Akhir – akhir ni saya agak sibuk dengan urusan luar. Tak menang tangan untuk buat beberapa perkara. Lebih – lebih lagi, tinggal lagi sebulan lebih sebelum kita melangkah ke tahun 2008.
Bercerita tentang tahun 2008 ni, apa azam rakan – rakan sekalian? Tapi sebelum tu, apa perkara yang anda dah capai dalam tahun 2007 ini? Ada sebarang perubahan dalam diri anda? Keluarga? Taraf hidup? Yang belum kawen atau bujang, kot – kot dah ada teman baru? Atau yang dah kawen, ada pertambahan rezeki, dapat anak lagi?
InsyaAllah, 2008 kelak akan ada beberapa perubahan yang akan saya lakukan pada setiap laman web saya. Ya, sudah semestinya kita harus berwajah baru menjelangnya tahun baru.
Jadi, di sini saya ingin memberikan satu persoalan kepada rakan – rakan, apakah yang anda harapkan dari sesebuah laman web yang ingin anda layari? Dalam bab ini, sudah tentunya menjurus kepada industri perniagaan di internet. Apakah perkara atau benda yang ingin anda tahu, dapatkan serta ingin lihat dari laman web – laman web yang anda layari. Contoh terdekat, blog saya sendiri.
Pandangan anda, pendapat anda, komen anda amat diperlukan supaya saya dan rakan saya yang lain dapat memberikan apa yang anda mahukan. InsyaAllah, kalau tak banyak, sekurang – kurangnya ada juga bahan dapat kami kongsikan.
Saya akan fokus kepada apa yang anda mahu. Ini kerana lebih mudah untuk saya cari bahan berbanding jika saya berikan sesuatu yang anda tak mahu.
Untuk pengetahuan, saya bukanlah yang begitu rajin untuk berkarya malah tak ada seni dalam bab penulisan.. (Spm saya dulu, BM dapat B… huhu)..
Jadi, sebarang komen, pendapat dan pandangan anda amat saya hargai… Luahkan apa perkara yang ingin diperkatakan dan ingin diketahui.. InsyaAllah, akan saya usahakan dari semasa ke semasa untuk setiap pandangan yang dikemukakan.
- Amirol
Ada banyak cabang 2 cara2 buat duit di internet. Tinggal pilih dan concentrate atau fokus pada satu cara. Maybe you boleh dalam kan option2 atau cara2 yang ada di internet.
Lagi satu, kita memang takde masa sgt kalau nak fokus pada 2 atau lebih cara buat duit di internet kalau kita bukan full time. Mungkin ada mechanism yang sesuai dan practikal boleh di cari atau dicipta supaya senang buat lebih dari satu cara buat duit di internet…
Perniagaan online ini memang besar definasinya. Untuk mereka yang mempunyai kepakaran dalam motivate atau penulisan mungkin adsense pasarannya, bagaimana pula dengan blogger seperti saya, yang tidak bergantung pada seo tetapi yang membuat blog untuk menunjukkan hasil kerja.
Ada tak cara mendatangkan hasil dengan lebih berkesan.
Saya belum mendapat apa-apa pendapatan pun sekarang ni,tetapi saya masih tekun untuk belajar membuat laman web sendiri.saya sudah ada laman blog sendiri, saya hendak menyertai g/adsense tetapi belum berjaya membuat barang2 dalam g/ads itu masuk dalam lmn/blog saya
Slm semua…
Ermm, saya masih baru dalam bisness internet ni. Apa yang saya mahukan sekarang ni, concentrate pada adsense dan affiliate marketing. Saya ada buat adsense dan menjual produk sendiri juga.. =)
Setakat ni, alhamdulillah…berkat tukjuk ajar Para Marketer semua, dpt lah saya mengenali dunia perniagaan internet ni. Permulaan ni, biarlah saya fokus pd adsense dan produk dulu…insya-Allah, pada masa hadapan saya berharap akan menjadi usahawan internet yang berjaya juga.
Sama-sama doa yer..hehe. TQ.
salam..
pergh!!!.. ramai gak yg bertenet kul 2 – 3 pagi ni rupanya.. hehhe
selain fokus pd sesuatu topik.. saya suka para motivator mcm Amirol ni bg penjelasan yg perlu diulang2 berkaitan jenis2 biz online..
dedulu baru mula2 nak paham.. org cam saya pening betul..
apa tu biz online.. pandang kiri.. adsense.. pandang kanan affiliate.. pandang atas produk sendiri,.. pandang bawah last2 sy pening..
snang kira .. bila sy layari web berkaitan ebiz ni.. cari tips.. tips.. dan kata2 semangat truskan biz..
Buatkan saya satu blog untuk pengiklanan. Tapi harap jangan mahal sangat. TQ. jumpa lagi.
Salam berkenalan Saudara Amirol,
Ini adalah kali pertama,saya menulis di ruang ini.Saya orang baru dalam bisnis internet ini(baru seminggu),ingin memperlajari selok belok perniagaan di internet ini.Saya harap dapat berlajar dari saudara Amirol tip2 yang berguna dan dapat berkongsi bersama member2 yang lain. insya-Allah.
Salam, helo sume harap belum tido,
Saya dh lama dapat info2 biz ternet ni, tp bru skang nk mula, overload info katakan.Apa kata kalau para internet marketer tunjuk cth (website) biz affiliate & adsense yg berjaya, iaitu yg menghasilkan income, TQ
sebenarnya saya x faham macam mana bisnes ini dan apa jenis bisnes. oleh sebab itu saya buat macam x peduli jer.
Saya mempunyai pandangan yang sama AnonZ ngan eddy..dan menjadi confuse apabila terlalu bnyak membaca pasal internet biz.
Untuk pengetahuan saya sudah memperolehi pelbagai ebook antaranya forex, maybank2u saham, cpanel, produk tuan, dr.irfan (buku,cd,101 pasaran),rajaadsense. Oleh kerana kami bekerja dan komitmen pada keluarga menyebabkan kekurangan masa untuk membangun web perniagaan, boleh tak tuan membangun web e-commerce yang lengkap maksud disini satu dibahagian pelanggan: mendaftar, login, memilih produk, masuk troli, total produk, alamat hantar produk, kaedah bayaran,cetak resit dan logout.Satu bahagian lagi adalah Admin:login, data pelanggan baru,senarai barang yang dibeli,status bayaran,dan mengurus data pelanggan/jual beli. Kami hanya daftar hosting, domain dan upload web tersebut.Pada pengetahuan saya kebanyakan syarikat menawarkan membangun web interaktif ecommerce pada kos 1000 hingga 3000,tuan letak pada harga 300 ke 600 ini sudah memandai. Mohmmad Hamdy
Sebenarnya saya ingin memulakan perniagaan melalui internit tetapi saya belem beberapa tahu cara caranya
Alhamdulillah, azam saya satu je untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam dunia perniagaan online biar setaraf dengan IM-IM tempatan kita contohnya seperti SmartZul, Amirol, SaifulSham dan lain-lain. Itulah tekad saya setiap lagi melayari website atau blog IM tempatan/antarabangsa, dunia ebiz ni luas dan memerlukan pengetahuan yang juga luas agar kita berjaya mengharunginya, kerana bukan sedikit juga yang kecundang ketika cuba mengharungi samudera ebiz yang tidak bersempadan ni.
Setelah hampir setahun di dalam dunia ebiz ni, pelbagai perkara dan ilmu yang dapat diperolehi tetapi masih belum puas lagi kerana saya bermula dengan “0″, oleh itu saya perlu belajar lagi dari Amirol.
Tunjuk ajar dari Saudara Amirol banyak membantu saya, terima kasih! Tosye Sifu!
Salam….
macam saya yang bidang mmg bkn it, saya sentiasa mencari tips dan panduan utk dptkan traffic, grafik dan layout yang menarik bagi sesebuah laman web, etc.. etc (tak ingat benda tulis)
suka membaca orang yang dikatakan berjaya. yang tak berjaya satupun tak ada cerita. mereka yang kononnya berjaya boleh juga direka melalui testimoni. siapakah yang tahu? perniagaan internet semuanya maya. Kalau terjadi apa-apa yang tak diingini tak boleh diambil tindakan. Macam perigi duit. kata duit masuk hari-hari, tapi apabila jadi ahli hari-hari tak masuk duit, analisa anda dibayar dengan duit, dan pelbagai lagi. cerita dogeng mat jenin. soalnya yang mana satu betul. Janji-janji blog semuanya enak-enak. tak payah juallah, bukan mlm, tak perlu car pelangganlah dan bermacam-macam janji muluk. maaflah ya…
Salam, saja jek nak menyampuk..
Byk2 komen, komen saudara haris buat sy tertarik.. hehhe
Nampak macam sdr. haris kecewa dengan perigiduit tuh. Ada join sama kot..
Perigiduit tuh bukan perniagaan internet. Tuh program internet. Kena tahu bezakan perniagaan ngan program internet. Kebanyakan kes scam, berlaku dr. program2 internet. Harap semua berhati-hati memilih program internet sebelum join.
Saya sekarang ini mempunya banyak rujukan utk memulakan perniagaan di internet.masalah yg saya hadapi ialah tidak dapat menentukan atau buat pilihan yg mana satukan prog yg terbaik utk memulakannya.
Saya tahu soalan ini banyak diperkatkan oleh ‘newbies’ seperti saya.
Saya sekarang ini cuba utk menyertai prog affiliate sebagai permulaan.
Agar dapat pihak saudara membimbing saya dlm melaksanakan prog ini dan seterusnya
Salam perkenalan,
Saya dah lebih 10 tahun dlm MLM. Apa yg saya hrp dari Internet biz ni;
1- mengembangkan bisnes sedia ada.
2- berkongsi ilmu dgn member2 yg sewaktu dengannya(MLM tulen sahaja)
3- berkongsi tip-tip motivasi dan petua kejayaan
4- yg lbh utama skrg ni,(setelah lbh kurang 6bln berjinak dgn IT biz) nak share nasihat dgn org baru;-
* jgn ghairah sgt dgn berbagai peluang atau matlumat ‘percuma’
* tetapkan(had) masa, fokus pd ilmu berkaitan satu matlamat shj dahulu.
* abaikan(delete) terus, jgn baca langsung apa-apa yg tidak diundang(unsubcribe yg tidak berkenaan).
- Saya yakin ramai yg buang masa dan duit dlm proses membina kejayaan(klu nk berjaya perlu melabur utk ilmu) kerana kebanyakan kita hanya belajar melalui pengalaman.
- sebab itu jadikan pengalaman org lain sebagai pengajaran agar kita tidak perlu gagal banyak kali sebelum berjaya.
saya biasa nak carik bahan untuk ditulis diblog… tulah cara nak dapatkan idea menulis…
Salam persahabatan untuk saudara dan rakan yang melayari ruangan ini.Saya tidak mahir internet tetapi tertarik dgn keusahawanan internet. Saya telah menghabiskan masa lebih 3 bulan tetapi masih tercari-cari dimana perlu dimulakan. Saya juga telah membelanjakan wang untuk ini. Saya mempunyai idea tetapi …. dimana bantuan yang saya boleh perolehi termasuk bersemuka dengan sifu.
Kepada mereka2 yang blank & konfius..
Kalau nak buat duit melalui internet, saya ingin bagi sedikit pandangan. Jika anda banyak tumpu pada program internet spt program reseller, sumbangan dan sewaktu dengannya, anda sebenarnya bukan usahawan internet.
Nak jadi usahawan internet, kenalah mulakan perniagaan sendiri yang mana melibatkan perkara2 seperti mencari atau mencipta produk untuk dijual, membina laman web sendiri dan membuat promosi.
Akan tetapi, program internet spt program affiliat dan adsense adalah diantara program internet yang boleh dikategorikan sebagai perniagaan internet dan sesuai disertai sebagai langkah permulaan perniagaan internet.
Anda tidak akan konfius jika anda:
1.Susun semua ebook yang anda miliki mengikut kategori menggunakan folder untuk memudahkan rujukan.
2.Fokus pada satu perkara setiap satu masa.
3.Belajar satu persatu. Contoh, jika anda pilih untuk jual abook sendiri, mula belajar bagaimana buat ebook, ecover, laman web jualan dan blog. Lupakan yang lain buat sementara dan fokus.
Ok, Amirol..saya perhatikan ramai orang apabila melayari sesuatu laman web, mereka ingin tahu (berdasarkan soalan dan komen):
-bagaimana memulakan perniagaan internet (bagi yang blank).
-dimana sebenarnya nak bermula (bagi yang keliru dan overloaded).
-bagaimana nak buat sendiri ebook, ecover dan grafik lain seperti button, arrow, animasi, header, footer.. secara percuma (bagi newbie, mereka ada masalah modal, mereka tak fikirkan tentang JV dan resourcing).
-apakah (dan mana nak dapat)tools yang diperlukan oleh seorang peniaga internet.
-bagaimana mula membina list.
-bagaimana membuat & menukar header pada theme default blog wordpress
-bagaimana buat download page, bagaimana cara letak produk pada hosting
ooops..panjanglah pula
saya masih baru dlm perniagaan internet, skrg masih dok buat kajian n study dlm bidang ni. awal 2008 n bila dah dapat maklumat yang saya perlukan baru saya akan mulakan perniagaan internet.
Saudara Amirol,
Biarlah secara jujurnya saya nyatakan.. saya tiada pengetahuan langsung dalam bidang IT. Langsung tiada.. ha .. hanya tau asas penggunaan komputer saja. Seperti yang saudara tanya, setiap orang ingin berjaya, dalam apa bidang pun.
Saya dah cuba banyak usaha (secara kecil-kecilan saja)namun kejayaannya masih samar. UNTUK BERJAYA MESTI ADA ILMU (berkaitan)BUKAN ?. Just on that point, I start here. Get knowledge, but most of the knowledge provider (in internet)need you to invest. Never mind.
So now, I HAD STARTED..tetapi tidak semudah seperti di sangkakan. Wow.. banyak dapat! tapi bukan saya.. not a cent yet. Never mind. Apa yang syoknya saya sudah buat langkah pertama.. tunggu langkah seterusnya.Tapi terpaksa perlahan-lahan.
O.k. saudara Amirol you know what I mean.
Bagi pandangan saya sendiri. Apa yang saya cari dinternet adalah informasi, maklumat yang berkaitan dengan perniagaan internet. Saya memerlukan pengetahuan-pengetahuan ini supaya saya dapat menguruskan sendiri cara menerbitkan laman web, meng-upload file, memasang script dan sebgainya. Jika boleh semuanya dapat dilakukan tanpa mengupah orang lain lagi.
Pada pendapat saya pula! Saudara amirol boleh menulis cara-cara bagaimana memasang sistem autoresponder. Sebab saya rasa maklumat seperti ini jarang saya jumpa. Lagipun sekarang nie saya memerlukan pengetahuan ini, untuk mengumpul list. Itu saja pandangan saya untuk kali ini.
Terima kasih.
Saudara Amirol,
Saya ni masih baru dalam bidang ni. Baru nak develop sikit-sikit dengan menimba seberapa banyak ilmu yang boleh. Saya berminat dalam penulisan blog dan pernah cuba dulu tapi kurang berjaya sebab ‘writer’s block’. Macam mana nak atasi masalah ni?
Salam sejahtera sahabat lamaku Amirol,
rasanya dah lama juga saya tak respond kat blog nie, maaflah Amirol, sebab terlalu sibuk saya dengan projek untuk tahun 2008.
Saya, setuju sangat dengan pandangan sdr. mie, The Secret & Coming..sebenarnya terlalu banyak peluang ebiz di internet nie, kalau tengok kat repond 3 orang yang saya sebutkan diatas tu, rasanya kita boleh agak..bila je tau guna komputer & melayari internet..pertama sekali apa matlamat kita! saja2 untuk dapatkan maklumat,game,chat atau sebagainya… lama2 pemahaman kita tentang dunia IT makin meningkat, timbul pula perasaan ingin cuba sesuatu yang baru, nah…menggunakan internet sebagai tempat untuk menambahkan pendapatan! caranya: seperti komen yang diberikan oleh sahabat2 yang lain. Jadi, pada pandangan saya.. kita semua ada kemahiran cuma garis panduan tiada, sebab.. OVERLOAD INFORMATIONS (boleh rujuk pada ebook percuma oleh sdr. Amirol & Smartzul..) ke-2, GHAIRAH YG TERLALU TINGGI (bukan tajuk filem..xxx…yer.) & ke-3, Hentam Keromo (jawa sikit..) maknanya semuaaaaa….kita nak buat! nak masuk Google Adsenselah, Affiliatelah, MRRlah dll…jadi, cuba kita FOKUS satu-satu dulu. Ialah macamana asal kita: daripada bayi,kanak2, dewasa & bujang trang-tang-tang (mcm Amirol le tur..)semuanya makan masa berapa tahu?…20 tahun!…berapa tahun? 20 tahun… berapa tahh..(Pelempangkan!),..20 tahun ma…tapi kita bersyukur sebab sudah ramai IM di Malaysia yang berkebolehan, mahir bab IT & ebiz..kan bersyukur! tak perlu belajar sampai Universiti tetapi kita ada kemahiran seperti mereka yang bertahun2 belajar kat U. Jadi kesimpulan penting yang saya dapati adalah konsep `Apa niat kita hendak berniaga di internet’. sebab kalau dah terbuka kunci yang satu nie,semua pintu rezeki & ilmu kita juga turut akan terbuka…
Hmm..rasanya terlalu panjanglah komen saya nie, saya minta maaf kalau ada salah bahasa ~ tujuan kita, ialah untuk bertukar2 fikiran, pendapat & meraih rezeki….
a.kum…..saya baru ingin menceburi dalam internet,dan saya bukan lah golongan profesional..(baru meraba raba )..saya ingin mencuba kelainan..walaupun sekarang ,saya ada satu perniagaan,tapi tidak menggunakan laman web….dan juga,ingin mencari peluang pendapatan sampingan…..serta mendalami ilmu perniagaan internet………
Assalamualaikum..
saya sebenar nyer baru lagi dalam perniagaan internet.
skrg ni saya sedang berjinak dengan forex dan blog saya mengandungi mp3 koleksi peribadi dan lirik untuk kongsi bersama. azam tahun depan mayb utk mancari peluang untuk
cari pendapatan sampingan dari internet insyaAllah..
Assalammualaikum..
Saya orang baru dalam dunia perniagaan internet.Hm, saudara Amirul, saya ingin bagaimanakah cara hendak berjaya dalam perniagaan internet ini?Contohnya dalam hal penjualan produk dan apakah peralatan atau software yang diperlukan?Lagi satu,kalau boleh dedahkan tips atau strategi yang efektif dalam melariskan jualan..
Saya juga nak tahu bagaimana dengan blog, kita boleh menjana pendapatan..
saya masih baru dalam dunia bisnes internet.apakah aspek2 yang perlu ditekankan untuk buat bisnes internet?kalau kena tipu di internet, apa yang peru dibuat?
terima kasih
Salam buat semua….
Hanya coretan ringkas yang dapat saya berikan disini…Sebenarnya tujuan utama saya melayari Internrt adalah Untuk mendapatkan peluang menambah pendapatan dan peluang berkenalan dengan seramai mungkin usahawan Internet yang berjaya dan dapat bertukar peluang dan kesempatan ..buat semua pengguna internet…
Oh Ya…Saudara Mohd Amirol selamat berjaya dengan pelancaran produk terbaru saudara….
sekian ,
halimdanga.
em…post yang menarik. saya sebenarnya sukakan perkara yang teknikal,mungkin itu akan membuatkan saya lebih pening kepala dengan perniagaan internet kerana saya mmg baru bermula. walaubagaimanapun saya lebih suka belajar daripada menggunakan jalan pintas,saya mempunyai banyak idea,tp x tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam internet..contohnya bagaimana sekiranya saya seorang pengiat MLM ingin menghasilkan laman web yang boleh memberikan laman web yang sama kepada ahli2 saya yang berdaftar dgn nama mereka terpapar pd lmn utma web tersebut dan bagaimana untuk membaca data2 atau urusniaga yang berlaku pd lmn web itu supaya saya boleh menguruskannya…inilh antara perkara yang menjadi persoalan saya selama ini. sy x tahu progrm apa yg digunkan dan bagaimana ia berfungsi..rasanya ramai org2 baru macam sy mempunyai masalah teknikal seperti ini. cuma mgkn ramai yg lebih suka cara yg mudah dn tidak memeningkn kepala…
Salam sejahtera,
Saya masih baru dalam melayari internet apatah lagi dalam perniagaan internet. Ilmu pun kurang. Saya sedang mancari-cari maklumat dan ape-ape aje yg berkaitan. Sedang terkial-kial menyiapkan sebuah ebook kesihatan. Panduan membuat ebook dan ecover dah ada tapi belum try lagi sebab buat ebook part time aje.
