Amacam dengan tajuk topik ini? Duit datang dari diri anda sendiri? Betul atau tidak, jom kita renungkan.
Mengapa ingin saya cerita pasal duit? Almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya nak kena guna duit. Nak masuk tandas pun kena guna duit. Tanpa duit, hidup kita jadi agak sukar, semuanya tak lengkap.
Masalah kekurangan duit juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh, kawan – kawan boleh berbalah, adik beradik pun boleh putus hubungan… Macam – macam hal disebabkan duit.
Manusia jadi gila pun boleh berpunca daripada masalah duit. Ada yang sanggup bunuh diri, ada yang sanggup buat kerja – kerja terkutuk dan pelbagai macam perkara lagi yang melibatkan duit.
Namun sebelum itu, mari kita renungkan sejenak. Rezeki datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun, kita sebagai hambanya haruslah berusaha keras untuk memperolehi rezeki ini. Tiada konsep mudah dalam mencari rezeki. Semuanya memerlukan ketekunan, kesabaran serta usaha yang tanpa henti supaya akhirnya kita memperolehi rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.
Artikel ini saya sediakan kerana terdapat segelintir umat yang ingin mengambil jalan mudah untuk mencari duit TERUTAMA sekali di INTERNET. Ada yang sanggup menjalankan perniagaan haram, ada yang mengendalikan program – program berunsurkan “skim cepat kaya”, malah ada yang email saya dan sanggup meminta wang tanpa ada rasa segan silunya??? “nak pinjam duit 10K boleh tak?”, “Nak pinjam duit boleh bagi tak?”…
Saya tak pasti apa motif email – email ini dikirimkan. Sama ada main – main, atau betul – betul atau mempunyai lain – lain niat. Tapi apa yang saya dapat simpulkan disini adalah, orang – orang jenis begini sebenarnya tidak serius dengan apa yang ingin dilakukannya. Jadi, sudah tentunya saya tak akan reply terhadap email sebegini.
Saya juga terfikir dimanakah maruah mereka – mereka ini? Adakah mereka ini tiada rasa segan dalam diri, atau adakah mereka ini benar – benar terdesak sehinggakan terpaksa untuk buat “muka tembok” untuk meminta wang daripada orang lain? Jika nak dikatakan meminta sedekah, boleh pula ONLINE?
Adakah anda rasakan saya “berlagak” dengan berkata sedemikian?… Mungkin ada suara – suara sumbang yang akan mengatakan saya begini… Namun, biar saya ceritakan serba sedikit kesah hidup saya sendiri.
Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Bukan dari golongan – golongan keluarga berada yang mampu memiliki segalanya. Saya pernah hidup dalam keadaan hanya makan nasi dan kicap sahaja sewaktu keluarga saya benar – benar susah satu ketika dahulu. Saya juga pernah hidup dalam keadaan keluarga yang sedikit mewah yakni mampu untuk memiliki apa yang dihajati dihati. Saya pernah juga dihantar tinggal di rumah nenek saya kerana keluarga tak mampu untuk menyara hidup saya satu ketika dahulu.
Pendek kata, saya pernah mengalami kehidupan yang sangat perit dan sukar satu ketika dahulu dan disebabkan pengalaman tersebut saya telah bertekad untuk mengubah keadaan keluarga saya. Kisah ini bukan rekaan saya semata – mata tetapi sebaliknya adalah berdasarkan daripada kehidupan yang pernah saya lalui dan juga yang sedang saya lalui.
Saya berasa agak sedih melihat golongan – golongan yang mengemail saya hanya semata – mata ingin meminjam wang. Sudahlah saya tidak kenal siapa mereka, tanpa segan silunya lagi memohon meminjam wang. Dimanakah letak harga diri mereka ini? Sebenarnya, saya tidak berhasrat untuk menceritakan perkara ini kerana topik utama yang ingin saya sampaikan adalah bagaimana menghasilkan duit daripada diri anda sendiri. Namun, entah mengapa jari jemari ini terus menaip perkara yang terlintas di hati. Saya tidak berhasrat untuk mengata pada sesiapa, malah saya sepatutnya ABAIKAN sahaja mereka – mereka ini.
Walaubagaimanapun, hati saya terdetik untuk berkongsikan kisah ini kerana harapan saya adalah semoga entri ini menjadi pedoman serta perkara yang perlu kita fikirkan. Adakah kerana WANG (DUIT), kita sanggup menggadaikan maruah diri ? Adakah kerana WANG / DUIT kita sanggup untuk jatuhkan air muka diri sendiri ?
Jadi, perkara ini lah yang perlu kita sama renung – renungkan. Saya bukanlah seorang yang benar – benar berjaya untuk “mengajar” anda atau memotivasikan anda sepenuhnya.. Malah, saya juga bukan seorang yang pakar untuk memberitahu anda apa perkara yang perlu anda lakukan.
Tetapi, dengan secebis pengalaman yang saya ada ini, saya berhasrat untuk berkongsikan bersama anda. Adakah susah untuk MENCARI DUIT DENGAN USAHA SENDIRI sehinggakan terpaksa meminta duit dari orang lain? Kita akan ketahui hal ini pada bahagian kedua Duit Datang Dari Anda Sendiri, iaitu andalah punca pencetus duit yang anda perlukan..
Pada PART 2 entri selepas ini, saya akan ceritakan bagaimana seorang rakan baik saya yang terdesak nak cari duit akhirnya berjaya menghasilkan lebih daripada USD500 menerusi internet dalam masa 3 minggu di dalam bulan FEBRUARI ini!
Saya hanya tunjukkan beliau beberapa perkara yang beliau perlu fokus pada awal bulan Februari yang lepas dan dalam masa 3 minggu sehingga ke hari ini (sehingga entri ini dipostkan), beliau iaitu seorang NEWBIE yang tak tau apa – apa tentang ilmu internet marketing telah berjaya menghasilkan lebih daripada USD500! Siapa Ewen Chia, Siapa Irfan Khairi, Siapa Joel Comm langsung tidak beliau kenali sehinggalah saya sendiri memberi tahu mereka ini adalah Jutawan Internet dan dari situlah akhirnya beliau kini telah semakin berminat dengan internet marketing.
Nantikan sambungan entri saya dan renung – renungkan apa yang telah saya perkatakan diatas. Segala salah dan silap tutur kata saya, harap dimaafkan. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.
pernah saya jupe seorang pengemis di komtar yang cukup sihat dan cukup sifat masih meminta2 simpati dari orang lain. saya memang menyampah golongan seperti ni.langsung x menghargai kesempurnaan yg diberikan oleh Allah SWT. tapi saya cukup respect dengan orang OKU (orang kurang upaya) yang menjual prepaid hanya dengan menaiki kerusi roda..
Assalamualaikumm….

Ya..kadang-kadang orang kita nie nak duit cepat tetapi taknak usaha??…
Banyak kerja yang dapat menjana duit cuma tinggal usaha lagi…
ermmm
yang rajin akan terus maju
Salam…
Ya..saya terrramat setuju rezeki hanya datang dari Allah.Tugas kita mencarinya.Apa yang saya faham setiap hambanya telah ditentukan rezekinya masing-masing.
Kenapa ada orang kaya?Bukan kerana Allah telah beri banyak harta padanya tetapi kerana dia telah berusaha mencari rezeki yang telah ditentukan untuknya.Kenapa ada orang miskin.Bukan kerana Allah tak beri dia rezeki.Tetapi dia masih belum menjumpai rezeki yang telah ditentukan untuknya.
Ada orang bertanya ..”kalau Allah dah tentukan rezeki kita memang sikit atau kita dah ditentukan ‘hidup miskin’ buat apa kita nak kerja mati-matian cari rezeki?..”.
Bagi saya itu adalah tanggapan yang salah.Sedangkan nabi kita sendiri bekerja untuk menyara keluarganya.Jika kita sering merasa sentiasa tak cukup wang dan sebagainya…ketahuilah kita sebenarnya kurang bersyukur.Kita sudah mula kurang mengingatinya.
Rezeki nie macam-macam.Ada yang halal ada yang haram dan ada yang syubahat.Nak tahu kenalah tanya orang yang pakar seperti alim ulama.Saya teringat kata-kata seorang pakar motivasi, katanya…”jika kita hanya ada kereta buruk jangan sedih lihat orang lain mampu pakai kereta besar tapi lihatlah orang yang hanya mampu pakai motosikal.Jika kita hanya ada motosikal jangan sedih lihat orang lain mampu berkereta tapi lihatlah orang yang hanya mampu berjalan kaki.Jika kita tak mampu nak beli motosikal, hanya mampu berjalan kaki je, janganlah sedih lihat orang lain mampu beli motosikal tapi lihatlah orang yang tak ada kaki pun nak berjalan…”
p.s-sekadar berkongsi pandangan.
hmmmm…
cakap pasal duit memang sesuatu yang mengujakan.
yelah kan…siapa yang tak suka duit.
semua orang suka dan nak duit banyak.
pokoknya…macammana nak dapat duit?
pada saya, saya pegang prinsip ini ;
“manjadda wajada” iaitu “Siapa berusaha, dia berjaya”
jadi…
kalau nak duit, berusahalah.
janganlah menanti bulan jatuh ke riba.
pecahkanlah ruyung untuk mendapatkan sagunya.
Bagus blog Amirol, banyak yang saya boleh belajar. Betul Amirol kita kena belajar dan berusaha berterusan dab berdoa, Insyaallah barulah Allah akan anugerah rezeki yang mencurah-curah.
Yup, usaha itu adalah tangga kejayaan – usahalah walau hanya sekadar menjual sebatang mancis!
Namun usaha itu perlulah diiringi dengan doa dan tawakal agar rezeki yang diperolehi itu diberkati-Nya.
Nak duit kene usaha. Nak sesuatu kene usaha. Nak kahwin anak orang pun kene usaha ngorat dan mintak restu keluarga. So, pendek kata. Kene usaha.
(salam), salah hormat buat amirol dan komentars..
semua pendapat dan komen yang dikeluarkan ada kebenarannya, semuanya betul dan bermanfaat.
dalam hadis Nabi pundah tercatit, kena usaha hatta hanya cari rezeki dengan tebang pokok kayu sekalipun, dari meminta2. itu yang kita kena pegang.
kalau boleh, memang kita perlu elakkan diri dari terlalu meminta.tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. kita juga kena pegang pesanan Nabi kita ni.
Amirol, saya juga senasib dengan anda. maksud saya, saya pun asalnya bukan dari keluarga yang senang. dulu rumah yang ayah saya dirikan hanyalah kecik sangat masa tu. rumah takder bilik, “bilik” hanyalah dipisahkan dengan kain je.
pernah keluarga kami hanya makan nasi yang dibasuh semula, kerana masa itu betul2 tak mampu. kalo teringat balik, memang selalu nak menitik air mata…
bercakap tentang orang yang suka meminta ni, memang sekarang dah jadi penyakit. saya nasihatkan diri saya dan sesiapa yang membaca kesemua ruangan yang ditulis oleh amirol ni, jauhilah dari meminta. tak salah nak meminta, tapi biarlah setelah kita dah usaha pelbagai cara.
saya sendiri pun,selalu ambil iktibar dari kenalan rapat, tiru macam mana mereka cari kekayaan dengan cara yang betul. banyakkan usaha, tambahkan ilmu pengetahuan, insya’ Allah, DIA akan tolong kita kemudian hari. itu JANJI DIA pada kita semua.
cuma Allah dah kata, rezeki yang DIA nak bagi tu, lambat atau cepat. kalo banyakkan amalan, maka memang cepatla rezeki masuk. ini yang saya tengok sendiri pada sorang kenalan saya. jarang tengok dia susah, coz, ada je rezeki dia masuk (yang halal)..amalan sunat yang dia lakukan pun banyak. kalo ikut logik pun, memang sesuailah dengan perwatakan dia ni.
—————————————————
mengenai hal yang disentuh oleh beduzbiz, kawan saya pernah didatangi oleh sorang pemuda, juga minta sedekah kat dia. so, mamat ni, tanpa banyak soal, dia bagi je duit kat pemuda tu, even mamat ni tak kenal asal usul& dimarahi oleh kekawan dia. tak lama lepas tu, rezeki dia mencanak2, la ni dah jadi jutawan.
(apa yang saya cerita ni, adalah yang benar, terpulang untuk percaya atau tidak, saya suka berkongsi pengalaman saya)
saya ada tanya sorang ustaz mengenai mamat ni, ustaz kata, kekadang, malaikat memang datang dalam bentuk (orang sihat, orang sakit), semata2 mahu uji keimanan kita. jadi ustaz tu mengigatkan saya, kita hendaklah sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
namun bukan saya bermaksud kita perlu bagi jer kat golongan gni. lagipun sekrag ni, terdapat komplot, sindiket dan kumpulan untuk meminta duit dari orang ramai, samada guna kanak2 or orang tua. geng2 ni telah memanipulasi kita kerana memang dikatakan, ramai rakyat malaysia jenis yang murah hati. so, berhati2 ye.
apa yang saya tekan kan, kalu kita rasa nak bagi, bagi. tak nak bagi, elakkan diri..jauhi dari rasa nak benci atau marah. kerana kita sendiri tak tahu, “disebalik tabir” peminta sedekah itu…kerana kita tak tahu, adakah peminta sedekah itu seorang manusia biasa atau ujian dari Allah untuk tengok sejauhmana rezeki yang telah diberikan pada kita itu digunakan pada jalan mana…
sama2 kita renungkan..
Saya pernah menerima sms minta topupkan hp beliau. Katanya tak kan la saya tak boleh topupkan sedangkan income sy banyak.. bila sy kata untuk apa dan kenapa mesti sy topupkan kerdit hp beliau, dia macam sedikit marah, kata saya tipu la.. curi duit org la.. macam2..
[...] bahagian 1 topik Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa terdapat sesetengah golongan yang terdesak dalam mencari [...]
Memang semuanya datang dari diri sendiri,banyak orang kita nak cepat kaya.Diorang join skim cepat kayap.Ada yang ada skill tapi tak nak guna.Tak guna kita ajar orang kalau kita sendiri tak bertindak nak berjaya.Usaha tu penting.
Apa pun saya sokong pendapat anda.
sapa-sapa nak beli tanah kat mukim kuala nerang kedah,tnh sawah-subur dekat jalan +-6 relung(5.5 ekar) rm 115k-boleh runding secepat mgkin,hubungi aku 0179178762
sapa-sapa berminat untuk jadi agent jual kerepek ubi,pisang,tempeyek, musim puasa n raya ni, minima 40 bungkus(400grm sbgks)= rm 130 hubungi aku 0179178762 norliah enterprise
Kepada anda yang budiman..
korang nak tambahkan pendapatan korang x?
aku leh tolong korang..
Sesiapa pun leh join program ni..Jangan risau..
Dengan modal hanya RM5, korang leh dapat income sehingga RM1220k++..
Xpercaye ke?..Rugi lah kalau korang semua xnak cuba program ni..Ni bukan sim cepat kaya..
Jangan takut..program ni betul2 wujud dan memang menguntungkan..
Pertama sekali, korang perlu daftar dan buat pembayaran di bank sebanyak RM5 je..LANGKAH-LANGKAH yang perlu korang ikut akan diterangkan dengan jelas dalam laman web yang telah disediakan..
Jangan risau la..Aku bercakap benar yang program ni betul2 wujud dan memang menguntungkan sekali..
Memang rugi la kalau korang sia-siakan peluang yang ada di depan mata korang..
korang cuma daftar & bayar RM5 sahaja..Kalau korang xbayar pendaftaran,nanti korang xleh dapat keuntungan sebab ID korang xkan diaktifkan selagi korang xbayar RM5 je tu..
Lepas tu, duk diam2..aku yg akan bekerja 24 jam sehari mencari downline untuk korang..
kalau korang rajin nak cari downline sendiri, pun tak pe..tapi kalau rasa malas nak cerita and anta emel sana sini, korang duk diam aje la.. xyah buat ape2..tunggu aje duit masuk.
Jangan risau sebab program ni dah limit bawah aku kena ada 5 downliner aje..x boleh lebih.. org ke enam tu auotomatik kene pass kat org bawah..so korang tak yah risau aku makan sorang la ek..
setakat ni aku boleh dapat sehingga 10 org ahli baru sehari.. kat siapa aku nak bagi downline aku tu??? kat korang yg join team aku lahh kan?…
so camner? minat tak? sapa tak nak tu memang rugi la… program lain, korang kene anta emel sana sini. kat program ni, di bawah aku, korang tak yah wat ape2 sbb aku yg buat untuk korang..korang cuma daftar n buat bayaran RM5 sahaje.
bole dapat sehingga RM1220k ++… banyak tu… sapa tak mau..Korang xmau ke?
xnak ke beli kereta sendiri? Beli rumah? Bayar duit pengajian? Xnak ke? Rugi la kalau korang xnak..
Fikir lahhh..RM1200K tu..Saper xnak..Jom2..Xrugi lah..Bisnes ni x tipu punye..
RM5 je modalnya..
Alaaa..daripada korang abiskan duit berpuluh-puluh ringgit untuk benda2 yang x berfaedah, apa salahnya korang gunakan hanya RM5 sebagai modal untuk korang dapatkan duit yang berlipat kali ganda daripada modal hanya RM5 tu..
Sape yang x nak tu memang betul2 rugi lah..Aku dulu xpercaya gak..Tapi bile dah join program ni, aku makin bersemangat sebab memang berbaloi aku keluarkan RM5 sebagai modal..Untung sangat2..
kalau nak join, klik URL di bawah ni..
http://rm5je.com/?ref=8951
http://rm5je.com/?ref=8929
http://rm5je.com/?ref=8791
Daftarlah segera dan nikmati keuntungan berlipat kali ganda!!!
Di sini, banyak kelebihannya!!!