Mar 18 2008
Posted by Amirol as Motivasi Diri, Perniagaan Internet
Pada bahagian 2 topik ini, saya telah kongsikan kisah dimana seorang rakan saya yang berjaya menghasilkan pendapatan di internet setelah beliau memasarkan kebolehan dan kepakaran beliau kepada orang ramai.
Memetik daripada komen SmartZul yang berbunyi, “… Nak seribu daya. Kira-kira pendapatan di atas memang mudah, tapi segalanya perlu dimulakan dengan ilmu dan usaha. Tapi persoalannya, rela ke bersabar dalam belajar dan berusaha? …”, saya teramatlah bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.
Rata - rata daripada kita semua sememangnya berminat untuk menjalankan perniagaan di internet NAMUN tidak semua sanggup untuk mempelajari BAGAIMANA memulakannya dengan jalan serta cara yang betul.
Disebabkan ketidaksanggupan itulah akhirnya wujud golongan - golongan yang kecewa kerana tidak berjaya mencapai apa yang dikehendaki. (Dalam soal ini, sudah tentulah pendapatan yang lumayan)
Bagaimana untuk mengatasi masalah kekecewaan ini? Bagaimana untuk anda boleh menjana pendapatan di internet?
Ada yang email kepada saya dan menyatakan “Saya berminat nak buat bisnes di internet, tapi saya tak ada produk dan tak tau apa yang nak dijual…”
Pertama sekali, anda PERLU KENALI DIRI anda terlebih dahulu.
Ada yang mengatakan, untuk memulakan perniagaan anda di internet dengan mudah, haruslah bermula dengan minat anda (passion)…
Namun, bagi saya perkara tersebut mungkin 50% betul dan 50% tak betul. Mengapa? Jika minat tersebut tidak menguntungkan, bagaimana untuk anda pasarkan minat anda jika tiada permintaan? Jadi, dalam soal ini, lihat pula apa kepakaran anda… Apa pengalaman anda?
Adakah anda seorang petani? Adakah anda seorang penternak? Mungkin anda ada pengalaman dalam penternakan kambing… Jadi, gunakan pengalaman anda tersebut untuk dijadikan produk. Anda mungkin boleh menulis sebuah buku atau E-Buku yang bertajuk seperti “20 Cara Mudah Menternak Kambing Biri - Biri” (Ini contoh saja ya!). Lebih molek lagi jika turut disertakan Video - Video berkaitan penternakan kambing ini seperti cara melihat kambing yang sakit atau sebagainya…
Atau, anda mungkin berpengalaman baik dalam pekerjaan anda walaupun anda benci dengan pekerjaan tersebut.
. Sebagai contoh anda sebagai pegawai bank. Di sini mungkin anda boleh sediakan satu panduan mudah seperti bagaimana untuk memohon pinjaman, syarat - syarat lengkap, langkah demi langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemohon itu.
Jadi, dengan menyediakan satu produk atau perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, anda sebenarnya telah membuka pintu / sumber rezeki anda.
Sama jugalah seperti kes rakan saya shah, beliau gunakan kebolehan dan kepakaran yang beliau miliki untuk membantu orang lain dan menjana pendapatan menerusinya. Saya pasti anda juga boleh begitu.
Salah seorang rakan IM yang saya sering lihat perkembangannya adalah seperti saudara Abooain. Saya mengenali beliau sewaktu beliau membeli produk saya Pakej Web Jualan Versi 1 terdahulu.
Apa yang dapat saya lihat adalah sepanjang saya mengenali beliau, saudara Abooain ini begitu berminat dengan memasarkan produk - produk grafik. Beliau fokus dengan minat beliau dan menjadikan minat tersebut kepada sesuatu yang menguntungkan. (mungkin beliau ada minat yang lain yang tidak diketahui.
)
Jadi, sekali lagi saya ingin ingatkan, kenali diri anda terlebih dahulu. Jika anda mempunyai minat yang boleh menguntungkan, maka gunakan minat tersebut untuk dijadikan sebagai perniagaan. Jika tiada minat, lihat pula pengalaman atau kepakaran yang anda miliki.
Percaya atau tidak, sewaktu saya mula - mula menceburkan diri dalam industri ini, saya sama sekali tak tahu apa sebenarnya yang ingin saya lakukan, apa sebenarnya tujuan saya, apa sebenarnya kekuatan yang ada pada saya untuk saya kembangkan.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami bagaimana boleh saya menjana pendapatan dengan cara yang betul dan sebenar. Saya juga pernah terlibat dengan program / skim - skim cepat kaya satu ketika dahulu.
Saya tidak mengambil masa sehari dua untuk faham tentang industri perniagaan di internet ini, tetapi sebaliknya berbulan - bulan untuk saya faham konsep sebenar perniagaan di internet. Sehingga ke hari ini, masih banyak lagi perkara yang sedang dan perlu saya pelajari.
Jadi, saranan saya, jangan berhenti untuk terus mencari ilmu yang berkaitan. Walaubagaimanapun, FOKUS terlebih dahulu terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari.
Sebagai panduan ringkas untuk anda mula membangunkan empayar perniagaan internet anda, berikut adalah beberapa saranan mudah saya.
p.s - Jika seorang pelajar lepasan SPM seperti Labanon mampu membina perniagaannya di internet dengan jayanya, mengapa tidak anda sebagai orang yang lebih “berpengalaman” tidak mampu melakukannya?
(Jawapannya adalah : Kesanggupan dan kesungguhan anda untuk mencapai cita - cita anda!)
p.p.s - Artikel yang seterusnya akan saya ceritakan cara mudah untuk membangunkan perniagaan anda menerusi proses outsource.
14 Responses
maskira
March 18th, 2008 at 8:52 am
1saya stil lagi seorang pelajar sekarang. saya sememangnya berminat dan bercita2 untuk menjalankan perniagaan sendiri…tapi saya terfikir perniagaan apa yang perlu saya jalankan dan lain dari pasaran yang telah sedia ada…saya berharap agar encik dapat membantu saya
komenebook
March 18th, 2008 at 9:17 am
2(salam), salam hormat buat amirol
[p/s: saya ingatkan post menarik tentang “duit datang dari diri anda sendiri ni?” dah habis..rupa2nya ada lagi, macam citer bersiri Prison Break plak..hehehe]
well, bercakap tentang kenali diri sendiri ni, mungkin (cadangan je la ni) kita bole tambah satu lagi, perkara yang ke-6: Berapa modal yang anda sanggup anda laburkan?.
kerana pada pendapat saya, kesanggupan nak laburkan modal itu penting. mungkin ada yang kata, “kalo tak nak guna modal, masuk je google adsense”..betul,google adsense memang tak guna sesen pun modal. taapi, untuk belajar google adsense, kita sekurang2nya kena beli ebook atau pergi ke cyber cafe(ini kes yang takder internet akses)..guna duit jugak kan? so, memang modal juga memainkan peranan untuk “lebih mengenali diri sendiri”.
satu lagi perkara yang saya sangat sependapat dengan saudara amirol:cari ilmu yang berkaitan!. ini yang jadi penyakit utama dalam mana2 industri. tak ramai yang suka membaca..(apatah lagi nak belajar ilmu dengan yang lebih pakar!.) Memang kalo ikut statistik, kadar pembacaan kat malaysia ni masih rendah berbanding dengan negara lain.
membaca ni jambatan ilmu. kalo tak membaca (dan tak dikongsi), macam mana ilmu nak berkembang. kalo ilmu tak berkembang, macam mana nak survive? macam mana nak pandai? macam mana nak setelkan masalah? dan seribu macam2 lagi yang akan jadi masalah.
saudara amirol dah bagi contoh, saudara shah, abooain dan labanon. saya pun tak sangka, (selepas membaca ebook keluaran labanon), labanon mampu kuarkan ebook walaupun masih lepasan SPM!
maaf, kalo komen saya ni terlalu panjang, dipendekkan kata, kita mampu kenali diri kita asal kita tak jemu, tak malu, selalu muhasabah diri,ikhlas,sanggup berusaha, ada motivasi dan semangat yang maksimas dalam mencari ilmu dan guru.
Pujangga
March 18th, 2008 at 2:18 pm
3orang kata perjalanan beribu langkah bermula dari langkah pertama…jadi kena mula sedikit dan penuh sabar. Sdr labanon nampaknya telah memilih jalan itu.
dauz
March 18th, 2008 at 2:55 pm
4Terima Kasih atas rangsangan artikel tu amirol

Daripada apa yang saya dapati semua perkara atau perkerjaan yang kita lakukan yang pentingnya FOKUS …
FOKUS terhadap apa yang anda lakukan
bizmalaya
March 18th, 2008 at 11:43 pm
5mengikut pengalaman saya sendiri,,,ramai yang berminat perniagaan internet tapi ramai yang tidak mengetahui kemampuan diri dan minat…kalau yang dah tahu minat tapi tidak tahu bagaimana nak buat minat itu mendatangkan hasil…
azriq
March 19th, 2008 at 12:31 am
6Amirol boleh bagi contoh-contoh ebook yang boleh dipasarkan dan mcm mana nak start buat website??
terima kasih.
starline
March 19th, 2008 at 1:48 pm
7Terima kasih Amirol atas panduan.Saya pun tengah belajar jugak nak mantapkan ilmu bisnes internet ni.Dunia internet ni luas.Jadi fokus macam saudara cakap tu memang penting.
Kalau semua nak buat,alamatnya “Yang Di Kejar tak Dapat,Yang Dikendong Berciciran”.Satu habuk pun tak dapat.
tomoyo
March 20th, 2008 at 10:19 pm
8salam.. buat amirol & lain2..
time kasih ler.. wat amirol.. sbb dok post jek email.
cam kate komenebook .. bersiri plak.dulu saya x layan pon email amirol tapi bila baca saya jadi syok.mmg sy nak wat sesuatu dlm hidup saya.sy x tau ape minat ape kdpandaian saya.saya ni bakal jadik fulltime surirumah.selama ni bekerja ade duit poket sendiri. jadik bile dapat offer jadik surirumah..hhee.. sy jadi blur sbb saya rase sy x syok x wat ape2 yg leh memberikan pulangan.at least kalu dok umah tu boleh gak sy bantu ringankan beban suami sy. yele phm2 jela. kalu jadik surirumah ni kite kene bg perhatian penuh pd kuarga.cam saya cakap sy x tau minat sy, x de kepandaian dlm ape pon.nak mula dari mane pon sy x tau ..saya mmg minat nak wat bisnes internet nih..tapi tu la..cam ne ni?ade advise x?
En Dlie
March 21st, 2008 at 10:17 am
9Kadang2 kita tak sedar tentang kelebihan diri.. so, take your time, cari masa yang sesuai.. dan renungkan apa yang anda ada tetapi orang lain jarang2 ada.. Nah, itu boleh dijadikan sebagai permulaan untuk membina perniagaan internet..
Kalau dah susah sangat, tak tahu nak jual apa… belajar lah sesuatu perkara.. mungkin tak perlu sampai pakar, tetapi sebaik2nya anda boleh jawab sebarang soalan mengenai perkara tersebut..
Abooain
March 25th, 2008 at 6:12 pm
10Terima Kasih buat Sifu Amirol yang banyak membantu saya - terutama Pakej Web Jualan beliau yang merupakan pakej pertama yang saya beli sehingga saya mampu membina sendiri website dan seterusnya memberikan perkhidmatan minisite kepada orang ramai.
Ilmu yang sedikit tetapi diamalkan adalah terlebih baik dari banyak ilmu tetapi tidak diamalkan.
Tosye Sifu!!!
titan
March 30th, 2008 at 11:25 am
11kalau malas. baik belajar daripada menyalahkan orang lain yang tanak bantu kita.
Leman
August 24th, 2008 at 9:07 am
12Salam,
Saya sekadar nak berkongsi maklumat tentang perkembangan ICT di Malaysia ini. Baru-baru ini, sekitar 17hb Ogos 08, satu sistem membina sendiri website / portal mesra pengguna yang pertama seumpamanyadi dunia telah dilancarkan dan dikenali sebagai My Portal.
Menggunakan sistem ini, seseorang itu tidak perlu pun mempunyai kepakaran dalam komputer dan internet tetapi akan mampu membina sendiri laman web dengan cara yang mudah, kos yang murah dan hasil yang menarik.
Saya sertakan website salah seorang dealer My Portal iaitu http://www.alirantunai.dbizworld.biz sebagai rujukan.
Selamat Mencuba.
wan
September 17th, 2008 at 9:20 am
13heran ,apsal dorang join myportal ke, subdomain jer, kena bayar……perkara yang leh dapat bersepah-sepah dalam internet nih ,free jer….nih kena bayar pulak
…tak faham!!!!
Che Wan Ruzil
November 1st, 2008 at 5:18 pm
14Salam,
Saya tiada apa2 komen tentang post di atas, cuma nak bertanya soalan. Saya sedang belajar membina blog untuk mempromosi program-program afiliate yang saya sertai. Adakah saya perlu bina blog berasingan untuk setiap program afiliate atau hanya satu blog untuk promosikan kesemua afiliate tersebut?
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply