Pertama sekali, saya sekali lagi ingin memohon maaf kerana ketidaksempatan saya untuk mengemaskini blog ini secepat yang mungkin. Saya terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan lain terlebih dahulu sebelum meluangkan masa di blog ini.

Seperti yang dapat anda lihat, imej header baru telah pun saya tukar. Apa komen anda tentang imej header yang saya gantikan ini? Untuk pengetahuan, imej tersebut saya design sendiri walaupun pada hakikatnya saya menyedari diri ku ini kurang kreatif dan tak berkemahiran dalam membuat design. :D

Namun begitu, yang sebenarnya saya lebih berasa puas hati jika menghasilkan sesuatu perkara itu dengan kebolehan sendiri. Esok - esok kalau dah boring, tukar imej baru lagi. ;)

Seperti yang dimaklumkan, Pakej Web Jualan Evolusi telahpun dilancarkan pada minggu lepas. Alhamdulillah… setelah tertangguhnya hampir 3 bulan, akhirnya ia berada di pasaran juga. Terima kasih untuk sokongan yang diberikan oleh semua rakan - rakan online.

Walaubagaimanapun, saya sebenarnya menghadapi sedikit masalah dengan laman web www.webjualan.com ini. Ini adalah berikutan terdapat aduan yang mana sesetengah pengguna tidak dapat mengakses ke web tersebut kerana mendapati error “Server not found”.

Saya telah berhubung dengan pihak server dan mereka sendiri tidak mengetahui punca yang sebenar dan berkemungkinan disebabkan IP.

Jadi disini saya ingin memaklumkan jika sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk mengakses ke webjualan.com, silalah maklumkan kepada saya supaya saya dapat memberikan alternatif lain untuk membantu anda.

Program Affiliate Pakej Web Jualan Evolusi kini juga telah ditutup kepada pembeli - pembeli sahaja. Tiada lagi pendaftaran percuma berikutan terdapat exploitasi link affiliate agen oleh pembeli.

Sebarang permasalahan, boleh hubungi saya di http://support.usahaniaga.com