Agak lama saya tidak memberikan artikel baru di blog ini gara - gara saya agak sibuk menguruskan urusan offline.

Hari ini saya dah mula free untuk mengadap kerja - kerja online saya dan kembali mengikut track jadual yang telah saya atur untuk urusan online. I’m back on schedule. Yea..

Maaf dipohon untuk segala kelewatan atau tangguhan kerja.

Baiklah, mungkin belum terlewat untuk saya maklumkan bahawa Forum Perniagaan Internet Malaysia iaitu WangCyber.com telah membuka satu tawaran Keahlian Istimewa iaitu WC300 yang mana tawaran ini hanya khas untuk 300 orang ahli istimewa sahaja.

Bagi saya, ianya adalah satu peluang, satu tawaran dan satu keperluan yang harus diambil oleh anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana di sana, anda boleh berhubung dengan ramai usahawan dan peniaga internet yang pakar dalam bidang - bidang tertentu.

Nak belajar Adsense? Affiliate? Product Creation? Review? Sudah semestinya WangCyber.com menjadi sebagai salah satu sumber rujukan dan tempat pertanyaan yang utama bagi mereka yang lebih selesa untuk berkomunikasi dengan orang sendiri.

Baiklah, untuk mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan WC300 ini, apa kata anda layari ke http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300/.

Saya rasa tidak ada ruginya jika anda menyertai komuniti WC300 kerana manfaat yang bakal dimiliki adalah sangat berbaloi. Jumpa di sana! :)

Informasi kedua, tangguhan WebJualan.com berikutan script yang saya gunakan untuk sistem keahlian ada sedikit bugs, namun akan akan selesai dalam masa 2 hari ini insyaAllah. Pembeli PWJ akan diberi link pendaftaran kelak kerana setiap pendaftaran, saya akan update dengan lesen ebook dan link download ebook.

Sebagai penutup, saya berikan anda hadiah report percuma berkaitan sosial marketing directory.

Klik pada rajah untuk download.

Selamat membaca!

- Amirol