Amacam dengan tajuk topik ini? Duit datang dari diri anda sendiri? Betul atau tidak, jom kita renungkan.

Mengapa ingin saya cerita pasal duit? Almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya nak kena guna duit. Nak masuk tandas pun kena guna duit. Tanpa duit, hidup kita jadi agak sukar, semuanya tak lengkap.

Masalah kekurangan duit juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh, kawan - kawan boleh berbalah, adik beradik pun boleh putus hubungan… Macam - macam hal disebabkan duit.

Manusia jadi gila pun boleh berpunca daripada masalah duit. Ada yang sanggup bunuh diri, ada yang sanggup buat kerja - kerja terkutuk dan pelbagai macam perkara lagi yang melibatkan duit.

Namun sebelum itu, mari kita renungkan sejenak. Rezeki datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun, kita sebagai hambanya haruslah berusaha keras untuk memperolehi rezeki ini. Tiada konsep mudah dalam mencari rezeki. Semuanya memerlukan ketekunan, kesabaran serta usaha yang tanpa henti supaya akhirnya kita memperolehi rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah.

Artikel ini saya sediakan kerana terdapat segelintir umat yang ingin mengambil jalan mudah untuk mencari duit TERUTAMA sekali di INTERNET. Ada yang sanggup menjalankan perniagaan haram, ada yang mengendalikan program - program berunsurkan “skim cepat kaya”, malah ada yang email saya dan sanggup meminta wang tanpa ada rasa segan silunya??? “nak pinjam duit 10K boleh tak?”, “Nak pinjam duit boleh bagi tak?”…

Saya tak pasti apa motif email - email ini dikirimkan. Sama ada main - main, atau betul - betul atau mempunyai lain - lain niat. Tapi apa yang saya dapat simpulkan disini adalah, orang - orang jenis begini sebenarnya tidak serius dengan apa yang ingin dilakukannya. Jadi, sudah tentunya saya tak akan reply terhadap email sebegini.

Saya juga terfikir dimanakah maruah mereka - mereka ini? Adakah mereka ini tiada rasa segan dalam diri, atau adakah mereka ini benar - benar terdesak sehinggakan terpaksa untuk buat “muka tembok” untuk meminta wang daripada orang lain? Jika nak dikatakan meminta sedekah, boleh pula ONLINE?

Adakah anda rasakan saya “berlagak” dengan berkata sedemikian?… Mungkin ada suara - suara sumbang yang akan mengatakan saya begini… Namun, biar saya ceritakan serba sedikit kesah hidup saya sendiri.

Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Bukan dari golongan - golongan keluarga berada yang mampu memiliki segalanya. Saya pernah hidup dalam keadaan hanya makan nasi dan kicap sahaja sewaktu keluarga saya benar - benar susah satu ketika dahulu. Saya juga pernah hidup dalam keadaan keluarga yang sedikit mewah yakni mampu untuk memiliki apa yang dihajati dihati. Saya pernah juga dihantar tinggal di rumah nenek saya kerana keluarga tak mampu untuk menyara hidup saya satu ketika dahulu.

Pendek kata, saya pernah mengalami kehidupan yang sangat perit dan sukar satu ketika dahulu dan disebabkan pengalaman tersebut saya telah bertekad untuk mengubah keadaan keluarga saya. Kisah ini bukan rekaan saya semata - mata tetapi sebaliknya adalah berdasarkan daripada kehidupan yang pernah saya lalui dan juga yang sedang saya lalui.

Saya berasa agak sedih melihat golongan - golongan yang mengemail saya hanya semata - mata ingin meminjam wang. Sudahlah saya tidak kenal siapa mereka, tanpa segan silunya lagi memohon meminjam wang. Dimanakah letak harga diri mereka ini? Sebenarnya, saya tidak berhasrat untuk menceritakan perkara ini kerana topik utama yang ingin saya sampaikan adalah bagaimana menghasilkan duit daripada diri anda sendiri. Namun, entah mengapa jari jemari ini terus menaip perkara yang terlintas di hati. Saya tidak berhasrat untuk mengata pada sesiapa, malah saya sepatutnya ABAIKAN sahaja mereka - mereka ini.

Walaubagaimanapun, hati saya terdetik untuk berkongsikan kisah ini kerana harapan saya adalah semoga entri ini menjadi pedoman serta perkara yang perlu kita fikirkan. Adakah kerana WANG (DUIT), kita sanggup menggadaikan maruah diri ? Adakah kerana WANG / DUIT kita sanggup untuk jatuhkan air muka diri sendiri ?

Jadi, perkara ini lah yang perlu kita sama renung - renungkan. Saya bukanlah seorang yang benar - benar berjaya untuk “mengajar” anda atau memotivasikan anda sepenuhnya.. Malah, saya juga bukan seorang yang pakar untuk memberitahu anda apa perkara yang perlu anda lakukan.

Tetapi, dengan secebis pengalaman yang saya ada ini, saya berhasrat untuk berkongsikan bersama anda. Adakah susah untuk MENCARI DUIT DENGAN USAHA SENDIRI sehinggakan terpaksa meminta duit dari orang lain? Kita akan ketahui hal ini pada bahagian kedua Duit Datang Dari Anda Sendiri, iaitu andalah punca pencetus duit yang anda perlukan.. :)

Pada PART 2 entri selepas ini, saya akan ceritakan bagaimana seorang rakan baik saya yang terdesak nak cari duit akhirnya berjaya menghasilkan lebih daripada USD500 menerusi internet dalam masa 3 minggu di dalam bulan FEBRUARI ini!

Saya hanya tunjukkan beliau beberapa perkara yang beliau perlu fokus pada awal bulan Februari yang lepas dan dalam masa 3 minggu sehingga ke hari ini (sehingga entri ini dipostkan), beliau iaitu seorang NEWBIE yang tak tau apa - apa tentang ilmu internet marketing telah berjaya menghasilkan lebih daripada USD500! Siapa Ewen Chia, Siapa Irfan Khairi, Siapa Joel Comm langsung tidak beliau kenali sehinggalah saya sendiri memberi tahu mereka ini adalah Jutawan Internet dan dari situlah akhirnya beliau kini telah semakin berminat dengan internet marketing. :)

Nantikan sambungan entri saya dan renung - renungkan apa yang telah saya perkatakan diatas. Segala salah dan silap tutur kata saya, harap dimaafkan. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri. :)