Mar 10 2008
Posted by Amirol as Motivasi Diri, Perniagaan Internet
Pada bahagian 1 topik Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa terdapat sesetengah golongan yang terdesak dalam mencari duit, sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan adakah perkara yang mereka lakukan tersebut baik atau pun tidak.
Jika diperhatikan, keadaan yang mendesak diri seseorang mampu mengubah peribadi orang tersebut untuk menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri. Mungkin jika sebelum ini dia seorang yang malas, namun disebabkan keadaan yang mendesak, dia kini telah menjadi seorang yang rajin dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Baiklah, dalam artikel ini saya ingin mengambil contoh tentang perihal seorang rakan saya bagaimana beliau menghasilkan pendapatan di internet DENGAN CARA YANG BETUL.
Kisahnya berlaku pada bulan Januari yang lepas. Beliau bertanyakan kepada saya bagaimana boleh saya menjana wang menerusi internet. Ketika itu beliau datang ke rumah saya dan melihat kerja - kerja yang saya lakukan. Beliau begitu berminat untuk menjana wang di internet lebih - lebih lagi ingin mencari sumber pendapatan tambahan kerana baru sahaja berkahwin pada December 2007 (walaupun masih student).
Jadi, saya terangkan kepada beliau perkara - perkara ringkas yang beliau perlu ada sebelum memulakan apa - apa perniagaan di internet :
Jadi, memandangkan beliau bersungguh - sungguh dan sanggup belajar tentang perihal internet marketing, maka saya pun memberi panduan - panduan utama yang beliau perlu ada seperti membuka akaun paypal, dapatkan debit/credit card dan belajar beberapa perkara asas perniagaan di internet.
Bermula awal februari, selepas beliau dah faham ASAS dan KONSEP perniagaan di internet, saya terus tunjukkan beberapa langkah mudah yang beliau perlu FOKUS terhadap KEBOLEHAN yang beliau ada.
Percaya atau tidak, dalam masa lebih kurang 3 minggu sahaja, rakan saya ini telah menghasilkan LEBIH DARIPADA USD700 (+- RM2000 ++)! Bayangkan, seorang yang pada mulanya tidak tahu apakah itu internet marketing, mampu menghasilkan wang di internet dengan melakukan tumpuan terhadap kekuatan dan kebolehan yang ada dalam diri.
Kerana itulah saya katakan, DUIT DATANG DARIPADA DIRI ANDA SENDIRI!.
Mungkin anda tertanya - tanya, apakah perkara yang beliau lakukan sehingga mampu menjana wang sebanyak itu dalam masa 3 minggu? Beliau tidak mahu saya bongkarkan apa perkara yang beliau lakukan di internet tetapi yang pastinya beliau telah menjalankan perniagaan menggunakan kebolehan yang beliau ada. (Bukan menyertai skim cepat kaya ya!). Beliau menawarkan perkhidmatan berdasarkan kebolehan yang dimiliki dalam diri beliau.
Saya sendiri amat gembira melihat pencapaian beliau sehingga ke hari ini kerana boleh dikatakan kini beliau mendapat tempahan yang tidak henti - henti untuk perniagaan yang beliau jalankan! =)
Dengan berbesar hatinya, rakan saya ini telahpun sudi memberi testimonial beliau untuk saya kongsikan bersama - sama anda.
*** Testimonial Bermula ***
Kejayaan teknikal
=================
Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan kepada semua peniaga internet.
Sebelum melangkah jauh, izinkan saya memperkenalkan diri saya untuk pengetahuan para pengguna internet yang lain. Nama saya Mohammad Mubashar Aftab, dan di dunia virtual, saya dikenali sebagai ShahZ. Saya telah mula menggunakan internet ini sejak tahun 1999, tetapi saya baru memulakan perniagaan saya yang pertama di dunia internet ini pada tahun ini.
Untuk pengetahun anda semua, memulakan bisnes di internet merupakan satu langkah yang harus diambil dengan amat teliti. Setitis kesilapan boleh menjadikan bisnes anda tidak berjaya. Sebelum saya memulakan bisnes internet saya sendiri, saya telah berbincang dengan Amirol dengan rapi supaya saya tidak menghadapi masalah ketika pelancaran.
