Elektrik dan Kehidupan

:( 2 hari ini kerja saya terbengkalai (total 24 JAM tak buat kerja!) Huh!… Satu penyeksaan jiwa dan raga selama tempoh elektrik tak ada… Saya pun tak tahu apa punca sebenar bekalan elektrik terputus. Seluruh blok rumah kawasan saya ni menghadapi masalah elektrik… (mungkin disebabkan ada seorang makcik yang nak mengait buah mangga tapi, terkena wayar lektrik kat atas tuh).

Apa yang pasti, kerja saya tergendala dan paling menyakitkan hati sewaktu tengah buat kerja, elektrik terputus… huhu… bukan sekali, tetapi lebih 5 kali…

Nampak gayanya, Internet dan Elektrik memang tak dapat dipisahkan daripada saya… Saya rasa begitu juga dengan rata – rata pengguna internet yang lain… Kalau tak, boleh jadi tak lengkap hidup… Rasa kekosongan sahaja kehidupan ini.. (fuh, feeling pulak)

Bagaimana pula dengan anda sekiranya elektrik tak ada atau terputus sewaktu tengah syok buat kerja? :p

3 hari lepas pula, rumah ku diproses untuk pembasmian anai – anai… Terbangla juga RM900 untuk kos membuang anai – anai ni. Memang dahsyat sungguh kerosakan anai – anai. Hampir luruh syilling di bilik ku ini. Anda boleh tengok gambar syilling yang baru saya ambil tadi… Tunggu nak runtuh jer waktu tido malam… huhu

 

Saya terlupa untuk mengambil gambar si anai – anai dan kayu – kayu berlubang yang menjadi tempat pembiakannya…

Kisah anai – anai ni buat saya berfikir bahawa, binatang sekecil itu boleh bekerjasama membawa kerosakan yang sebegitu teruk untuk sebuah rumah yang besar. Mengapa manusia seperti kita ni pula tak boleh bekerjasama antara satu sama lain tetapi sebaliknya ada yang merosakkan sesama sendiri.

- Amirol

 

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



8 Responses to “Elektrik dan Kehidupan”

  1. Encik Dlie says:

    Sabar amirol… bukan setakat elektrik + internet jer, tapi elektrik + kehidupan manusia pasti memerlukan elektrik…

    (kesian bila tengok orang miskin yang kehidupannya langsung tiada elektrik, macam manalah agaknya yer….)

    p/s : seharusnya kita bersyukur dianugerahkan “elektrik” dalam kehidupan kita..

  2. koibito says:

    itulah kehidupan….sabarje lah..ye..

    memang kesian bila tengok orang miskin yg langsung tiada elektrik tu…guna lilin jelah kan

    tak apa lah 2 Amirol, 2 hari je…lepas ni bolehlah buat kerja lebih sikit selesaikan yg terbengkalai tu…ho ho

    p/s : tempat aku ni elektrik ok…tp internet akses memang lembab macam kura-kura.

  3. amirol says:

    Ya, betul dan saya setuju dengan pendapat rakan2.. memang saya pun memikir juga keadaan tu… terbayang keadaan tak ada lektrik untuk golongan yang kurang berkemampuan.

    Bagaimana mereka mengharungi kehidupan mereka dengan keadaan serba kekurangan. =(

  4. Johari says:

    betul tu amirol, kadang2 kita ni mudah terlupa juga nikmat yang ada.Bila dah tak da baru teringat macam mana perasaan mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

    thanks for this post. Tiba-tiba pulak hati saya rasa sebak teringatkan orang2 susah. :(

    p.s:huhu..saya baru balik dari outstation selama 3 ari dan dalam tempoh tersebut jugak tak sentuh PC and internet. Memang saya dah tak boleh dipisahkan dengan komputer+internet.

  5. starline says:

    Internet dan Elektrik?Cam saya jugak la..Tapi paling penting bagi saya Air :)

  6. catzer says:

    bile cite bab electric dan internet, mmg pening kepala bile tiba2 blackout. Paling sadis jika pakai pc kalau pakai laptop ada back up battery.

    cite bab anai2 plak,hehehe…rumah sy takde anai2..semut byklah..

  7. wangwin says:

    Kisah elektrik dan anai-anai yang mana menarik?
    elektrik sedih la… tak boleh berinternet, mati akal.
    anai-anai menarik…. ada pengajaran….

  8. asmid says:

    Gunakan racun serangga Premise SC200. Produk ni dari jerman. Memang baik untuk pembasmian serangga Anai-Anai. Produk keluaran Bayer. Rujuk Pest Control yang berpengalaman…

Leave a Reply

Subscribe without commenting