Nov 11 2007
Posted by Amirol as Jana Wang Internet, Motivasi Diri
“Bulan pertama pendapatan saya telah mencapai RM10,000 dan pada bulan yang kedua RM20,000. dengan wang yang saya dapat ini, saya terus membeli sebuah kereta idaman Mercedes Benz berwarna hitam. Amat memeranjatkan! baru bulan kedua saya sudah mampu membelinya.
Dan pada bulan ke sepuluh, saya membeli pula sebuah ruma semi-D berharga lebih RM600,000. Saya bersyukur kepada Allah dengan keputusan yang saya buat selama 13bulan yang lepas untuk mengambil peluang ini, hidp kami sekeluarga lebih bermakna“
“Janji saya kepada semua yang hadir bahawa anda tidak akan menyesal!… kerana di akhir taklimat saya nanti, saya akan tunjukkan jalan keluar… Bagaimana dalam masa yang singkat, anda boleh menjana pendapatan lumayan secara harian… Sekurang - kurangnya RM20,000 /bulanan. INI JANJI SAYA! “
“Sayalah yang anda selalu meluat tengok setiap hari membawa kereta Mercedez. Ya! sekarang saya akan bocorkan segala formula saya kepada anda. Saya tidak ingin untuk berkawan atau menjadi mentor anda, saya hendak lakukan satu perkara sahaja - bantu anda menjadi seorang yang berduit…..bla bla bla“
Hah! Mesti anda tertarik tengok tajuk topik ini kan? Huhu… Sebenarnya, post di atas ini saya salin sebahagian kecil dari pamplet / broucher yang saya terima pagi tadi. Saya suka membaca pamplet - pamplet sebegini. Sebabnya? Saya suka melihat cara “ayat - mengayat” yang dilakukan oleh pihak pengiklan.
Saya rasa, mungkin anda juga pernah menerima pamplet yang menawarkan kekayaan, jutawan serta peluang perniagaan yang diletakkan di postbox anda.
Bagi mereka yang tidak terdedah dengan sebarang informasi sebegini, agak mudah untuk terpengaruh lebih - lebih lagi buat mereka yang sedang terdesak, sedang mencari - cari peluang pendapatan sampingan.
Namun, bagi kita yang telah terdedah dengan segala macam hype, tawaran “JUTAWAN”, mungkin kita sedar bahawa perkara - perkara sebegini sebenarnya adalah satu cerita yang direka - reka oleh mereka yang sedang ingin “merecruit” ahli ke dalam program mereka.
Perkara sebegini tak lain dan tak bukan sudah pastinya berkaitan MLM.
Untuk pengetahuan, saya juga pernah dan telah menyertai MLM sejak tahun 2002 lagi. Saya telah terlibat di dalam dunia MLM selama 4 tahun iaitu sehingga tahun 2006. Pelbagai macam syarikat telah saya sertai dan pernah juga mendapat beberapa penganugerahan dari syarikat yang saya sertai.
Tetapi, selepas saya kenal dunia Perniagaan Di Internet, ianya telah memberikan satu pandangan baru. Saya akui, dulu saya agak mudah tertarik dengan pelbagai macam tawaran dari syarikat MLM. Saya juga berpendapat MLM ini mampu memberi satu “langkah mudah” untuk saya berjaya mencapai keuntungan. Tetapi… ia bukanlah semudah mana.
Sebenarnya, terdapat sesetengah syarikat MLM yang agak bagus dari segi produk dan marketing plannya. Namun kebiasaannya, ia akan dicemar oleh agen / ahli yang melaksanakan perniagaan MLM tersebut. Contoh terdekat adalah seperti tajuk post ini. Kebanyakan ahli - ahli MLM yang terdesak untuk “merecruit” ahli akan menabur segala macam jenis JANJI - JANJI kepada bakal prospek. Mereka “orang baru / prospek” yang lemah digoda akan terpedaya dan akhirnya tertangkap untuk menyertai tawaran tersebut.
Saya tidak ingin bercakap banyak berkaitan MLM kerana saya telah pun “bersara”. hihi. Tetapi apa yang ingin saya pesan adalah, jangan sertai MLM kerana janji - janji yang ditaburkan, tetapi sebaliknya sertailah sesuatu MLM tu berdasarkan kualiti produk, syarikat yang benar - benar stabil serta mempunyai marketing plan yang berdasarkan jualan produk. Jangan sertai mana - mana MLM yang menjana pendapatan hanya dari “merecruit” ahli baru.
Baiklah, sebenarnya saya ingin mengaitkan perkara di atas dengan beberapa Program & Tawaran Internet.
Saya banyak menerima email serta komen yang mengatakan bahawa mereka telah menyertai sekian - sekian program yang menjanjikan keuntungan… tetapi apabila dah labur duit dan sertai, tak ada pun keuntungannya.
Apa yang saya lihat mereka yang terlibat dalam program sebegini sememangnya mereka yang masih baru dengan dunia internet. Jadi, perkara utama yang saya ingin nyatakan di sini kepada golongan ini adalah, SILA JAUHKAN DIRI daripada terlibat dengan skim - skim sedemikian.
Pertama
Program - program tersebut adalah TIDAK SAH serta tidak mempunyai latar belakang pemilik atau syarikat yang jelas. Yang pastinya, penganjurnya adalah mereka yang menginginkan keuntungan yang cepat tanpa mengira HALAL HARAM serta tidak mengambil berat tentang kepentingan orang lain.
Jadi, mengapa anda sanggup untuk melabur di web sedemikian?
Kedua
Ramai juga yang menghantar email kepada saya bertanya… “amirol, bagaimana untuk buat web yang mempunyai banyak level, seperti web xxx.com, xxxx.com?”
Di sini saya perasan, ramai yang suka kepada program berlevel - level. Mengapa ya? Adakah boleh menjadi cepat kaya dengan membina program banyak level? Jika kita lihat, terdapat program - program di internet di negara kita ini menawarkan 4 atau 5 level. Untuk menyertai program ini, kos pula antara RM50 - RM100. Boleh cepat kaya ke?
Tidak sama sekali! Kalau tidak, mengapa golongan yang dikatakan JUTAWAN INTERNET seperti Irfan Khairi, Mike Filsaime, Armand Morin, Ewen Chia, Joel Comm, John Delavera dan ramai lagi IM menyarankan kita supaya membuat JUALAN produk? Ini kerana telah terbukti bahawa dengan melakukan PERNIAGAAN yang sebenar iaitu mempunyai produk untuk dipasarkan adalah lebih menguntungkan.
Sedangkan dalam Islam sendiri menyarankan kita berniaga kerana telah terbukti bahawa punca rezeki kita yang besar datangnya daripada perniagaan. “9 daripada 10 punca pendapatan adalah berniaga”… Namun, JANGAN SALAH TAFSIRKAN pula bahawa ianya sama seperti Program - Program SKIM CEPAT KAYAP yang sedang berlambak di pasaran.
Program - program jana wang, yang menjanjikan keuntungan sekian - sekian banyak BUKANLAH satu perniagaan dan BUKANnya jalan untuk anda menjana pendapatan.
Maksud berniaga di sini, biarlah anda menjadi seorang pemilik yang memiliki pelbagai rangkaian produk untuk dipasarkan. Jangan menjadi “ahli” kepada skim - skim cepat kayap ini.
Jika anda perasan, mengapa mereka (jutawan internet terkenal) tidak buat program - program BERLEVEL - LEVEL seperti yang kita lihat orang - orang yang “tersembunyi” lakukan?
Ini kerana mereka (jutawan internet) tahu apakah keuntungan yang sebenar yang boleh mereka perolehi.
Jadi, saranan saya elakkan daripada terlibat dengan program - program yang mengatakan “reseller” dengan tawaran berlevel - level!
Ketiga
EbOok yang menawarkan RAHSIA menjana wang beratus ribu atau berjuta dalam tempoh - tempoh tertentu haruslah dijauhi juga lebih - lebih lagi daripada yang tidak dikenali!
Anda boleh melihat laman web jualannya yang meragukan. Nak tahu laman web yang meragukan? Ini adalah pendapat saya sahaja :
Sekali lagi, elakkan daripada menyertai SKIM, atau TERPENGARUH dengan JANJI - JANJI Jutawan yang ditawarkan menerusi internet. Kaji seboleh - bolehnya terlebih dahulu. Jangan bertindak berseorangan.
Anda tidak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini kerana anda sebenarnya berpeluang untuk membuat kajian serta menilai yang mana satu baik buruk tawaran tersebut.
TIADA JALAN MUDAH untuk menjana pendapatan sama ada menerusi Internet mahupun di alam sebenar. Itu hakikat yang perlu anda ambil tahu. Nak jana duit di internet? Bukan sehari dua… tetapi akan memakan masa… mungkin berbulan, atau mungkin bertahun lamanya!
- Amirol
p.s - Sumber - sumber rujukan percuma untuk perniagaan internet : http://www.bestwarriorthreads.com/
12 Responses
Abooain
November 11th, 2007 at 6:49 am
1Fakta yang menarik!
Ramai lagi yang masih keliru dan tidak dapat membezakan di antara Perniagaaan Internet dengan Pelaburan Internet, rata-rata mereka menyangkakan Perniagaan Online ni boleh mendatangkan Ribuan hingga Jutaan RM dalam sekelip mata je tanpa perlu berusaha langsung …….satu pemikiran yang masih perlu diperbaiki dan diubah agar tidak terjebak ke lembah kerugian.
Han
November 11th, 2007 at 11:08 am
2betul tu amirol…
banyak MLM yang telah dirosakkan oleh ahli mereka…
kalau dikirakan, MLM adalah perniagaan yang boleh jadikan kita mempunyai pendapatan yang baik…
tapi sekarang ni ramai yang dgr je MLM terus takut…hehe…
sebab ahli-ahli tu lah yang selalu janji manis…
sampai masa habuk pun takde…
han
Syed Hafidz
November 12th, 2007 at 12:34 am
3mereka yang memiliki laman web tersebut hanya memikirkan keuntungan semata-mata…
lepas jual produk tu, dorang pun hilang tanpa khabar berita..
jauh sekali nak bagi support pada ahli..
jauhkan diri daripada program2 @ orang2 yang jual produk sebegini..
sham
November 14th, 2007 at 11:12 am
4Hohohoh..sama la..dah penuh peti surat ni ni ha.. Mula mula ingat nak wat stail gaya pos tapi tengok keadaan sekarang ni kat KL, tak jadi sebab saya sendiri takkan baca iklan yang bertimbun dalam pos box..
Kalo nak buat pun,buat kat terengganu atau targeted area dengan address yang specifik..
smartzul
November 14th, 2007 at 11:51 pm
5Apa sahaja bisnes, semua OK selagi tak jelas salah. Tapi, akan bermasalah bisnes itu apabila ada tangan dan kaki yg mencemarkannya.
Kebanyakan org buat bisnes letak duit sebagai matlamat no. 1, ini salah walaupun betul. Buatlah bisnes sungguh2, buat betul2, bina jati diri, asah kemahiran diri, insyaAllah duit akan datang jua…
p/s: Saya meluat tgk org panduan Mercedez apabila hasil kekayaannya bukan dgn jalan yg betul TAPI berlagak mcm buat bisnes betul. Mmg meluat. Saper yg tak meluat, bila yg bukan bisnes dikatakan bisnes..
- zul
zuhairy
November 15th, 2007 at 5:43 am
6betul apa yang dikatakan oleh amirol ni. dulu saya pun terkena..tapi sekrang dah lebih berhati-hati:-)
catzer
November 15th, 2007 at 6:21 pm
7hehehe,sypun suke kumpul gak, kadang2 mereka selit dlm paper2. Sambil baca sambil gelak..muahahaha
am
November 16th, 2007 at 2:13 pm
8laaa… begitu panjang teasernya… ingat betul tadi… tapi kalau entri ni dtulis saudara amirol rasanya berebut orang nak join kan…(kalau betul la) tapi kalau jumpa kat post box tu… yang dok spam ni… biasanya am buang time tu gak… maleh la.. dok cite bagai nak rak… tapi ade ke hasilnya…
tuls dalam tu… penerangan didalam fon adalah mustahil, mesti kena jumpa jugak… bila dah jumpa, ingat nak bawak pi coffee bean la… kesahnye kedai makan biasa tep jalan jer… pastu kita plak yang nak kena belanja dia minum…
biz apa camni… senang cite cakapla ko baru join kan… takpayah propah cakap dah senang lenang dalam surat tu… aiya… sakit ati woooo…. dulu la sekali jer waktu cukup umur nak join mlm… sekarang sorry… no more lah…
amirol
November 16th, 2007 at 3:23 pm
9Hehe…
Saya kadang - kala tergelak juga baca Pamplet2 macam tu… Tapi saya suka baca… Sebab nak tengok gaya “mengayat” yang digunakan.
Mereka Claim macam - macam… Berjanji sana sini… tapi kalau kita dah join… ada kemungkinan kita dilupakan…
Apa - apa pun, lepas dah ada pengalaman dan terkena, memang saya ingin sangat sarankan supaya kita menjauhi mana - mana iklan yang menjanjikan kekayaan.. Percayalah.. tiada jalan mudah.. Kalau ada jalan mudah, ramai dah jadi kaya raya..
bak kata smartzul, Buatlah bisnes sungguh2… Nescaya anda akan dapat keberkatannya.
Encik Dlie
November 27th, 2007 at 12:08 pm
10Saya juga tergelak bila membaca pamplet sebegitu.. maklumlah MLM.. bukan memandang sini pada perniagaan MLM tapi ahli yang membuat pamplet tersebut seoalah2 menunjukkan wang beratus ribu itu diperolehi dengan mudah.. tambahan pula di dalam pamplet tersebut tidak sedikit pun menceritakan mengenai produk..
Apa yang diceritakan hanyalah pendapatan yang bakal diperolehi, dan testimoni dari mereka yang da menyertainya…. di mana produknya?
MLM adalah tempat untuk menjual produk dan keuntungan di kongsi bersama, tetapi sejak akhir2 ini ahli2 hanya menjual sistem MLM (saya da terkena) yang rata2 dicipta sendiri oleh ahli supaya memperolehi beribu-ribu ringgit..
Takut nanti MLM makin dijauhi pula.. sudahnya terkubur la perniagaan MLM..
wan
November 30th, 2007 at 8:14 am
11em, walaupn bagi mereka yg telah terbiasa dengan ayat jiwang jutawan seperti itu tidak akan terpengaruh dengan progrm pelik yang dianjurkan, tapi ramai org2 yg masih terkapai2 mencari akan terus terperangkap. penerangan yg bermakna amirol. saya harap peniaga2 internet lain pun sedia memberikan pesanan ini dlm blog2 mereka supaya kita dapat selamatkan seramai mungkin org2 yang baru hendak bermula..
ali samah
April 21st, 2008 at 9:53 am
12sila lawati laman web kami: http://www.rumahamalbelaiankasih.com sedang beroperasi dgn mengendalikan 2 buah asrama anak2 yatim, fakir miskin seramai 20-23 org putera & puteri di peringkat sek ren sgt mengalu2kan sumbangan dana utk membiayai segala kos keperluan bulanan seperti sewaan asrama, kenderaan, brngan dapur, duit belanja sek, elaun guru/warden dsbnya
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply