Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan
Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.
Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.
Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.
Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.
p/s : petua terakhir membina sikap positif untuk tahun ini alhamdulillah telah saya sempat post kan semua untuk tatapan dan bacaan rakan2 sekalian. diharap ianya memberi kebaikan untuk kita melangkah hidup ini tanpa menoleh kebelakang lagi.
selamat menyambut tahun 2008 ![]()
4 Responses
koibito
December 5th, 2007 at 11:34 pm
1dalam perniagaan internet ni pula….model ikutan kita ialah mereka yang telah berjaya dan ikhlas berkongsi ilmu mereka kepada yang memerlukan..
starline
December 7th, 2007 at 11:45 am
2Bagi saya betul cakap Amirol tu.Nabi Muhammad S.A.W adalah role model dalam semua bidang.Usahawan,Kepimpinan,Keagamaan semua la.COntoh yang terbaik.
Dalam keusahawanan pun baginda berjaya dengan ada perniagaan sendiri.Memang tiada tolok bandingnya.Yang penting jujur,ikhlas dan takwa kepada-Nya.
Baginda dah ajar banyak ilmu tentang perniagaan dan usahawanan.Kita kena teruskan perjuangan baginda.
Kan dalam Islam 9/10 sumber rezeki datang dari perniagaan.Tul tak Amirol?
amirol
December 7th, 2007 at 4:16 pm
3starline, tu post daripada rakan blogger saya, aesyah…
starline
December 8th, 2007 at 1:49 pm
4ye ke?:)
Aiseee man…x pe..yang penting motifnya sampai.
hehehe.sori ye Amirol
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply