Posted by
Amirol in
Umum
Feb 27th, 2008 |
20 responses
Saya ada menerima email yang bertajuk “300,000 MALAYSIA HOT PROSPEK!!!!”. Entah kenapa hari ni rajin sikit, saya pun membuka email tersebut dan berhasrat untuk melihat apakah isi kandungan yang dihantar.
Seterusnya di dalam email tersebut, ada link yang membawa ke halaman web “si promosi” ini tadi. Dengan “rela hati”, saya pun layari ke web tersebut dan mendapati produk yang dijual adalah senarai list YahooGroups, email, software mailer, dan beberapa produk ebook yang diberikan percuma.
Baiklah, apa yang ingin saya sampaikan di sini amat penting untuk anda ambil perhatian. Jika anda serius dalam perniagaan yang bakal anda jalankan, JANGAN SESEKALI membeli atau menggunakan senarai LIST yang tidak diperolehi dengan etika yang betul.
Maksud saya tidak menggunakan etika yang betul adalah tidak menggunakan cara mendapatkan senarai list tersebut dengan menggunakan konsep OPT-IN.
Dengan membuat pembelian senarai list daripada pihak penjual, anda sebenarnya telah menceroboh hak privasi si pemilik email tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana anda bakal melakukan aktiviti SPAM dimana anda bakal menghantar email promosi anda TANPA KEBENARAN si pemilik email.
Bayangkan jika anda berada di dalam situasi si pemilik email ini tadi? Apakah perasaan anda apabila menerima email daripada seseorang yang tak dikenali? Kalau email tersebut email nak berkenalan ke, mungkin dapat dipertimbangkan. Tapi kalau email yang diterima semuanya berunsurkan promosi pelbagai macam jenis iklan, jenuh la nak melayan.
Bayangkan lagi jika peti surat rumah anda penuh dengan iklan – iklan promosi setiap hari… Sudah tentu naik muak anda menerimanya sedangkan anda langsung tidak berminat dengan promosi tersebut!
Jadi ringkasnya disini apa yang ingin saya sampaikan adalah, jika anda baru sahaja membangunkan perniagaan anda di internet, elakkan sama sekali daripada terpengaruh untuk membeli senarai prospek (email) yang ditawarkan oleh sesetengah pihak.
Antara sebab – sebab saya melarang anda melakukan perkara ini adalah :
- Privasi pihak pemilik email harus diberi perhatian. Anda sudah tentu tidak mahu melakukan aktiviti SPAM kerana aktiviti SPAM ini jika ikut perundangan negara seperti US, anda bakal dikenakan tindakan undang – undang (Klik sini untuk maklumat lanjut). Malah pada 3 Disember 2007 yang lepas juga, TM terpaksa menyekat trafik SMTP atau Port 25 untuk semua email keluar dari IP dinamik disebabkan gara – gara aktiviti SPAM yang melampau.
- Senarai email tersebut mungkin langsung bukan senarai yang hidup (mungkin kebanyakan senarai tersebut adalah data palsu). Pendek kata, TIADA KUALITI. Jadi sudah tentu ini akan membazirkan wang anda
- KREDIBILITI anda bakal jatuh. Mengapa? Anda tidak membina kepercayaan orang lain terhadap anda terlebih dahulu. Perkara ini umpama anda sedang menelan racun yang bakal membunuh masa depan anda. Orang lain tidak dapat memberi kepercayaan kepada anda lagi jika mendapati anda melakukan SPAM.
- Melambangkan bahawa anda TIDAK SERIUS dengan perniagaan yang dijalankan malah TIDAK MENGHIRAUKAN kepentingan dan hak privasi orang lain.
- Menunjukkan diri anda seorang yang mementingkan diri sendiri demi mencapai keuntungan (walaupun sebenarnya tak untung pun buat SPAM)
Jadi, untuk mengatasi masalah ini serta membina kredibiliti anda dalam mempromosikan perniagaan yang anda laksanakan, ikut sahaja KONSEP ASAS mendapatkan senarai prospek.
- Dapatkan penggunaan sistem autoresponder. Untuk tujuan ini, gunakan Aweber atau Getresponse. Jika tak cukup modal dan tak mampu bayar yuran autoresponder sebab BARU sahaja nak bermula, anda boleh menggunakan script autoresponder yang saya bekalkan menerusi Pakej Web Jualan Evolusi. Gunakan script yang dibekalkan untuk mendapatkan senarai prospek dan seterusnya membuat sedikit keuntungan. Keuntungan yang diperolehi, gunakan untuk mendapatkan sistem autoresponder berbayar seperti Aweber atau Getresponse.
- Setelah mendapatkan sistem autoresponder ini, bina halaman squeeze page anda atau letakkan borang OPT-IN pada mana – mana laman web jualan anda. Dengan cara ini, anda sebenarnya bakal mendapat senarai prospek yang berminat dengan produk anda. Ini bermaksud anda sebenarnya bakal mempunyai senarai prospek yang BERKUALITI dan bakal membeli produk yang anda tawarkan!
- Lakukan pengiklanan (Berbayar atau percuma) di tempat – tempat yang bersesuaian dengan produk anda. Jika contoh produk anda adalah berkaitan dengan wanita, maka carilah tempat – tempat yang mempunyai ramai wanita. Jangan pula promosi di tempat golongan lelaki kesemuanya. =)
Dengan mendapatkan senarai prospek secara BERETIKA ini, anda sebenarnya bakal memiliki HARTA paling berharga untuk perniagaan anda. Prospek yang berkualiti adalah punca kepada kejayaan anda menghasilkan jualan terhadap produk yang dipasarkan.
Kesimpulannya :
- Jangan sesekali membeli senarai prospek dan menghantar email kepada mereka yang tidak pernah memohon secara rela untuk menerima email anda.
- Jangan sesekali memasukkan senarai prospek ke dalam sistem anda tanpa mereka sendiri yang memasukkan diri ke dalam sistem tersebut
- Aplikasikan etika promosi yang betul dalam perniagaan anda.
p.s – Tak tahu nak guna autoresponder serta tak ada modal lagi nak guna autoresponder berbayar? Dapatkan Pakej Web Jualan Evolusi.
p.p.s – Apa kata anda?

Assalamualaikum Amirol,
Terima kasih memberi bimbingan, sebenarnya perkara yang sebegini yang kurang difahami oleh mereka yang ingin menceburi perniagaan internet. Ramai tidak dapat memahami cara yang betul memperolehi propek, jadi olehkerana itu mereka terjebak dengan tawaran yang membekalkan propspek dengan cara itu.
Saya menggunakan autoresponder script webjualan kira 2 bulan yang lepas dan saya dapat belajar dan memahami benar cara mendapatkan prospek yang betul. Dari webjualan ini dapat saya fahami konsep sebenar bagaimana mendapatkan prospek. Terima kasih diatas bimbingan.
Saya syorkan kepada newbie supaya gunakan script autorespoder webjualan dulu sebelum menggunakan getresponder atau aweber. Kita akan perolehi kefahaman lebih jelas dan seronok menggunakannya.
Terima kasih
sdr amirul,
memang ada kebenaran dari kata kata sdr itu berkenaan etika itu,kerana saya telah mencubanya lama dahulu,akibat nya satu alamat email saya telah dimasukan kedalam tong sampah (di banned)jadi kapada pembaca yang lain saya saran kan ambil lah perhatian terhadap perkara ini.
tq
Salam kasih sayang,
Syukur, ilmu bertambah setiap masa, fokus kpd agenda, buat dgn benar dan ikhlas serta sabar, segala impian pasti tercapai.
Sekarang kebenaran dan kebaikan semakin menjadi. Amin
mengape sejak akhir2 nie http://www.webjualan.com susah untuk diakses ?
salam…saudara amirol dan above commentars (ghafar, samsuri,redha dan zubir)
sebenarnya, ini la masalah yang selalu berlaku. masing2 nak dapat sesuatu benda dengan cara yang mudah tanpa fikir panjang.bile dah melarat, memang payah nak bendung coz dah jadi tabiat. lagi kita kata pende tu salah, lagi tu la makin ramai yang ligat nak buat!
taktik dapat prospek dengan cara ni bukan saja ada kat internet, malah ia turut berlaku dalam bisnes gayapos. seorang yang telah berjaya dalam gayapos mengajar taktik buat duit dengan menyewa nama dan alamat prospek..bayar pakej ikut bulan. so, kalu dia sewakan pada sesorang dengan harga rm300 untuk 2 bulan atas kadar 100 prospek, kalo sewa pada 10 orang, bukan free2 dapat RM3 ribu dengan cara yang tak betul?
pulak tu, dalam manual gayapos tu pun, ada wat promosi, “upah” minimum 50 sen untuk setiap nama dan alamat yang dijual. jadi, anda boleh fikir macam mana si pencari nama untung dengan yang sipenjual nama untung….untung sakan bro!
malah, kelmarin pun, ayah saya terima satu surat yang ada katalog tentang cara depat nak jadi kaya dengan jumpa orang tertentu. bagaimana dia dapat alamat kalu tak der dalangnya?
kalau tengok pada senarai nama dalam buku telefon, nama dan alamat ayah saya bukannya tepat. apa yang saya bagitau ni, tidak guna kemudahan internet, hanya guna sistem manual..kalau dalam sampul tu, ada duit free takpela jugak
..ni kite kena gi jumpa sendiri..yang peliknya, orang yang tukang promote tu pakai pakaian daif jugak. patutnya, dia pakai baju segak, keter besor la kan? kire dia pandai lagi tipu la ni..heh!
malah, saya penah bagitau hal saya dalam blog saudara jebat, sengaja dedahkan satu email saya pada public, so pastu, banyak la sangat email2 spam yang memenuhi ruang email saya, lagi dibuang, lagi banyak yang sampai. coz, ada yang kreatif, bagi spam + virus..kita yang tak arif sangat ni, klik jugakla pada email tu..pastu harula jadinya…ni la ragam manusia sekarang. jadi, hati2 time nak bagi email kat mana2 site tu, baca betul2..pastikan ada syarat email peribadi anda tak akan didedahkan pada third party ya!
saya juga ingin menyeru sama2lah kita membanteras kegiatan yang kurang elok ni. buatpe beli sesuatu yang tak tahu faedahnya? peliharalah hak privasi anda dan sesiapa yang anda kenal. adakah anda suka orang yang tak dikenali, tetiba masuk rumah anda, guna segala kemudahan yang ada dalam rumah anda, right?
macam time berkapel la, tak semua “hartaku, hartamu jua” kan?
tentu ada something privasi yang tak boleh kita beri/bagitau kat balax or awek kita slagi tak sampai time kan?
jadi, cara paling betul adalah mengikut saranan yang telah dikemukakan oleh saudara amirol. kalo dia buat buat duit dengan gunakan sistem yang dia ceritakan, kenapa kita nak cari dengan jalan yang boleh merosakkan reputasi kita untuk jangka panjang? orang yang dapat duit dengan cara tak betul, akan selalu menukar identinya, tapi orang yang jujur, tak akan tukar identiti or produk yang dijual. apapun, ni hanya pandagan peribadi saya. saya juga ingin meminta maaf sekiranya pandangan saya ni, agak keras sikit gayanya.
Salam, memang betul kata saudara amirol dapat email melalui cara sebagitu jelas tidak profesional.cara yang terbaik dengan keadah autoresponder samada berbayar atau free(kalau tak der duit la. w’slam
saya pun hari-hari kena spam, 10 email sehari yang masuk termasuk dari luar negara.
Bayangkan tiap2 hari ada orang datang rumah kita untuk mempromosikan barangan mereka. 5-6 kali sehari pulak tu…wooo…
kalau perkara ini berlaku dialam nyata, rasanya sudah tentu org2 yg membuat promosi rambang ini akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengganggu ketenteraman masyarakat! Huhuhuhuhu..
Terima kasih atas maklumat di atas…
Ini semua berpunca daripada 3 sebab:
1. Ilmu – yang mudah terjerat ni mereka tak cuba belajar dulu cara pemasaran yg betul. Pendek kata, mereka tak tahu.
2. Kesedaran – Ada yang dah tahu, tapi belum sedar.
3. Tamak – Seperti yg Amirol katakan. Tahu nak untung je. So mereka ni, tak akan fikir privasi orang atau tak, janji mereka dapat duit.
SPAM memang bagi banyak masalah. Yg tak tahu tu, boleh dimaafkan. Tapi yg dah tahu benda ni salah tapi masih buat lagi, tak tahulah nak kata apa. Bawak2lah berfikir sekejap.
hm… betul pendapat bro smartzul tu. tp kan, kalo mcm kita yg dh tau ni pun still wat jugak tu apa cerita ek? memang la alasan nk bg semua org tau tp etika tu salah tetap salah beb. eh mcm kes email SPAM utk maklumkan agen2 ayam organik dpt sambutan pulak even yg promote tu adalah pengedar jugak. hm… ke SPAM ni perlu gak ikut keadaan?
thanks semua untuk pandangan masing – masing terutama komenebook. panjang komen anda.
wanwma :betul tu.. kalau sekali tu, mungkin boleh dimaafkan.. tapi kalau tiap2 hari penuh berpuluh email spam… mana boleh jadi.
Smarzul : yeap, kalau yang tak tau tu boleh jugakla dimaafkan. Tapi kalau yang dah tau, tp buat buat tak tau, itu tak tau nak kata apa lah. memang penting diri sungguh.
ahib0205 : Tentang spam pada certain – certain niche ni, memang kadang kala mendapat sambutan lebih – lebih lagi topik tu diketahui umum (macam penternakan yg dinyatakan) dan ramai yang mungkin nak tau tentang topik tu. Tapi, bila dah nama SPAM, ia tetap SPAM juga. untung atau tidak, semuanya melibatkan ETIKA dalam mengendalikan perniagaan yang dijalankan serta privasi pihak yang menerima email.
Walau apa – apa pun, pendek katanya jangan membeli senarai prospek/list yang bukan hak milik sendiri (iaitu diperolehi secara sendiri/manual dengan menggunakan konsep OPT-IN). Jangan terpengaruh dengan iklan – iklan yang mempromosikan senarai list untuk dijual walaupun kononnya list tersebut mencecah 300ribu email dan sebagainya. Ia sebenarnya tak menguntungkan.
Jika diperhatikan, spammer – spammer ini semuanya tiada identiti diri yang betul. (menyembunyikan butiran diri)… mengapa? Takut? Ini menandakan dorang sendiri tau perkara tersebut salah. Tapi nak untung punya pasal, sanggup buat SPAM.
Walaubagaimanapun, tepuk dada, tanya selera. Ingin pilih jalan yang bersih atau jalan yang kurang bersih dalam membangunkan perniagaan anda?
Ehm..terpulang. Ada yang boleh terima. Ada yang tak boleh terima..
So, Adakah sama jika orang yang beli list email dan orang yang membuat adsense secara blackhat adalah orang dan cara yang tidak beretika?
Fikirkan saje tapi jangan terleke..
tq for ur advice.. moga u all will success selalu..
bro saya dah banyak kali beli e book tapi satu pun saya tak faham so just wanted to know how to start my own website ??? thks
Assalamualaikum. saya juga setuju dengan idea saudara.saya kalau dapat emel2 macamana pun nak baca dah malas.asyik iklan benda sama n skim yang hampir serupa cuma tukar nama je.
salam semua…
memang masalah jadinya. mereka tidak profesional,jangan tiru macam mereka.
aku pun setuju dengan kau.SPAM buat orang tak suka dengan kita.bisnes bisnes gak.tapi jangan sampai orang tak selesa dengan kita.mana ada formula berniaga kacau orang.
Salam amirol, mcm mane nak dapatkan yang free punyer ea and mcm mane nak download 2..
Saya pernah menerima email berbentuk spam
saya dapati ianya menarik dan membeli produk berkenaan dan memang berbaloi
sampai sekarang kalau ada email spam pun saya bukak juga..apa susahnya, klu tak nak biarje le atau delete , tak kisah pun