Bulan pertama pendapatan saya telah mencapai RM10,000 dan pada bulan yang kedua RM20,000. dengan wang yang saya dapat ini, saya terus membeli sebuah kereta idaman Mercedes Benz berwarna hitam. Amat memeranjatkan! baru bulan kedua saya sudah mampu membelinya.

Dan pada bulan ke sepuluh, saya membeli pula sebuah ruma semi-D berharga lebih RM600,000. Saya bersyukur kepada Allah dengan keputusan yang saya buat selama 13bulan yang lepas untuk mengambil peluang ini, hidp kami sekeluarga lebih bermakna

Janji saya kepada semua yang hadir bahawa anda tidak akan menyesal!… kerana di akhir taklimat saya nanti, saya akan tunjukkan jalan keluar… Bagaimana dalam masa yang singkat, anda boleh menjana pendapatan lumayan secara harian… Sekurang - kurangnya RM20,000 /bulanan. INI JANJI SAYA!

Sayalah yang anda selalu meluat tengok setiap hari membawa kereta Mercedez. Ya! sekarang saya akan bocorkan segala formula saya kepada anda. Saya tidak ingin untuk berkawan atau menjadi mentor anda, saya hendak lakukan satu perkara sahaja - bantu anda menjadi seorang yang berduit…..bla bla bla

Hah! Mesti anda tertarik tengok tajuk topik ini kan? Huhu… Sebenarnya, post di atas ini saya salin sebahagian kecil dari pamplet / broucher yang saya terima pagi tadi. Saya suka membaca pamplet - pamplet sebegini. Sebabnya? Saya suka melihat cara “ayat - mengayat” yang dilakukan oleh pihak pengiklan.

Saya rasa, mungkin anda juga pernah menerima pamplet yang menawarkan kekayaan, jutawan serta peluang perniagaan yang diletakkan di postbox anda.

Bagi mereka yang tidak terdedah dengan sebarang informasi sebegini, agak mudah untuk terpengaruh lebih - lebih lagi buat mereka yang sedang terdesak, sedang mencari - cari peluang pendapatan sampingan.

Namun, bagi kita yang telah terdedah dengan segala macam hype, tawaran “JUTAWAN”, mungkin kita sedar bahawa perkara - perkara sebegini sebenarnya adalah satu cerita yang direka - reka oleh mereka yang sedang ingin “merecruit” ahli ke dalam program mereka.


Perkara sebegini tak lain dan tak bukan sudah pastinya berkaitan MLM. :D Untuk pengetahuan, saya juga pernah dan telah menyertai MLM sejak tahun 2002 lagi. Saya telah terlibat di dalam dunia MLM selama 4 tahun iaitu sehingga tahun 2006. Pelbagai macam syarikat telah saya sertai dan pernah juga mendapat beberapa penganugerahan dari syarikat yang saya sertai.

Tetapi, selepas saya kenal dunia Perniagaan Di Internet, ianya telah memberikan satu pandangan baru. Saya akui, dulu saya agak mudah tertarik dengan pelbagai macam tawaran dari syarikat MLM. Saya juga berpendapat MLM ini mampu memberi satu “langkah mudah” untuk saya berjaya mencapai keuntungan. Tetapi… ia bukanlah semudah mana. :)

Sebenarnya, terdapat sesetengah syarikat MLM yang agak bagus dari segi produk dan marketing plannya. Namun kebiasaannya, ia akan dicemar oleh agen / ahli yang melaksanakan perniagaan MLM tersebut. Contoh terdekat adalah seperti tajuk post ini. Kebanyakan ahli - ahli MLM yang terdesak untuk “merecruit” ahli akan menabur segala macam jenis JANJI - JANJI kepada bakal prospek. Mereka “orang baru / prospek” yang lemah digoda akan terpedaya dan akhirnya tertangkap untuk menyertai tawaran tersebut.

Saya tidak ingin bercakap banyak berkaitan MLM kerana saya telah pun “bersara”. hihi. Tetapi apa yang ingin saya pesan adalah, jangan sertai MLM kerana janji - janji yang ditaburkan, tetapi sebaliknya sertailah sesuatu MLM tu berdasarkan kualiti produk, syarikat yang benar - benar stabil serta mempunyai marketing plan yang berdasarkan jualan produk. Jangan sertai mana - mana MLM yang menjana pendapatan hanya dari “merecruit” ahli baru.

Baiklah, sebenarnya saya ingin mengaitkan perkara di atas dengan beberapa Program & Tawaran Internet.

Saya banyak menerima email serta komen yang mengatakan bahawa mereka telah menyertai sekian - sekian program yang menjanjikan keuntungan… tetapi apabila dah labur duit dan sertai, tak ada pun keuntungannya.

Apa yang saya lihat mereka yang terlibat dalam program sebegini sememangnya mereka yang masih baru dengan dunia internet. Jadi, perkara utama yang saya ingin nyatakan di sini kepada golongan ini adalah, SILA JAUHKAN DIRI daripada terlibat dengan skim - skim sedemikian.

Pertama

Program - program tersebut adalah TIDAK SAH serta tidak mempunyai latar belakang pemilik atau syarikat yang jelas. Yang pastinya, penganjurnya adalah mereka yang menginginkan keuntungan yang cepat tanpa mengira HALAL HARAM serta tidak mengambil berat tentang kepentingan orang lain.

Jadi, mengapa anda sanggup untuk melabur di web sedemikian?

Kedua

Ramai juga yang menghantar email kepada saya bertanya… “amirol, bagaimana untuk buat web yang mempunyai banyak level, seperti web xxx.com, xxxx.com?”

Di sini saya perasan, ramai yang suka kepada program berlevel - level. Mengapa ya? Adakah boleh menjadi cepat kaya dengan membina program banyak level? Jika kita lihat, terdapat program - program di internet di negara kita ini menawarkan 4 atau 5 level. Untuk menyertai program ini, kos pula antara RM50 - RM100. Boleh cepat kaya ke?

Tidak sama sekali! Kalau tidak, mengapa golongan yang dikatakan JUTAWAN INTERNET seperti Irfan Khairi, Mike Filsaime, Armand Morin, Ewen Chia, Joel Comm, John Delavera dan ramai lagi IM menyarankan kita supaya membuat JUALAN produk? Ini kerana telah terbukti bahawa dengan melakukan PERNIAGAAN yang sebenar iaitu mempunyai produk untuk dipasarkan adalah lebih menguntungkan.

Sedangkan dalam Islam sendiri menyarankan kita berniaga kerana telah terbukti bahawa punca rezeki kita yang besar datangnya daripada perniagaan. “9 daripada 10 punca pendapatan adalah berniaga”… Namun, JANGAN SALAH TAFSIRKAN pula bahawa ianya sama seperti Program - Program SKIM CEPAT KAYAP yang sedang berlambak di pasaran.

Program - program jana wang, yang menjanjikan keuntungan sekian - sekian banyak BUKANLAH satu perniagaan dan BUKANnya jalan untuk anda menjana pendapatan.

Maksud berniaga di sini, biarlah anda menjadi seorang pemilik yang memiliki pelbagai rangkaian produk untuk dipasarkan. Jangan menjadi “ahli” kepada skim - skim cepat kayap ini.

Jika anda perasan, mengapa mereka (jutawan internet terkenal) tidak buat program - program BERLEVEL - LEVEL seperti yang kita lihat orang - orang yang “tersembunyi” lakukan?

Ini kerana mereka (jutawan internet) tahu apakah keuntungan yang sebenar yang boleh mereka perolehi.

Jadi, saranan saya elakkan daripada terlibat dengan program - program yang mengatakan “reseller” dengan tawaran berlevel - level!

Ketiga

EbOok yang menawarkan RAHSIA menjana wang beratus ribu atau berjuta dalam tempoh - tempoh tertentu haruslah dijauhi juga lebih - lebih lagi daripada yang tidak dikenali!

Anda boleh melihat laman web jualannya yang meragukan. Nak tahu laman web yang meragukan? Ini adalah pendapat saya sahaja :

  1. Lihat testimoninya… Kadang kala mereka menggunakan testimonial palsu! Mengapa palsu? Ini kerana mereka menggunakan gambar yang di”cilok” dari friendster, myspace dan sebagainya. Pemberi testimoni juga tidak dapat disahkan sama ada benar atau tidak. Jika tawaran tersebut mengatakan menjana wang menerusi internet, seharusnya testimoninya haruslah juga daripada golongan yang dipercayai. atau setidak - tidaknya memiliki sebuah laman web!
  2. Adakah si penjual tersebut dikenali? Anda boleh membuat kajian terhadap si penjual sama ada dengan memohon bukti - bukti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian produknya.
  3. Lihat screen shot pendapatannya (jika ada)… Kadang kala mereka membuat editing terhadap akaun banknya!
  4. Baca berulang kali sales letternya. Terdapat beberapa percanggahan kenyataan yang diberikan! :)
  5. Cuba bertanyakan kepada rakan - rakan menerusi forum. Untuk industri perniagaan Internet Malaysia, saya amat menyarankan anda sertai forum www.WangCyber.com

Sekali lagi, elakkan daripada menyertai SKIM, atau TERPENGARUH dengan JANJI - JANJI Jutawan yang ditawarkan menerusi internet. Kaji seboleh - bolehnya terlebih dahulu. Jangan bertindak berseorangan.

Anda tidak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini kerana anda sebenarnya berpeluang untuk membuat kajian serta menilai yang mana satu baik buruk tawaran tersebut.

TIADA JALAN MUDAH untuk menjana pendapatan sama ada menerusi Internet mahupun di alam sebenar. Itu hakikat yang perlu anda ambil tahu. Nak jana duit di internet? Bukan sehari dua… tetapi akan memakan masa… mungkin berbulan, atau mungkin bertahun lamanya! :)

- Amirol

p.s - Sumber - sumber rujukan percuma untuk perniagaan internet : http://www.bestwarriorthreads.com/