Beberapa hari lepas, saya telah menyediakan satu artikel berkaitan email. Tetapi waktu tu ada masalah dengan server agaknya dan menyebabkan post saya telah pun hilang dari database. Hilang entah ke mana. Agak - agaknya telah diculik oleh seseorang… hehe :D

Baiklah, pada topik yang lepas yang mana saya meminta pandangan rakan - rakan berkenaan apa yang dicari menerusi internet, apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah :

  1. Rata -rata (98%) berminat untuk menjalankan perniagaan menerusi internet kerana telah didedahkan bahawa internet boleh memberi sumber pendapatan.
  2. Ada yang dah tahu apa itu perniagaan internet, tetapi tersangkut atau tak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama disebabkan terlalu banyak peluang di depan mata.
  3. Ada yang tak tahu tentang konsep sebenar perniagaan internet dan terlibat dengan program - program jana wang mengarut seperti perigiduit dan sekutunya. Mereka ini masih tercari - cari bagaimana cara untuk menjana wang.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang telah memberikan pandangan, komen serta pendapat pada post saya yang lepas.

Hari ini saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana untuk anda bermula. Tapi sebelum itu, saya ingin berterus terang bahawa saya bukanlah seorang yang benar - benar pakar. Saya cuma ingin kongsikan perkara - perkara penting untuk anda bermula seperti mana yang telah saya lakukan.

Sediakan minda anda terlebih dahulu dengan perkara - perkara berikut :


1. Tanya pada diri anda

Sebelum anda memulakan sesuatu perkara, tanya pada diri anda soalan - soalan berikut.

  • Tahap apakah yang ingin anda kecapi dalam bidang tersebut?
  • Adakah anda sanggup berusaha serta melabur ke atas ilmu yang ingin diperolehi?
  • Adakah anda sanggup mengambil risiko untuk mencapai kejayaan yang ingin diperolehi?

Mengapa anda perlu bertanya kepada diri anda? Ini kerana anda perlu menilai kesungguhan anda. Anda perlu menetapkan matlamat yang ingin diperolehi dalam bidang tersebut. Anda perlu berani untuk mencuba serta merancang perjalanan usaha anda.

2. Bunuh perasaan anda

Ya… bunuh perasaan anda! Maksud saya disini adalah kita perlu singkirkan perasaan - perasaan negatif seperti tamak, dengki dan malas.

Bunuh “Tamak”

Sikap ingin bolot semua perkara. Nampak income orang lain besar di Adsense, terus nak buat adsense… kemudian nampak pula orang lain dapat ribu - ribu dengan dropshipping, tukar pula haluan… jadi, akhirnya kita tak akan ke mana dan “stuck” di tengah - tengah.

Fokus dengan satu perkara terlebih dahulu jika anda baru sahaja nak bermula. Abaikan tentang hal - hal lain. Perkara ini selalu diterangkan… Tetapi adakah anda mengambil berat tentangnya?

Jangan peningkan kepala anda dengan perkara - perkara yang baru. Cuba dalami apa yang anda telah tahu. Cari perkara termudah untuk anda laksanakan dan apabila selesai baru melangkah ke perkara baru.

Bunuh “Dengki”

Sikap dengki ini paling teruk. Sebabnya? Ia bukan sahaja boleh merosakkan diri seseorang tu tetapi sebaliknya boleh merosakkan orang - orang yang didengkinya. Jadi, sudah tentu tiada keberkatan dalam diri si pendengki.

Kenapa ada orang suka berdengki? Mungkin kerana mereka ini tidak mencapai tahap seperti yang orang yang didengki itu capai. Sebabnya? Golongan pendengki ini MALAS untuk berusaha.

Namun ada juga yang tidak suka melihat kejayaan orang lain dan menyebabkan mereka ini melakukan perkara - perkara yang menjatuhkan pihak yang didengki itu.

Sebagai yang ingin berjaya, kita haruslah menjauhi sifat dengki ini. Mengapa tidak kita gunakan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi serta menjadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita menjadi lebih berjaya?

Cuba kita perhatikan, rata - rata mereka yang berjaya tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh pihak lain tetapi sebaliknya bersaing serta berusaha untuk menjadi lebih baik daripada pihak tersebut.

Bunuh “MALAS”

Hah! Ini sebenarnya perkara yang paling - paling - paling (3 kali paling tuh!) susah nak diatasi. Macam mana nak jana wang kalau malas nak usaha, malas nak study, malas nak survey… etc?

Kadang - kala bila kita dah tak capai sesuatu, kita akan menjadi malas nak hadapi perkara tu lagi… Ini menyebabkan kita tak akan berjaya dalam perkara tersebut. Pendek kata, jangan Give Up!

Kerana itulah anda perlu bermula dengan perkara yang mudah terlebih dahulu. Kalau dari awal sudah start dengan susah, maka semangat anda akan terus mendadak jatuh. Jika anda bermula dengan mudah, dan mencapai hasilnya… maka semangat anda untuk terus mendapatkan perkara baru akan meningkat.

3. Bersedia untuk berjuang

Adakah anda telah benar - benar bersedia untuk berjuang dalam perkara yang ingin dilaksanakan? Adakah anda telah mempunyai perancangan terhadap perkara tersebut?

Dalam hal NAK BUAT DUIT DI INTERNET, sebenarnya BUKAN SENANG. Jangan percaya dengan mana - mana pihak yang mengaku dan mengatakan bahawa senang nak buat duit di internet.

Orang yang senang nak buat duit adalah mereka yang telah mempunyai senarai list yang besar, network yang ramai serta kenalan - kenalan yang turut mempunyai list yang besar. Dengan menghantar “seketul” email pada list mereka sahaja, dalam masa beberapa minit pun dah boleh menjana wang.

Tetapi adakah mereka terus bermula sebegitu? Sudah pasti tidak! Mereka bermula dari bawah dan mengambil masa beberapa bulan malah bertahun - tahun untuk berjaya! Mereka fokus dan terus menerus berusaha siang dan malam untuk mencapai kejayaan.

Adakah anda sanggup begitu?

Membangunkan perniagaan di internet adalah sama sahaja seperti membuka perniagaan di alam nyata. Hakikatnya, internet sebenarnya adalah medium pemasaran sahaja. Perniagaan yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan perancangan yang tepat dan mempunyai strategi yang betul.

Contoh ; Adakah anda terus membuka ladang kambing untuk menjalankan bisnes ternak kambing tanpa mengetahui bagaimana nak ternak, mana nak dapat supply, apa keperluan menternak dan sebagainya? Sudah pasti tidak bukan? Anda perlu pelajari dan mencari ilmu berkaitan perternakan kambing. Sebelum itu anda mesti membuat kajian mengapa anda ingin membela kambing…

Begitu juga dengan menjalankan perniagaan di internet. Anda perlu lengkapkan diri dengan perkara yang berkaitan terlebih dahulu. Buat kajian dan seterusnya mengaplikasinya.

Amirol, tak ada ke jalan mudah nak buat duit kat internet ni???

Bagi saya, TIADA! Ia akan menjadi mudah apabila anda telah benar - benar bersedia untuk mempelajari bagaimana ia beroperasi.

3 cara yang dikatakan mudah untuk buat duit dinternet iaitu :

  1. Mencipta dan menjual produk/perkhidmatan anda sendiri
  2. Menjual produk orang lain yang diberi kebenaran menjualnya
  3. Menjadi agen pemasaran kepada perkhidmatan / produk yang sedia ada

Walaupun ia nampak mudah, tetapi ia memerlukan pengetahuan dalam bidang - bidang ini. Saya akan berkongsikan tips - tips tersebut pada artikel akan datang.

Apa yang saya ingin anda laksanakan sekarang adalah, fikir dan kaji diri anda. Jika anda belum bersedia, maka carilah ilmu yang berkaitan untuk membuat persedian.

Jika anda telah bersedia, fikir dan kaji diri anda berapakah persediaan anda dah apakah tahap serta matlamat yang anda telah letakkan.

Jangan BERMATLAMAT JUTAWAN dalam masa 1 atau 2 tahun… Fikir secara logik terlebih dahulu mengikut kemampuan anda… Mungkin anda bermatlamat dalam masa 10 bulan, anda ingin hasilkan 10ribu… maka pastikan anda capai matlamat tersebut… Jangan pula buat matlamat dalam masa 10 bulan nak dapat 1Juta… Ini kerana ia tidak logik bagi kita yang tengah baru nak bermula berniaga di internet. Melainkan anda sememangnya seorang businessman berjaya. :)

Kita bersambung lagi kelak…

- Amirol