Duit Segera VS Duit Lambat?

Kita cerita pasal duit pulak kali ni… Masing – masing semua buat internet marketing disebabkan nak buat duit dan make a living through internet kan?

Jadi, di sini saya nak juga tahu rakan – rakan sekalian yang dah buat duit menerusi internet ni lebih gemar dapat duit segera atau lebih gemar tunggu duit terkumpul dibayar?

Maksud saya duit segera ini adalah, kita buat jualan sesuatu produk dan duit tu terus masuk ke dalam akaun kita tanpa perlu tunggu minimum payout atau cek sampai ke rumah. Biasanya duit segera ni kita dapat sama ada kita jual produk sendiri atau perkhidmatan yang kita berikan seperti design, installation service dan sebagainya.

“Duit lambat” (ikut terms saya sendiri nih! :p) ni contohnya adalah seperti komisyen dari program affiliate, Google Adsense dan sewaktu dengannya.

Bagi saya, saya lebih suka duit segera (instant cash) dan sememangnya saya lebih mengutamakan instant cash dalam urusan online saya.

Macam mana nak generate instant cash ni? Actually nak hasilkan instant cash pun mengambil masa juga untuk develop sesuatu produk atau edit sesuatu produk. Namun, apabila produk tersebut dah siap, maka hasil jualan daripada produk tersebutlah yang akan memberikan instant cash.

Ada beberapa kaedah nak dapat duit segera sebagai contoh menjual turnkey site. Saya akan berikan sedikit guideline dan selebihnya anda carilah dan usahalah sendiri untuk memanfaatkan guideline ini.

  1. Buat research tentang sesuatu niche yang dirasakan mempunyai potensi permintaan pasaran.
  2. Dapatkan domain .com untuk buat web tentang niche yang dah dipilih. Contohnya tentang marriage problem… Mungkin boleh dapatkan domain seperti www.saveyourmarriage.com (contoh sahaja).
  3. Dapatkan PLR Article atau PLR Ebook bagi niche tersebut
  4. Edit… Edit… Edit…. (3 kali saya ulang)… Edit PLR Artikel/Ebook tersebut dan jadikan ia unik.
  5. Setup laman web anda. Boleh gunakan Wordpress untuk hal ini. (Tak tau nak install wordpress? Dapatkan kit blogger SmartZul).. Pastikan anda edit Wordpress tu supaya ia nampak seperti laman web biasa dan bukannya blog. Carilah theme yang sesuai.
  6. Masukkan artikel PLR yang dah diedit tadi ke wordpress.
  7. Masukkan Traffic Monetization seperti Adsense, Affiliate pRogram seperti clickbank, amazon dan yang dirasakan perlu.
  8. Pastikan semua link berfungsi, tak ada broken.
  9. Kemudian bila dah selesai semua, tawarkan web tersebut untuk dijual sama ada di DigitalPoint atau SitePoint. Satu site boleh cecah lebih 100USD jika web tersebut dibina dengan baik serta mempunyai potensi pasaran… Kalau sebulan jual 5 sites dengan harga 120 usd katakan, dah untung lebih 500usd setelah tolak modal domain dan hosting… Kalau anda dah mahir, sehari boleh siapkan 2 – 3 website. Kalau sebulan mampu jual lebih dari 10 sites dengan harga lebih USD100 setiap satu…, maka keuntungan anda ????$$$… :)
  10. Bila dah dapat jual dan untung, buat lagi web sedemikian (duplicate kerja anda)

So, amacam? Kalau rajin, boleh cuba buat.. tapi kalau belum rajin dan belum sedia, tunggu dah sedia baru buat. :) Belajar dulu asas – asas yang diperlukan. Tips diatas hanyalah guideline ringkas daripada saya. Jadi, sesiapa yang mencubanya dan berjaya, jangan lupa beri testi di sini.. hihi.. Tapi jangan teruja pula… Study dahulu, lengkapkan dahulu pengetahuan yang patut ada. Nampak memang agak mudah, namun perancangan perlu ada.

Oh ya, mungkin anda nak tau bagaimana saya mula mengenal dan memahami konsep Internet Marketing yang sebenar pada waktu saya baru bermula. Saya mula nampak jalan dan matlamat yang ingin saya capai hanya selepas membaca ebook John Delavera. Setelah membaca ebook inilah, baru saya faham apakah kaedah dan langkah – langkah yang perlu saya laksanakan.

Jadi, saya rasa anda patut baca dan fahamkan ebook ini juga. Baca berulang kali dan cuba aplikasikan apa yang disarankan oleh beliau. InsyaAllah… Anda akan nampak jalannya.

Ebook ini dalam bahasa english, so, jangan pula malas nak baca. ;)

Klik Sini Untuk Download

Selamat membaca!

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



9 Responses to “Duit Segera VS Duit Lambat?”

  1. HeriZ says:

    molek jgak idea tu, tp perlu buat perancangan yg teliti, bukan mudah nk dapatkn hasil…’duit segera vs duit lmbat’, dua2 sy suka, haha

  2. koibito says:

    info dan idea yang bagus ni….boleh juga cuba-cuba , manalah tahu blh dapat hasil yang segera dan lbih dari yang dapat sekarang ni…he he

  3. Abooain says:

    Ya, ya cadangan yang amat bernas dan menarik….:)

  4. amirol says:

    ini bukan sekadar cadangan, tp sebenarnya dah terbukti berkesan. :D

  5. kak long says:

    duit segera? semua orang nak kaya..dan semua org suka dapat duit segera..cuma kita jgn terlalu terburu-buru atau terlalu ghairah nak mengejar duit..takut tersungkur di tengah jalan. perancangan dan perlaksanaan yang baik sgt penting untuk menjamin kejayaan. jangan lupa usaha yang gigih seterusnya bertawakal pd Yg Esa..semoga pekerjaan dan usaha kita diberkati-Nya. insyaAllah.

  6. Encik Dlie says:

    Amirol,

    Saya suka dua2.. duit segera ni bagi saya mcm jual brg terus dpt duit.. kalau nak tunggu tu agak gelisah sikit..

    Kalau yang duit lambat ni, mcm affiliate tak kisah la.. sebb biasanya akan dibayar juga.. setidak2nya kita tahu berapa lagi yg perlu dijual agar dpt duit tersebut..

    Mana2 pun x kisah.. asalkan cara tu mesti BETUL.. tak gitu Amirol?? :-)

  7. Irfan Jani says:

    hai Amirol.. dah lama masuk sini, baru skarang nak letak komen.. saja nak cari kawan baru.. hehe..

    Skarang ni Duit Segera susah nak long term maintain.. Cepat dapat.. then cepat plak habis.. hehe..

    P/s: Amirol.. nanti share la tip2 awak dapat No 1 dalam JV giveaway tu ye?? hehe.. berminat sangat2 ni..

  8. MNizam says:

    Bagus juga info ini. Cuma kena belajar sikit beberapa perkara tu baru boleh buat.kena rajin sikit.

  9. aceglobal13 says:

    Salute….dengan idea anda..syukur

Leave a Reply

Subscribe without commenting