Tidak dinafikan, petunjuk dan nasihat Amirol amat berbaloi dan saya tidak menyesal kerana berbuat demikian seblum memulakan perniagaan saya. Saya memulakan bisnes saya pada awal bulan Februari 2008 secara official, dan dalam masa yang singkat sahaja (satu bulan), saya telah mencapai tahap yang cukup membanggakan - dan pada masa yang sama, saya masih boleh meneruskan pelajaran saya yang masih ada satu setengah tahun lagi tanpa tanggungan ibu bapa saya. Setelah selesai pengajian saya, saya tidak perlu bimbang mencari pekerjaan lagi.
Anda mungkin merasakan bahawa saya sedang berbohong ataupun mengarut dengan kata-kata saya. Memang susah dipercayai, tetapi inilah hakikat. Jika anda kenal Amirol, anda akan tahu bahawa kejayaan saya bukanlah satu yang mustahil. Jika anda masih tidak percaya, tengoklah screenshot paypal saya yang disertakan bersama testimonial ini. Saya ingin menasihatkan pembaca yang dihormati, tiada kejayaan tanpa usaha. Saya juga telah berusaha sebelum mendapatkan hasil titik peluh saya.
Pada saya, ada 3 aspek yang sangat penting dalam dunia bisnes ini; Skill (Kebolehan), Needs (Kemahuan), dan Management (Organisasi). Jika ketiga-tiga aspek ini boleh dikuasai, maka lahirlah seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Selama hampir 10 tahun di internet, saya memantapkan skill penggunaan komputer untuk tujuan hobi sahaja. Tetapi Amirol telah mengubah hobi saya kepada sesuatu yang membuahkan hasil yang lumayan. Kebolehan Amirol dalam bidang ini tidak dinafikan lagi. Kini saya telah mempunyai “brand” yang dikenali oleh ramai ahli perniagaan dan berpuas hati dengan produk saya.
Ikhlas,
ShahZ
![]()
(Klik Untuk Lihat Rajah Lebih Besar)
*** Tamat Testimonial ***
Anda lihat telah sendiri bagaimana beliau berjaya menjana pendapatan di internet. Namun ia bukanlah satu “MAGIK” yang boleh diperolehi dengan sekelip mata. Lain 0rang, lain caranya, lain pencapaiannya… Namun, 3 perkara Utama yang penting untuk setiap orang antara kita sama - sama lakukan dalam mencapai kejayaan dalam industri perniagaan di internet adalah :
Pada entri yang seterusnya (part 3), saya akan terangkan bagaimana ANDA sendiri boleh menjana wang di internet WALAUPUN anda seorang yang masih baru, atau tiada kebolehan dalam penggunaan komputer. =)
Ikhlas,
Mohd Amirol
p.s - Rakan saya ini (shah) adalah merupakan rakan lama saya sejak dari bangku sekolah sehinggalah ke universiti. Saya banyak belajar tentang penggunaan komputer daripada beliau sewaktu di universiti dahulu, namun kini beliau pula yang belajar tentang internet marketing daripada saya. :-)…
18 Responses
zaki
March 10th, 2008 at 11:59 pm
1cerita ini bagus untuk tatapan kita. Syabas Amirol kerana memberikan motivasi terutama kepada newbie. Sebenar untuk berjaya dalam perniagaan internet bukan semudah yg disangka. Memerlukan panduan dan usaha yang banyak
Abdul Ghafar
March 11th, 2008 at 12:08 am
2DUIT DATANG DARIPADA DIRI ANDA SENDIRI! Satu ungkapan yang amat berharga sekali, perlu tindakan yang kemas bagi memperolehinya.
Saya ingin sekali menjejaki apa yang Amirol ajarkan dan telah di ikuti oleh sahabat Amirol. Saya yakin dan percaya untuk mencapai seperti yang sahabat Amirol perolehi, kita mesti melakukan apa yang telah dilakukan olehnya dan memperolehi apa yang dia telah perolehi.
smartzul
March 11th, 2008 at 12:14 am
3Kalau nak hasil besar dalam masa singkat, bidang perkhidmatan adalah jawapannya. Bayangkan, kalau caj $200, anda dah dapat dalam RM600++. Itu kalau market luar lah. Itu baru 1 customer, belum lagi 10 orang. 10 x $200, anda dapat $2000 (RM6000++).
Nak seribu daya. Kira-kira pendapatan di atas memang mudah, tapi segalanya perlu dimulakan dengan ilmu dan usaha. Tapi persoalannya, rela ke bersabar dalam belajar dan berusaha? Tak semua orang rela..
cetakbaju
March 11th, 2008 at 12:18 am
4menarik artikel ni..
memang sepatutnya semua perkara termasuk duit datang dari sendiri…saya bercita-cita untuk menawan diri sendiri…
titan
March 11th, 2008 at 4:06 am
5Jika hati mahu. Peluang dan jalan terbuka luas di depan mata..:D
hjh selmi
March 11th, 2008 at 8:13 am
6Memang bagus sekali artikel yang saudari berikan ianya membagi motivasi kepada kami yang baru dlm bidang internet ini memang benar duit itu datang dari diri sendiri terima kasih kerana berkongsi pengalaman dalam artikel yang telah di kongsikan bersama.
umie
March 11th, 2008 at 10:00 am
7berminat tetapi masih tiada dorongan dari sesiapa.Perlukan petunjuk
Jubei
March 11th, 2008 at 10:36 am
8Syabas…Amirol.
Satu testimoni yang dapat memberi impak baik kepada pemain dalam industri yang dimaksudkan. Ya, memang kita tidak nafikan bahawa wang itu datang dari diri kita sendiri. Kita perlu lakukan perubahan untuk mencapai impian yang kita inginkan seperti rakan ShahZ kita itu. Jika kita ingin berjaya kita perlu lakukan perubahan kerana hanya PERUBAHAN yang kekal untuk impian kita pada masa hadapan. Cuba lihat situasi kita sekarang. Adakah kita ingin seperti hari ini pada masa akan datang?
Fikir2kanlah…”Jika kita fikir menjadi kaya itu susah, cubalah miskin - Rudin@Jubei
bard
March 11th, 2008 at 11:57 am
9Tahniah kepada Amirol diatas kejayaan sahabat anda itu.
Kemahiran tidak bermakna jika tidak digunakan.
Alatan yang cukup tidak bererti jika tiada kemahiran mencari dan membuat peluang.
Semangat sahaja pun tiada berguna jika hanya tinggal impian dan angan-angan menjadi kaya-raya.
Sebab itulah kita kena bersatu membentuk kemahiran mengunakan peralatan teknologi tinggi disamping tekun berusaha dengan semangat yang tiada erti kenal mengalah atau putus asa.
Harap-harap saya juga dapat menjejaki seperti sahabat saudara Amirol itu. Boleh En. Amirol bantu saya kan..?
wasalam.
ZulSmart2u
March 11th, 2008 at 8:23 pm
10Bagus tu..bisnes aper yang dia buat tu?
Memang rezeki dia tu..alhamdulillah.
smartzul
March 11th, 2008 at 11:19 pm
11Lupa nak cakap satu perkara lagi.
Kejayaan ShahZ tu membuktikan bahawa kejayaan lebih cepat dicapai kalau ada mentor (dalam kes ni adlaah Amirol).
Carilah mentor sama ada free atau berbayar. Mereka tahu apa yang perlu dan tidak perlu dan mereka tahu apa langkah yang betul. Bahkan dalam Agama kita pun disuruh berguru dan belajar daripada mereka yang tahu.
ahib0205
March 11th, 2008 at 11:47 pm
12ha saya setuju dgn bro smartzul. mentor aka org yg leh pimpin kita! nk beajar mesti dgn berguru. berguru lak kena la pastikan dulu guru kita tu sapa. bukan apa, salah guru, lain jadi. tp the fact memang kita takkan boleh belajar semata2 dgn buku. cayalah amirol. so aku nk tempah utk berguru dgn ko ek.
bentayan
March 12th, 2008 at 2:21 am
13Salam…
Tahniah buat kalian berdua. Tahniah kpd saudara Amirol kerana tlh membantu rakannya ShahZ berjaya dlm ebiz, dan tahniah buat sahabatnya ShahZ kerana tdk sampai 1 bulan memulakan ebiznya tetapi telah mendapat hasil yg pastinya memberangsangkan! Memang benar apa yg saudara SmartZul katakan, kalau nk lbh cepat berjaya, kita kena belajar drpd orang yg dah berjaya - kena ada mentor la lepasni
Satu perkongsian kisah yg menarik dan memberi motivasi drpd Amirol dan ShahZ…terima ksh
amirol
March 12th, 2008 at 8:06 am
14Thanks semua.
Macam smartzul cakap, “… rela ke bersabar dalam belajar dan berusaha?”…
Rakan saya tu bukan mengambil masa sehari dua untuk dapat income macam yang ditunjukkan. Sebulan jugalah dia ambil masa nak fahamkan bagaimana cara nak menghasilkan duit di internet, bermula daripada mengenalpasti skill/kebolehan dalam diri, macam mana nak advertise skill, nak manage skill dan fokus pada skill.
