Kali ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang hal pemilihan & penyediaan produk yang ingin dijual menerusi internet.
Anda mungkin mempunyai banyak idea untuk memulakan sesuatu perniagaan setelah melihat banyak model perniagaan internet yang berada di pasaran. Maka dengan itu anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu apakah model dan peluang yang terbaik untuk anda.
Mungkin anda agak keliru dan tersangkut dalam mengenal pasti apakah jenis produk atau perkhidmatan yang boleh anda pasarkan. Oleh yang demikian, anda perlulah mengenal terlebih dahulu kategori - kategori perkhidmatan atau produk yang sering mendapat permintaan pasaran. Untuk lebih baik, anda juga haruslah bermula dengan kategori yang anda minat (passion) terlebih dahulu.
Biasanya antara kategori - kategori pencarian yang sering mendapat permintaan daripada setiap manusia adalah tergolong dalam kategori seperti berikut :
Kategori - kategori diatas adalah merupakan kategori umum (general) yang tidak akan putus dicari oleh manusia. Maka dengan sebab itulah anda perlu menghasilkan produk yang memenuhi ciri - ciri di atas.
Namun untuk berjaya dalam mendapatkan pelanggan dan menghasilkan jualan, anda haruslah memilih kategori yang lebih spesifik (niche) daripada kategori utama diatas sebagai contoh :
dan sebagainya.
Namun jika anda lihat dengan lebih mendalam, ianya masih lagi tidak spesifik atau menjurus terhadap topik utama. Saya juga pasti jika anda lihat kategori diatas, sudah tentu anda tidak akan teruja.
Bagaimana pula jika kita menghasilkan produk yang mempunyai kategori yang lebih mendalam dan spesifik seperti :
Bagaimana? Cuba anda lihat perbezaan yang telah saya lakukan. Dengan menghasilkan produk yang lebih menjurus dan spesifik, anda pasti boleh menarik minat bakal pelanggan untuk mendapatkan produk anda.
Untuk memilih dan menyediakan produk, anda juga harus memikirkan soal berikut :
Jika sesuatu produk itu mengambil masa yang lama untuk dibina atau diperolehi, anda mungkin perlu beralih arah untuk menghasilkan produk yang lebih mudah dan cepat disiapkan.
Namun ia juga bergantung kepada jenis produk yang ingin anda pasarkan. Jika produk fizikal, maka anda perlu mendapatkan pembekalnya. Jika produk digital pula, anda perlu menyiapkannya atau mengupah orang lain menyiapkan produk tersebut.
Walaubagaimanapun, sebelum menyiapkan atau menyediakan sesuatu produk yang ingin dipasarkan, anda haruslah membuat kajian terhadap permintaan dan pasaran produk tersebut terlebih dahulu.
Contoh terdekat adalah e-buku saya ini sendiri. Mengapa e-buku ini saya hasilkan dan diberi nama sebagai Pakej Web Jualan? Ini adalah kerana saya telah melihat ramai pengguna internet yang menghadapi masalah untuk memulakan perniagaan di internet kerana :
Tidak cukup modal untuk menempah dan mengupah orang lain membina laman web jualan kerana kos yang agak tinggi. Mereka ingin berniaga, tetapi terbantut disebabkan hal ini. Saya pernah merasa situasi ini.
Tidak cukup modal untuk membeli software, sistem script berbayar yang mahal dan berharga dalam US Dollar. Saya sendiri pada mula - mula dahulu sewaktu ingin memulakan perniagaan saya menerusi internet, agak kecewa kerana sistem script dan software yang saya perlukan berharga sangat mahal.
Tidak tahu bagaimana untuk pasang (setup) sistem script seperti affiliate, autoresponder, borang yang boleh diperolehi secara percuma di internet. Pemasangan ini agak teknikal dan bukan semua orang yang tahu membuat pemasangan walaupun ia sebenarnya senang sahaja.
Jadi, disebabkan perkara - perkara diatas, maka lahirlah Pakej Web Jualan yang mana tujuan pakej ini adalah ingin membantu mana - mana pengguna internet yang menghadapi kesukaran dalam membangunkan laman web perniagaan mereka. Pakej Web Jualan ini disediakan dengan harapan supaya pengguna dapat memulakan perniagaan mereka dengan kos yang rendah dan mudah serta dapat memahami asas - asas utama dalam pembangunan laman web jualan.
Apa yang saya terangkan diatas adalah bagaimana untuk anda memperolehi idea dalam menghasilkan dan memasarkan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan menerusi internet. Saya gunakan pengalaman saya serta masalah orang lain sebagai sumber pencetus idea saya dan seterusnya saya menghasilkan produk penyelesaian kepada masalah yang timbul.
Oleh itu, pesanan saya untuk menghasilkan dan menjual sebarang jenis produk atau idea, ia haruslah bermula dengan permintaan pengguna terlebih dahulu. Sebagai usahawan sama ada sebagai usahawan internet mahupun usahawan dunia nyata (offline), kita haruslah memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna. Keuntungan kita pula akan datang hasil daripada jalan penyelesaian yang kita berikan kepada mereka.
p.s - Ini adalah sebahagian kecil daripada topik 1 PWJ Versi Terbaru yang akan dilancarkan.
Untuk pengetahuan, versi terbaru PWJ mengandungi 12 topik yang mana setiap topik dan tutorial diterangkan dengan lebih jelas dan disertakan video - video yang menyokong setiap penerangan.
p.p.s - terdapat beberapa perubahan tentang penggunaan script seperti script autoresponder. Script kali ini mempunyai fungsi double OPT-IN dan lebih stabil.
p.p.p.s - pengguna PWJ akan menerima updates ini menerusi email. Jadi, silalah semak email anda selepas 15hb December 2007 kelak.
p.p.p.p.s - PWJ kini berevolusi lebih daripada 60% dan pastinya akan menjadi lebih bertenaga berbanding PWJ Versi lama. Nantikan kemunculannya di pawagam… eh.. di pasaran!
5 Responses
Han
December 9th, 2007 at 9:59 am
1slmt pg amirol,
saya paling tak suka cari keyword…hehe
ia agak banyak kerja…
han
amirol
December 9th, 2007 at 1:35 pm
2hehe… saya pun tak suka.. tapi kalau tak cari dan tak buat research, kita tak tau pula apa pasaran yang hot.. hehe.
Encik Dlie
December 10th, 2007 at 9:14 am
3tak sabar nk tunggu PWJ versi baru ni..
Samalah, saya pun kurang gemar buat research tapi kadang2 tu buat la juga.. tp kurang menyeluruh la..
koibito
December 10th, 2007 at 9:56 am
4tak sabar nak tunggu PWJ yang baru ni…
info yang baik untuk perniagaan Internet saya yang masih sederhana ni…
RajaAffiliate
December 12th, 2007 at 11:58 am
5Memang tak dapat nak dinafikan kepentingan niche dalam membina market dan audien..
namun, susah juga nak cari market yang compatible kerana dah banyak diconquer oleh IM2 lain…
nak cari plak amat melecehkan..
huhuhu
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply