2008 – Apa Erti Buat Anda?

Agak lama saya tidak melakukan posting di blog ini. Sebenarnya saya sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa tugasan dan project terakhir bagi tahun 2007 ini. Dalam masa yang sama juga, seminggu dua minggu kebelakangan ini saya menghadapi sedikit gangguan dan juga sibuk dengan perkara – perkara luar sehingga menyebabkan kerja – kerja online banyak terganggu.

Sedar tak sedar, hari ini dah masuk 5 hb December 2007! Masa yang berlalu cukup pantas. Apakah persiapan anda untuk melangkahkan kaki ke tahun 2008 ini kelak?

Saya telah merangka beberapa perancangan untuk saya bangunkan empayar perniagaan saya lebih meluas ke pasaran luar serta lebih profesional. InsyaAllah, akan ada beberapa perkhidmatan yang akan saya tawarkan kepada semua yang ingin memulakan perniagaan internet.

Jangan mulakan tahun 2008 sama seperti hari – hari yang sebelum ini. Jika anda berniat untuk memulakan perniagaan di internet, maka saya berharap agar anda telah pun melakukan persediaan mulai sekarang dan tahun 2008 ini akan menjadi satu titik tolak bermulanya empayar perniagaan internet anda.

Bersempena dengan hari lahir ibu saya pada hari ini, maka saya dengan berbesar hati ingin memberikan hadiah kepada anda. Klik Sini Untuk Download 10 TEMPLATE WORDPRESS. Lesen Master Resell. Anda boleh jual, upload di wordpress theme atau gunakan sendiri.

Saya akan mengemaskini laman web – laman web saya. Berkemungkinan sesetengah link tidak lagi akan berfungsi dan halaman – halaman tertentu mungkin akan saya delete. Bermulanya 2008 ini, saya akan mula membuat perubahan – perubahan terhadap cara pengendalian serta pengurusan perniagaan saya. Jadi, harapan saya anda pun begitu juga.

- Amirol

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



5 Responses to “2008 – Apa Erti Buat Anda?”

  1. Encik Dlie says:

    Saya pun begitu juga.. Saya sudah merancang beberapa perkara sepanjang tahun 2008 da telah memulakan langkah pertama mulai bulan Disember 2007 ini sebagai persiapan untuk menghadapi tahun 2008.

    Mudah-mudahan tahun 2008 ini memberikan banyak makna kepada saya. Tahun 2008 pada diri saya akan berbeza dengan tahun ini (2007) InsyaAllah.

    Saya doakan agar saudara Amirol terus maju di dalam perniagaan internet.. Tahniah dan Good Luck..

  2. koibito says:

    masing-masing mempunyai misi utk tahun 2008…sy pun begitu juga…yang penting bg 2008 ialah meningkatkan jualan di samping mempelbagaikan lagi jenis perniagaan.

    moga-moga 2008 akan lebih success untuk semua..amin

  3. Leeza says:

    pada masa ini terlalu banyak perancangan saya utk tahun hadapan tetapi kena review balik dan buat list mengikut priority … kalu sekaligus pada satu masa takut “yang dikendung x dpt yg dikejar berciciran” plak … nanti hampeh yg dpt …

  4. Heri Z says:

    Sayang skali utk aku… bile la lg nk mulakan empayar saudagar ternet ni secara besar-besaran, huh

    Teruskan buka empayar anda Amirol, kami follow dr belakang..hehe

  5. starline says:

    Bagus tu Amirol.Kena ada perubahan dan perubahan tu mesti dilakukan dengan tindakan baru berkesan.

    Buat Heri Z,
    Pelan-pelan kayuh,banyak tempat boleh belajar.Semua org belajar dari 0.Lama-lama jadi pandai la.Jangan takut risiko sebab kalau takut sampai bila2 pun x jln.

Leave a Reply

Subscribe without commenting