Sebulan bagi dia, mungkin bagi anda pula ambil masa 3 - 4 bulan atau lebih. Ini memandangkan dia sudah sedia ada mempunyai skill dalam penggunakan komputer dan software - software tertentu.
So, pendek kata semuanya bergantung pada diri anda juga. Sanggup atau tidak nak belajar dalam mencapai apa yang diimpikan. Yang penting sekali, usaha yang datang daripada diri sendiri itulah lebih utama. Tidak terlalu mengharapkan orang lain. Apabila jalan ditunjukkan, ikut jalan tersebut dan pastikan anda kenali jalan tu. =D
zain
March 12th, 2008 at 12:27 pm
15Salam…
Saya amat tertarik dengan kejayaan ShahZ dan akan menjadikannya sebagai satu contoh yang baik kerana telah berjaya dalam ebiz yang dilakukan. Moga kejayaan tersebut dapat membakar lagi semangat dan ketekunan saya sebagai newbie.
Segala usaha yang baik dalam kehidupan pasti akan mendapat hasil yang baik juga sebagaimana kejayaan Shaz td.
Tahniah dan teruskan segala usaha bagi mencapai segala matlamat.
komenebook
March 13th, 2008 at 10:52 am
16(salam) buat amirol dan komentars..
saya cukup tertarik dengan cerita dan semangat yang ditunjukkan oleh ShahZ. Saya kagum dengan anda ShahZ!.
insipirasi sebegini yang kita perlukan. kekayaan akan datang melalui usaha. usaha tidak akan bermakna jika tiada pengetahuan. pengetahuan itu perlu dicari, dan paling penting menghargai ilmu dan guru (orang yang mengajar). Saudara Amirol, anda memang seorang guru contoh. anda sanggup memberi tunjuk ajar kepada orang yang pandai menghargai dan memanfaatkan ilmu.
cerita dari ShahZ, mengingatkan saya kepada sepupu saya yang kini berada di kuantan. beliau memperolehi hasil pendapatan dari euro. bayangkan berapa tukaran 1 euro berbanding RM!
hanya join commission junction, dan melakukan sedikit servis dan menjadi ajen menjual tiket kapal terbang, kini pendapatannya..masya’ Allah!setiap kali saya tengok, memang boleh buat saya sesak nafas. kalau tanya harga rumah dia, memang saya geleng kepala.
apa yang menariknya, beliau hanya kenal dengan komputer sewaktu berumur 30. kerana terlalu buta IT, istilah “mouse” pun beliau tak tahu. kerana merasakan beliau buta IT, maka banyakla buku “For Dummies” kat rumahnya. kerana kesungguhannya juga, dia mahir dalam programming yang kompleks seperti Java pengaturcaraan asas yang lain seperti VB, C++.
dia selalu mengigatkan saya, rajin berusaha, jangan cepat putus asa, fokus, paling penting, berusaha mempelajari ilmu dan mencari guru, pelajari niche market dan jangan takut untuk bersaing dengan dunia internet global, bila dah kaya esok2, jangan sombong dan membangga diri, sebab Allah boleh tarik rezeki yang DIA bagi tu bila2 mase jer.
kesimpulannya… USAHA + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN.:-)
Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri? - Part 3
March 18th, 2008 at 4:19 am
17[…] bahagian 2 topik ini, saya telah kongsikan kisah dimana seorang rakan saya yang berjaya menghasilkan […]
ShahZ
July 11th, 2008 at 4:28 am
18Assalamualaikum sahabat sekalian,
Utk tambahan bagi mereka yang berkobar-kobar hendak berniaga di dunia internet, kini saya memperoleh keuntungan hampir $2500 USD sebulan melalui eBiz saya. Pada tarikh ini (11 Jun 2008), sudah hampir 6 bulan saya memulakan perniagaan dan pencapaian yang saya telah capai cukup membanggakan. Anda juga boleh lakukannya! Ingat, Skills, Needs & Management. Dan anda pasti boleh melakukannya.
Sayalah ShahZ yang diperkatakan dalam artikel tersebut. Agak lama sudah post ni ye mirol
p/s: dalam testimonial saya, amirol meletakkan translation utk 3 keyword penting bagi saya. Sebenarnya, management tu bukan merujuk kepada organisasi..Tetapi “pengendalian” (kata dasar dier manage). Anda perlu ada skil, kemahuan dan pengendalian untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
Sekian, Wassalam.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply