliki Pakej Web Jualan dan ada mempunyai hasrat untuk memilikinya, jangan lupa subscribe ke dalam sistem mailing WebJualan.com untuk mendapatkan maklumat terbaru serta discount semasa pelancarannya kelak.

Sekian.