Imej Header Baru Blog MohdAmirol.com

Pertama sekali, saya sekali lagi ingin memohon maaf kerana ketidaksempatan saya untuk mengemaskini blog ini secepat yang mungkin. Saya terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan lain terlebih dahulu sebelum meluangkan masa di blog ini.

Seperti yang dapat anda lihat, imej header baru telah pun saya tukar. Apa komen anda tentang imej header yang saya gantikan ini? Untuk pengetahuan, imej tersebut saya design sendiri walaupun pada hakikatnya saya menyedari diri ku ini kurang kreatif dan tak berkemahiran dalam membuat design. :D

Namun begitu, yang sebenarnya saya lebih berasa puas hati jika menghasilkan sesuatu perkara itu dengan kebolehan sendiri. Esok – esok kalau dah boring, tukar imej baru lagi. ;)

Seperti yang dimaklumkan, Pakej Web Jualan Evolusi telahpun dilancarkan pada minggu lepas. Alhamdulillah… setelah tertangguhnya hampir 3 bulan, akhirnya ia berada di pasaran juga. Terima kasih untuk sokongan yang diberikan oleh semua rakan – rakan online.

Walaubagaimanapun, saya sebenarnya menghadapi sedikit masalah dengan laman web www.webjualan.com ini. Ini adalah berikutan terdapat aduan yang mana sesetengah pengguna tidak dapat mengakses ke web tersebut kerana mendapati error “Server not found”.

Saya telah berhubung dengan pihak server dan mereka sendiri tidak mengetahui punca yang sebenar dan berkemungkinan disebabkan IP.

Jadi disini saya ingin memaklumkan jika sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk mengakses ke webjualan.com, silalah maklumkan kepada saya supaya saya dapat memberikan alternatif lain untuk membantu anda.

Program Affiliate Pakej Web Jualan Evolusi kini juga telah ditutup kepada pembeli – pembeli sahaja. Tiada lagi pendaftaran percuma berikutan terdapat exploitasi link affiliate agen oleh pembeli.

Sebarang permasalahan, boleh hubungi saya di http://support.usahaniaga.com

 
Bookmark Informasi Ini:
  • digg
  • del.icio.us
  • email
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Live
  • MySpace
  • Print
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace



4 Responses to “Imej Header Baru Blog MohdAmirol.com”

  1. hana says:

    image header yang anda guna menarik dan meyakinkan.
    mengenai preview pakej web jualan evolusi,belum habis dibaca kerana terlalu sebok.insyaallah, akan saya beri pendapat kelak.

  2. komenebook says:

    salam hormat saudara amirol

    [tengah2 syok baca dan taip komen, tetiba server buat hal..:-)]

    pada pandangan peribadi saya, saya lebih suka dengan header yang lama…nampak menarik dan sesuai..apanpun, tak salah mencuba sesuatu yang baru..

    mungkin kalau saudara amirol ada kamera digital, boleh gantikan tangan yang sedang menaip tu dengan tangan anda..baru nampak lebih real bro! :-)

    tahniah saya ucapkan dengan PWJE..semoga lebih berevolusi dengan lebih baik selepas ini…paling penting, dapat dikongsi demi faedah sesama insan.

    saya pun seperti saudari hana, tengah membaca PWJE..perlukan sedikit masa yang tenang untuk menghayati isi kandungannya..baru dapat beri pendapat secara “true and fair view”…

  3. Maizul says:

    Bagi saya header yang baru ni pun cantik jugak.

  4. Mohd Hilmi says:

    mirol.. saya pembeli webjualan versi lama..

    saya masih tidak dapat update utk versi evolusi secara percuma..

    saya dah buat pendaftaran.. tapi link masih tidak dapat..

    harap dapat disegerakan.. sudahy seminggu saya menunggu :(

Leave a Reply

Subscribe without commenting