Satu lagi,bila buka internet macam-macam yang hendak di buat tapi tak fokus, nak buat tu nak buat ni tapi tak tau cam na nak buat.
So,sekarang bagi ebook siap dulu.
rasanya bagi yang baru tu tak tahu kemana arah tujuan baik dimulakan dengan berblog… satu kerugian kalau takde blog ni… melalui blog, kita boleh mencipta nama dan kredibility… tulis tentang hal2 yang anda tahu… makanya anda akan tetap dapat menulis tentang sesuatu tanpa merasa bosan… buat review tentang affiliate program (jangan lupa selitkan sekali affiliate link anda) sekurang2nya dapatlah anda menghasilkan wang sebagai permulaan… diblog saya ada menyediakan service pemasangan blog wordpress… harap2 dapat berkunjung disana… harga yang ditawarkan sangat berpatutan… jangan bimbang ianya harga mampu milik…
TKasih saudara amirol… pendapat dan keinginan saya adalah seperti berikut:
1. membaca ebook sahaja tidak ada akhirnya (no results), kerana yg penting:
macam mana nak iklankan produk di internet.. spt dalam Bharian on line, utusan on line, dalam web lelong atau berbagai lagi.
macam mana nak memahami html.. perlukab ia dalam biznes internet?
macam mana nak nak buat web.. semua kata paste aja dari pemlet.. masalahnya macam mana nak paste.
2. dah dnload.. tetapi tak ada dlm dstop… panik…
3. apa itu web hosting?
4. ada setengah produk itu menyediakan webste. apa guna ada web site kalau tak tahu nak iklan di internet.
5. di kuching belum pernah ada seminar biznes internet.
saya harap saudara faham. memberi ilmu itu mendapat pahala… tetapi biar penuh dan jujur.
saya tidak mahu macam misijutawan.com. sebelum bayar atanya macam-macam bantuan boleh diberi. setelah produk di bayar… email pun tak mau di jwb.
untuk menuntut ilmu.. berapa banyak wang pun boleh dilaburkan, tetapi jika tiada keputusannya… sama macam tak belajar.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih semua untuk pandangan, komen, permintaan yang diberikan.
Saya sedang meneliti satu persatu komen – komen anda untuk saya kategorikan. InsyaAllah, saya akan sediakan bahan – bahan khusus untuk setiap pesanan yang anda berikan.
Azam baru insyaAllah akan dirangka siket masa lagi..
Saya berminat nak mendalami ilmu forex..
eBook KuasaForex dah beli..
cuma banyk lagi perkara yang saya interested nak tau..
hehehe
mungkin amirol leh pertimbangkan utk wat produk yang theme dia forex kot…
Saya tak tau langsung berkenaan dengan perniagaan internet atau program internet. Setiap hari ada saja email yang saya terima berkenaan dengan macam mana nak dapat duit di internet dengan mudah!!!!! Setelah hampir 4 bulan di asak dengan email-email yang datang akhirnya kelmarin 9.11.07 saya buat keputusan menyertai satu darinya. Saya tak tahu sama ada ianya ok atau tidak. Soalan saya lebih menjurus kepada, contoh jika sekiranya saya menjual insuran apakah cara untuk promosikan dalam internet dan sekiranya pembeli berminat mereka boleh beli dari saya secara online, membayar secara standing instruction tanpa perlu ada pertemuan. Saya berharap sangat saudara dapat membantu.
Wassalam.
mmm…. mungkin overloaded atau keliru campur malas nak bertindak punca saya masih tak ke mana2,dari luahan pendapat di dapati ramai yg minat tapi tak berapa jelas mengenai internet biz yg sebenar.ini sebenarnya merupakan peluang utk meningkatkan lg pasaran im di negara kita dgn memberikan panduan yg ringkas tapi berkesan kpd mereka(newbie).saya rasa perlu satu summary yg lengkap secara overall im utk lakukan,seterusnya pecahan dan sub action dan knowledge yg di perlukan utk menjayakan sesuatu misi(con:jika nak dpt income dari adsense maka perlu tahu blog ke wordpress ke,juga traffic generator dll)kalau dari produk sendiri-camna nak buat ebook,viral marketing,opt in list,sales letter dan sebagainya.misi yg di maksudkan ialah satu panduan yg di buat(secara lengkap) akan hasilkan income pada seseorang itu.con: affiliate,adsense&blog,ebook,plr,fire sales dll
ini di beri secara general saja. seterusnya di buat compelete siri utk setiap misi.mesti dlm bentuk easy step by step,yg terus mereka boleh applikasikan,juga maklumat tambahan(yg ada kaitan) yg mereka perlu utk lebih memahami apa yg mereka sedang lakukan,jgn campur aduk perkara lain dulu.
Saya masih di tahap ini, mungkin kerana masa dan kekurangan prasarana IT membuat saya masih belum bermula. Saya juga masih kurang yakin apakah orang akan yakin dengan jua beli secara internet. mahukah mereka membayar dulu sebelum produk sampai ketangan mereka, apakah kita akan diambil tindakan undang-undang sekiranya produk itu tidak memenuhi kehendak mereka, dan bagaimana kita akan mempertahankan diri. Saya berminat mengusahakan produk makanan halal. Adakah sesuai produk sebegini di pasarkan secara internet? Saya akui sifat kekurangan keyakinan ini akan membuat saya tidak kemana-mana. Saya akan cuba untuk 2008 nanti mengubah keadaan ini kepada yang lebih baik dan meyakinkan.
saya ingin mempelajari peniagaan di internet…
Salam Amirul….
Saya ni berminat dengan internet business tapi tak focus product yang ada. Saya rasa saya ada product yang saya boleh buat duit cuma fokus tu tak ada, mungkin belum masa kot. Anyway, saya nampak, kalau saya fukos satu product saya akan berjaya, insyaalah.
Terima kasih segala info yang diberikan.
Saudara Amirol,
Terima kasih kerana sudi mengutus email serta panduan2
perniagaan internet kpd saya.Melalui siri2 email yang
saudara kirim serta carian maklumat dari web dan blog
yang berkaitan,sedikit sebanyak telah membuka minda saya
terhadap perniagaan internet.Sekarang saya sedar,selain dari program2 internet yang menipu dan mengarut[scam]‘
sebenarnya memang terdapat banyak lagi cara yang betul2
sah dan terbukti kebenarannya.Apa yang penting,kita harus
berhati-hati dalam membuat keputusan.Bagi saya disinilah
kita amat memerlukan nasihat dan panduan dari mereka yang
telah “masak”dan berjaya dalam bidang ini seperti saudara
Amirol Faisal dan lain2.Akhir sekali saya amat berharap agar mereka yang sudah berjaya ini dapat menjadi mentor
kpd orang2 baru yang berminat.
Sekian.
Salam sejahtera terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri walaupun hari ini merupakan hari terakhir syawal. Sy terpanggil untuk memberi komen disini setelah saya telah sekian lama tidak aktif dalam menjalankan usahawan internet. Banyak faktor yang mempengaruhi serta banyak sebab yang menghantui.
Biarpun org lama yang menceburi hatta org baru sekalipun yang berjinak2 dengan usahawan internet pastinya mereka inginkan kejayaan yang mampu di lihat di depan mata, usaha sendiri tanpa bimbingan sering kali membantutkan setiap langkah kerana ibarat belajar tidak berguru laksana bunga kembang tak jadi. Dalam internet terlalu banyak warna2 indah tentang prospek yang kononnya berdaya maju, yang membawa pulangan mewah secara senyap tetapi sering kali di hidangkan dgn teknik yang tersembunyi. bagi saya perniagaan seperti ini saling tak tumpah bagai jurujual yang sering menerjah ke rumah kita cuma kaedahnya saja yang maju.
Tidak ramai yang tahu menggunakan komputer, malah kalau di suruh menaip pun ada yang terkial2 mencari huruf di papan kekunci, apatah lagi di arah membuat marketing. Saya berpendapat jika saudara ingin membantu lebih baik di wujudkan templete website yang sedia ada sebagaimana saudara melakukannya untuk diri saudara. Masukanlah apa saja bentuk perniagaan yang halal & boleh di terima oleh undang2 negara, dari kita membicarakan hal2 perniagaan, teknik & sebagainya sedangkan itu semua belum tercapai ke akal pengguna internet kita.
Sekian terima kasih
saya masih terlalu baru untuk memberi sebarang komen utk saudara Amirol tapi saya masih dan perlu utk mengikuti perkembangan samaada blog atau sebarang maklumat terkini.bagi saya utk menjadi usahawan internet yang bermaklumat,berjaya dan penuh dengan idea semasa bukanlah suatu yang mudah.walau apapun maklumat dari usahaniaga ( amirol )sehingga kini amat berguna .TERIMA KASIH
Salam sdr.Amirol,
Saya adalah newbie separuh masa internet, apa yg di cari di internet adalah informasi,tip yang berkaitan dengan perniagaan internet. Baru cuba cuba melibatkan diri dalam perniagaan internet dan masih dalam proses belajar. Maklumat dan panduan dari sdr.Amirol dan para IM yang lain amat saya hargai.
Terima kasih.
Al-hamdulillah,
Jutaan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia dan izinNya saya masih dpt menaip sedikit cetusan pandangan dlm ruangan Blog ini.
Terus-terang saya katakan bahawa kita semua ini sedang cuba membangkitkan “Gergasi” yang sedang Tidur didalam diri minda anda.
Masing-masing mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang berbeza-beza tentang keupayaan diri masing-masing. Marilah kita bersama-sama berpegang teguh kepada “Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan” yang terdapat didalam diri masing-masing, bahawa anda “Pasti Berjaya” dalam apa jua bidang yang kita minati dan ceburi disamping mempunyai Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda tersebut.
Ingatlah bahawa; Percaya dan Yakin Tanpa Batasan merupakan
Senjata Paling Berkuasa Manusia. Ini adalah petikan daripada e-book saudara kita “Muhammad Amin Al-Farabi”. Inilah hasil daripada pencarian saya melalui media internet yang mempunyai 1001 macam manafaat jika betul cara jalannya.
Menurut e-book terseebut” Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur” bagaimanakah kita hendak memanafaatkan Kuasa Minda Separa Sedar itu?.. Terus-terang juga saya juga masih sedang mengkaji keberkesanannya..
Kepada sesiapa yang belum membacanya bolehlah membuat searching di internet dgn menaip tajuk tersebut..
“Tidak ada Kegagalan kerana Kegagalan itu Tidak Wujud”
** (Nothing Is Impossible, because impossible is nothing)**
Ingatlah :
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
Mari kongsi kata-kata ini:
“Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan”
Saya suka kata-kata ini:
“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana”
Dan akhir sekali:
“Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.”
Terima kasih kpd saudara Amirol dia atas e-mail-email memberangsangkan semoga saudara dan anda semua mendapat lebih banyak ilham dan lebih kreatif di tahun-tahun yang mendatang.
Wasalam.
Assalammualaikum sdr Amirol,
Terima kasih kerana inginkan pandangan dan komen dari saya tetapi saya adalah orang yang baru dalam lapangan ini. saya masih belum berjaya mewujudkan laman web atau blog sendiri walaupun telah cuba mendapatkan bahan-bahan buku dan e-book yang dah tak larat lagi untuk didownload.saya syorkan agar sdr dapat mengadakan kursus-kursus khusus seperti untuk program affiliate ,internet MLM atau bina laman blog sendiri secara terperinci.
Terima kassih dan wassalam.
Assalammualaikum sdr Amirol,
saya zero it,nak mula cari duit,apa perlu ada,buka akaun apa,buat lamanweb,list,domain,hosting dll ? kekadang nak sign in pun takut kena bayar ,dahlah sen tak dapat kena monthly charge lak ?mana free mana yang bayar pun masih confius,tolonglah bagi tau flow chart nak dapat 1 sen pun jadilah, tapi prosesnya complete dari a to z.
minta maaf kalau terover.
Saya memang sangat berminat dengan perniagaan internet ini ,tapi kesibukan kerja membuat ianya agak terhad kerana saya perlu fokus kepada kerja saya dahulu,namun minat tak pernah pudar walaupun masa menjadi halangan…nak belajar buka blog sendiri..namun belum berkesempatan…tapi saya tak mungkin akan putus harapan kerana bagi saya semuanya masa akan menentukah..yang penting kerja saya sekarang diutamakan..kalau bolih saya ingin buat kerja satu masa ..mudah , ringkas dan berpulangan lumayan..