Saya baru menerima report ringkas PERCUMA berkaitan 10 Kesilapan Proses OutSourcing yang perlu dihindari menerusi 10 OutSourcing Mistakes . Selepas membaca report ini, saya dapati tips yang diberikan memberi satu informasi yang perlu kita “alert” dalam proses melakukan outsource.

Tahukah anda bahawa perkara paling mudah untuk memulakan perniagaan anda di internet adalah dengan melakukan proses outsource.

Mungkin anda bertanya, apa sebenarnya maksud outsource? Secara ringkasnya, maksud outsource di sini sebenarnya adalah anda mengupah orang lain untuk menyiapkan kerja - kerja anda.

Sebagai contoh jika anda tidak mahir dalam memasang sistem affiliate, maka anda boleh mengupah mana - mana webmaster untuk memasang sistem affiliate ke laman web jualan anda supaya kerja anda menjadi mudah dan supaya perniagaan anda dapat dilancarkan dengan segera.

Dengan melakukan outsource juga, anda boleh fokus dengan perkara lain yang lebih utama untuk anda lakukan dalam persiapan melancarkan produk yang bakal anda promosikan. Maka dengan itu anda tidak lagi terbeban untuk menyiapkan semuanya secara bersendirian.

Walaubagaimanapun, untuk melakukan outsource ini anda perlu berhati - hati dalam memilih rakan atau freelance yang melakukan kerja untuk anda. Kesilapan memilih orang yang melakukan kerja anda boleh menyebabkan anda kerugian. Salah pilih orang, mungkin kerja anda tidak akan siap sama sekali.

Baiklah, anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan report ini menerusi link berikut :

10 OutSourcing Mistakes

p.s - Maafkan saya kerana belum update bahagian 2 Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri. 2 hari yang lepas, saya agak sibuk menguruskan kereta saya yang kemalangan. =( InsyaAllah dalam sedikit masa lagi saya akan sambung entri tersebut.