Akhir - akhir ni saya agak sibuk dengan urusan luar. Tak menang tangan untuk buat beberapa perkara. Lebih - lebih lagi, tinggal lagi sebulan lebih sebelum kita melangkah ke tahun 2008.

Bercerita tentang tahun 2008 ni, apa azam rakan - rakan sekalian? Tapi sebelum tu, apa perkara yang anda dah capai dalam tahun 2007 ini? Ada sebarang perubahan dalam diri anda? Keluarga? Taraf hidup? Yang belum kawen atau bujang, kot - kot dah ada teman baru? Atau yang dah kawen, ada pertambahan rezeki, dapat anak lagi? :)

InsyaAllah, 2008 kelak akan ada beberapa perubahan yang akan saya lakukan pada setiap laman web saya. Ya, sudah semestinya kita harus berwajah baru menjelangnya tahun baru. :D

Jadi, di sini saya ingin memberikan satu persoalan kepada rakan - rakan, apakah yang anda harapkan dari sesebuah laman web yang ingin anda layari? Dalam bab ini, sudah tentunya menjurus kepada industri perniagaan di internet. Apakah perkara atau benda yang ingin anda tahu, dapatkan serta ingin lihat dari laman web - laman web yang anda layari. Contoh terdekat, blog saya sendiri.

Pandangan anda, pendapat anda, komen anda amat diperlukan supaya saya dan rakan saya yang lain dapat memberikan apa yang anda mahukan. InsyaAllah, kalau tak banyak, sekurang - kurangnya ada juga bahan dapat kami kongsikan.

Saya akan fokus kepada apa yang anda mahu. Ini kerana lebih mudah untuk saya cari bahan berbanding jika saya berikan sesuatu yang anda tak mahu. :) Untuk pengetahuan, saya bukanlah yang begitu rajin untuk berkarya malah tak ada seni dalam bab penulisan.. (Spm saya dulu, BM dapat B… huhu)..

Jadi, sebarang komen, pendapat dan pandangan anda amat saya hargai… Luahkan apa perkara yang ingin diperkatakan dan ingin diketahui.. InsyaAllah, akan saya usahakan dari semasa ke semasa untuk setiap pandangan yang dikemukakan.

- Amirol