Saya perlukan pandangan anda…

Akhir – akhir ni saya agak sibuk dengan urusan luar. Tak menang tangan untuk buat beberapa perkara. Lebih – lebih lagi, tinggal lagi sebulan lebih sebelum kita melangkah ke tahun 2008.

Bercerita tentang tahun 2008 ni, apa azam rakan – rakan sekalian? Tapi sebelum tu, apa perkara yang anda dah capai dalam tahun 2007 ini? Ada sebarang perubahan dalam diri anda? Keluarga? Taraf hidup? Yang belum kawen atau bujang, kot – kot dah ada teman baru? Atau yang dah kawen, ada pertambahan rezeki, dapat anak lagi? :)

InsyaAllah, 2008 kelak akan ada beberapa perubahan yang akan saya lakukan pada setiap laman web saya. Ya, sudah semestinya kita harus berwajah baru menjelangnya tahun baru. :D

Jadi, di sini saya ingin memberikan satu persoalan kepada rakan – rakan, apakah yang anda harapkan dari sesebuah laman web yang ingin anda layari? Dalam bab ini, sudah tentunya menjurus kepada industri perniagaan di internet. Apakah perkara atau benda yang ingin anda tahu, dapatkan serta ingin lihat dari laman web – laman web yang anda layari. Contoh terdekat, blog saya sendiri.

Pandangan anda, pendapat anda, komen anda amat diperlukan supaya saya dan rakan saya yang lain dapat memberikan apa yang anda mahukan. InsyaAllah, kalau tak banyak, sekurang – kurangnya ada juga bahan dapat kami kongsikan.

Saya akan fokus kepada apa yang anda mahu. Ini kerana lebih mudah untuk saya cari bahan berbanding jika saya berikan sesuatu yang anda tak mahu. :) Untuk pengetahuan, saya bukanlah yang begitu rajin untuk berkarya malah tak ada seni dalam bab penulisan.. (Spm saya dulu, BM dapat B… huhu)..

Jadi, sebarang komen, pendapat dan pandangan anda amat saya hargai… Luahkan apa perkara yang ingin diperkatakan dan ingin diketahui.. InsyaAllah, akan saya usahakan dari semasa ke semasa untuk setiap pandangan yang dikemukakan.

- Amirol

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



58 Responses to “Saya perlukan pandangan anda…”

  1. [...] pada topik yang lepas yang mana saya meminta pandangan rakan – rakan berkenaan apa yang dicari menerusi internet, apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah [...]

  2. catzer says:

    wah,sudah semakin ramai memberikan komen yg bernas ni, pada sy asalkan blog tersebut diupdate selalupun dah ok.

  3. mat.g says:

    saya tengok ada permintaan terhadap website jualan yg lengkap dgn cart system dan interaktif.. jadi why not saya nak ajak saudara amirol untuk JV utk memenuhi permintaan pelanggan2 webjualan saudara amirol dgn kos yg amat mampu milik? boleh tgk portfolio saya di http://www.shopbegins.com

  4. fauzi says:

    sebenarnya terlalu banyak sangat email2 tentang perniagaan di Internet menyebabkan ramai user bosan dan abaikan saja email sedemikian.

    Orang ramai jadi keliru tak tahu nak menilai mana satu yang benar dan palsu dan berkepentingan.

    Apa yang lebih penting bagi pengguna
    1. Maklumat yang ringkas tapi padat. ( Tak perlu web site yang panjang berjela yg membosankan orang ramai.)
    2. Apa yang pengguna boleh dapat.
    3. Sistem dan Teknik yang jelas.
    4. Ilmu yang bermanfaat.

    Sekian Dulu… C U Again

  5. Norsiah says:

    Assalam Amirol,
    Saya terima your email on regular basis dan dalam banyak2 email yang saya selalu terima, your email saya selalu baca dulu, terasa macam ada rasa ikhlas.

    Saya berminat dalam internet semenjak 9 bulan lepas selepas attend workshop Irfan Khairi. Saya join affiliate program siap dengan website dan marketing campaign 4 bulan lalu. Sampai sekarang tak ada buat satu sale pun. Saya sudah cuba macam2 cara untuk mendapatkan traffic(beli Guaranteed Visitors, Push Button Leads dsb)dan dah belanja banyak tapi tak berjaya.

    Saya ada memohon Google Adsense tetapi ditolak. Saya pernah terjumpa website yang sama diinternet tetapi ada Google Adsense.

    Saya ada membeli ebook Panduan Lengkap Google Adsense dan
    sekarang saya dalam proses sediakan keywords untuk website
    tersebut.(Maybe itu sebabnya permohonan saya ditolak). Saya juga bercadang untuk buat blog tapi kadang2 terfikir tak tau apa nak ditulis.

    Pada pendapat Amirol, apa yang patut saya buat dan itulah yang saya perlukan.

    Terima kasih.

  6. I like what you wrote, you should pay a visit to my blog for my affiliate opinions : http://www.coffee-stories.com

  7. hairun says:

    siapa nak download lagu percuma je..
    download selagi hayat dikandung badan..

  8. hairun says:

    download lagu percuma je la

    download cepat

    selagi stok ada

    klik sini

Leave a Reply

Subscribe without commenting