Produk Terbaru? Profit URL Shrinker

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga untuk saya melancarkan produk terbaru saya iaitu :

PROFIT URL SHRINKER

Mengapa nama Profit URL Shrinker? Saya memilih nama ini kerana ;

  1. Profit = Keuntungan
  2. URL = Universal Resources Locator (iaitu alamat web)
  3. Shrinker = Memendekkan

Tak sedap pula kalau bunyi Keuntungan Alamat Web Memendekkan? :D

Jadi, saya gunakan nama Profit URL Shrinker yang bermaksud produk saya ini bakal memberikan keuntungan buat link – link promosi anda…

Bagaimana? Jika kita lihat, rata – rata usahawan internet kita sekarang, telah ramai yang menyediakan program affiliate. Maka disebabkan itu, ramai pengguna – pengguna internet yang menyertai program affiliate yang dibangunkan oleh usahawan – usahawan tersebut.

Tetapi timbul pula satu masalah dimana, agen – agen affiliate yang melakukan pemasaran telah mengalami “kes kecurian” atau kehilangan komisyen yang mana link affiliate yang mereka promosikan itu ;

  1. Tidak cantik sebab mempunyai huruf – huruf pelik dihujungnya. Jadi prospek tak akan klik link tersebut.
  2. Terlalu panjang dan turut membuatkan prospek tak minat nak klik
  3. Mempunyai ID Referral / Affiliate yang membuatkan prospek “TAK MAHU” si agen mendapat komisyen! Paling menyedihkan beliau pergi ke web yang anda promosi tu TANPA ID anda!

Jadi, script ini dapat membantu memberi impak baru bagi link – link promosi anda. Dengan keunikan sistem yang ada, sudah pasti anda sebenarnya boleh menggunakan script ini bukan sahaja untuk tujuan promosi, tetapi sebaliknya mendapat satu lagi peluang perniagaan yang baru!

Mungkin sesetengah daripada anda mahir menggunakan kod HTML dan “rajin” untuk membuat subfolder dan redirect page secara manual… Tetapi sampai bila harus anda membuat kerja leceh begitu? Bagaimana ada 20 Program Affiliate yang anda sertai. Pastinya satu kerja yang melecehkan untuk buat secara manual page – page redirect anda.

Jadi, dengan adanya kemudahan script ini, anda dengan mudah sudah boleh buat redirection system siap dengan nama yang unik. :)

Yang menariknya, jika selama ini anda menggunakan TinyURL.com, SimURL.com, apa kata kali ini anda pula yang menyediakan perkhidmatan seperti mereka! =)

Baiklah, untuk penerangan lanjut, apa kata anda layari sahaja ke http://www.ProfitURLShrinker.com untuk maklumat lanjut!

p.s – Sesiapa yang pernah sertai mailing list saya, sila semak email anda kerana saya telah berikan harga tawaran istimewa buat anda!

p.p.s – Script ini akan saya lakukan penambahan fungsi (features) dalam masa terdekat. Rakan programmer saya akan membuat tambahan – tambahan yang diminta oleh saya. Jadi, satu pesanan saya, jika anda ingin memiliki sistem ini, maka dapatkan sekarang kerana jika features – features tambahan telah siap, harganya pasti akan melonjak naik! Dan yang penting untuk saya nyatakan, anda sebagai pembeli terawal akan mendapat features tambahan ini secara PERCUMA sahaja kelak!

p.p.s – Program Affiliate akan dibuka dalam sedikit masa lagi. :)

- Amirol

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



15 Responses to “Produk Terbaru? Profit URL Shrinker”

  1. Abooain says:

    Wah, Saudara Amirol dan keluarkan produk baru, best gak ni. Terima Kasih Amirol di atas info tersebut. Produk MRR/RR/PU ke?

  2. Hamid says:

    Tapi sayang amirol..produk mcm ni pun kat pasaran ada yang bagi free jugak.

  3. Abooain says:

    Hamid, saya rasa produk yang dijual oleh sedara Amirol kita ni agak lain dan lebih advance kerana di telah dimodified oleh programmer Amirol dan telah ditambah beberapa kelebihannya.

    Memang benar terdapat banyak produk semacam ini, saya pun ada juga miliki URL SHRINKER ni tetapi mestilah berbeza, satu perkara yang jelas ialah produk Amirol ini dalam Bahasa Melayu lebih mudah untuk difahami bagi sesetengah golongan.

  4. Syed Hafidz says:

    Hamid, saya pun sama..Saya rasa produk ni lbh advace daripada skrip percuma kat internet…

  5. Abu Maisarah says:

    Kena lah beli dulu baru boleh komen kan?
    Agaknya macammana nak sertai mailing list amirol ni yek. Boleh beli harga istimewa.

  6. Fai says:

    Nice script! Lps ni boleh jadi raja script dah ni ;)

    Saya saspek(respek) sama AMirol..

    PS: Biler mau buat script membership site? Pcah rekod sikit tu.. Mesti bergegar pnya..

    PPS: Hehe.. lps ni mesti ramai berlumba2 nak beli domain rajascript.com lps saya cakap ni.. hehe

  7. amirol says:

    Thanks semua. kepada yang dah membeli, jangan tak pasang pula script tu.. rugi nanti.. jangan tak protect link affiliate tu. Kalau tak, kenapa wujudnya viralurl.com, and pelbagai macam lagi script urlprotector.

    Tp make sure juga manfaatkan fungsi script yang saya bekalkan kerana ia ada kelebihan seperti :

    1. Guna utk services awam dan challenge tinyURL.com :p
    2. Guna utnuk protect affiliate anda
    3. guna untuk agen affiliate anda. Pendekkan link promosi mereka

    InsyaAllah script yang saya promosikan kat atas ni akan saya update dari semasa ke semasa. Nak hire programmer bukan murah tu. but saya akan pastikan script ini akan ditambah fungsi dari semasa ke semasa. Sebab tu saya berikan harga tawaran sebab lepas fungsi2 lain ditambah, harga akan naik lagi.

    Bagi yang dah beli, pastikan dah subscribe ke sistem yang disediakan pada download page. Segala updates akan saya hantar menerusi sistem tersebut.

    Fai, saya suka benda2 script ni.

    Huhu.. nice name untuk domain rajascript.com tu… Sapa yang cepat, dia dapat.. ehehe…

    Em, Cadangan yang baik juga buat script membership.. hihi.. Nak kena cari sources and pusing modal dulu.

  8. Abooain says:

    Amat setuju dengan Fai, cuba Amirol buat untuk membership pula, saya sememangnya teringin nak pasang Membership site ni, nampaknya kena tunggu sehingga keluar script versi Amirol lak, semoga ia akan menjadi projek akan datang Amirol

    Belum sempat lagi nak pasang URL SHRINKER ni, Insya-Allah akan pasang dengan seberapa segera yang boleh untuk melihat kehebatan script terbaru dari Amirol ni :)

    Terima Kasih

  9. zool says:

    Wah tahniahlah.. Pastinya produk ini akan meletup di pasaran..

  10. am says:

    en amirol u pasti ke no bank cimb u ni… i nak transfer tak boleh sebab tak cukup nombornya… cimb… tengok dah berapa banyak awak rugi…

  11. edyanie says:

    err…takde harga spesel ke utk pelanggan webjualan :)

  12. am says:

    adalah u tak dapat ke email dari amirol… code rahsia untuk pelanggan wj… ada diskaun… terus terang yer.. saya pakai wj punya script dulu tak faham satu apa pun tapi sekarang saya mampu menyediakan perkhidmatan memasang script pulak…

  13. amirol says:

    Thanks semua!

    Saya sebenarnya gembira kerana lihat pertambahan produk – produk dalam industri perniagaan internet malaysia ni. :D satu perkembangan yang baik.

    Edynie : ya, ada diskaun.. tak terima email eh?
    Am : wah! Tahniah sebab dah berjaya menyediakan perkhidmatan memasang script… Saya gembira am dah mampu buat service macam tu.. salah satu punca pendapatan juga tu! :D

    InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi, saya akan menghantar email maklumbalas buat semua pembeli webjualan.

    Ada satu berita gembira dan menarik buat anda! :)

  14. Johari says:

    “Keuntungan Alamat Web Memendekkan” :) Unik jugak nama ni kan Amirol…hehe

    Btw, tahniah kerana sekali lagi mengeluarkan produk yang berkualiti..keep i up Amirol!

    Thanks a lot.

  15. Encik Dlie says:

    Tahniah Amirol..

    saya bercadanga nak beli.. mujur juga saya merupakan mailling list amirol.. dapat lah diskaun.. heheh.. thanks amirol, nanti saya akan beli produk ni..

    p/s – bila agaknyer program affiliate nak dibuka??

Leave a Reply

Subscribe without commenting