Agak lama saya tidak menyediakan artikel di sini kerana saya sedang menyiapkan beberapa project yang perlu saya lancarkan dalam masa yang terdekat ini.
Baiklah, post kali ini pendek sahaja, TETAPI bakal memberikan satu informasi yang amat penting untuk anda beri perhatian.
Untuk makluman, saya baru sahaja menerima email daripada seorang pelanggan yang bertanyakan perkara berikut :
“saya ada mendapat email berbentuk :
Kami memerlukan pekerja sambilan, sila layari laman web berikut untuk mendaftar:-
http://usahaniaga.webs.com/
adakah bisnes ini bersangku paut dgn anda atau sbaliknya? saya tidak dapat memastikan samada syarikat ini wujud atau tidak.sekadar ingin kepastian tentang kerja secara online ini .”
Apa yang anda perasan pada email beliau? Sebenarnya, nama “usahaniaga” tersebut telah memberikan tanda tanya kepada beliau kerana beliau keliru bahawa saya terlibat di dalam promosi tersebut ataupun tidak.
Baiklah, berikut peringatan dan penerangan yang ingin saya berikan :
Berikut adalah saranan saya kepada anda :
Jika anda tidak pasti atau ragu - ragu dengan sesuatu perkara yang mungkin ada terlibat dengan nama web, nama saya, nama produk saya, sila hubungi saya secara terus di http://support.usahaniaga.com
JANGAN SESEKALI BERURUSAN dengan mana - mana laman web yang mempunyai ciri berikut :
Oleh itu, saya berharap penerangan ini dapat membantu rakan - rakan sekalian untuk mengelakkan diri daripada terkeliru.
Ingat, sebelum berurusan dengan mana - mana laman web yang diragui, sila hubungi saya di http://support.usahaniaga.com atau anda boleh berbincang di forum keusahawan internet iaitu www.WangCyber.com.
Saya mungkin akan menambah lagi beberapa info di sini di masa akan datang. Pastikan anda ambil berat tentang perihal ini. Semoga info ini dapat membantu rakan - rakan lain yang turut sama menjalankan aktiviti perniagaan di internet. Pastikan anda alert dengan persamaan nama (brand) anda yang mungkin digunakan oleh orang lain. Elakkan nama anda daripada rosak akibat salah faham ini.
Ikhlas,
Amirol
19 Responses
smartzul
March 29th, 2008 at 1:57 pm
1Saranan saya: Beli multipe domain dan register apa2 platform yg free. Contoh:
abcxyz.com
abcxyz.com.my
abcxyz.biz
abcxyz.net
abcxyz.org
Beli semua domain dgn extension yg pelbagai.
Jangan sampai ia dikebas orang.
Then, yg free pun daftar juga. Contoh:
abcxyz.wordpress.com
abcxyz.blogger.com
Mcm tu juga akaun2 seperti youtube, id forum dan sebagainya, daftarkan dgn nama utama brand biz anda. Termasuklah emel sekali.
Daftar je, bukan kena bayar pun yg free2 tu.
Wassalam.
Din Beramboi
March 29th, 2008 at 4:12 pm
2Ooo…nak amik kesempatan atas Amirol la ni kan..hehe. Ya, kepada pengguna yg dapat iklan yg x munasabah tu, harapnya berfikir dulu sebelum bertindak. Kang tak pasal2 tertipu..Nasib ko la labu…hehe.
starline
March 29th, 2008 at 4:27 pm
3betu cakap Zul tu.Jangan sampai diorang yang buat web usahaniaga.webs.com tu menyamar dan mengelirukan orang ramai.Sabar k
Nabieel
March 29th, 2008 at 4:36 pm
4ada juga orang nak kenakan orang.jap jer 2 maju.pas 2 lingkup..sy ada beli ebook anda pakej web bila leh dpt..:)
adisibo
March 29th, 2008 at 4:49 pm
5tak faham mengapa sesetengah orang selalu mengambil kesempatan ke atas nama perniagaan orang lain. Bina lah nama perniagaan sendiri. Dan untuk semua yang melibatkan diri dengan surfing internet, adalah menjadi risiko anda untuk join mana-mana urusniaga internet yang anda belum pasti kesahihan nya.
Usahaniaga.com adalah milik amirol..web yang berbayar..sepanjang urusan saya dengan amirol, beliau sentiasa tepat dengan janji-janjinya..kalau dengan web free yang lain tu, anda tanggung sendiri akalu ada penipuan.
*pesanan saya: berhati-hati dengan urusan web percuma seperti .webs.com, .freewebs.com atau sebagainya..
amirol
March 29th, 2008 at 5:22 pm
6Thanks semua.. Actually tak pernah terfikir sangat pun pasal hal ni. Saya sendiri tak pernah menjangkakan “UsahaNiaga” ini bakal dijadikan web utama saya untuk market di Malaysia ni..
Maybe lepas ni kena ambil berat juga lah hal ni… ada masa blh juga pegi register jadi trademark.
amirol
March 29th, 2008 at 5:25 pm
7Nabieel, apa email yg awak gunakan sewaktu pengesahan. Kirimkan info ke http://support.usahaniaga.com. Sertakan sekali butiran pembayaran ya?
Wirasutra
March 29th, 2008 at 7:18 pm
8Mungkin pemilik web tu x perasan kot ‘usahaniaga’ dah ada dimiliki. Mungkin dia pun x kenal saudara Amirol ni. Saranan Smartzul rasanya lebih elok.
adi
March 29th, 2008 at 8:28 pm
9Bagi saya ia cuma satu kekeliruan sahaja. Setiap orang berhak beli domain yang mereka inginkan. contohnya jika ada yang dah beli http://www.usahaniaga.com mereka akan beli domain alternatif contohnya http://www.usahaniaga.net, http://www.usahaniaga.biz . Untuk selesaikan masalah ini saya rekomenkan beli domain ada nama anda dan nama perniagaan anda contohnya http://www.mohdamirolusahaniaga.com Kat sini nama merujuk kepada perniagaan dan perniagaan merujukan kepada pemiliknya. Semua orang tahu nama mereka adalah sama dgn nama orang lain walaupun orangnya lain.tetapi nama perniagaan hanya satu saja boleh didaftarkan ..jika orang lain dah daftar ,org lain tidak boleh daftar nama yg sama
adi
March 29th, 2008 at 8:31 pm
10Bagi saya ia cuma satu kekeliruan sahaja. Setiap orang berhak beli domain yang mereka inginkan. contohnya jika ada yang dah beli http://www.usahaniaga.com mereka akan beli domain alternatif contohnya http://www.usahaniaga.net, http://www.usahaniaga.biz . Untuk selesaikan masalah ini saya rekomenkan beli domain ada nama anda dan nama perniagaan anda contohnya http://www.mohdamirolusahaniaga.com Kat sini nama merujuk kepada perniagaan dan perniagaan merujukan kepada pemiliknya. Semua orang tahu nama mereka adalah sama dgn nama orang lain walaupun orangnya lain.tetapi nama perniagaan hanya satu saja boleh didaftarkan ..jika orang lain dah daftar ,org lain tidak boleh daftar nama yg sama.
Jika anda rasakan cadangan ini baik untuk anda buatlah demi kebaikan anda sendiri.Saya harap amirol tenang .. ia adalah asam garam dunia perniagaan tanpa sempadan. Sekian
Ahmad Taufik
March 29th, 2008 at 11:35 pm
11Alahai saudara Amirol,
Saya harap anda jangan cepat melatah…
Nama Usahaniaga terlalu umum dan general.Cuba masuk ke Google atau Yahoo dan buat search….Terdapat ramai lagi orang lain yang telah menggunakan nama tersebut.
Kita tidak boleh menganggap mereka ini sebagai mengambil kesempatan dan sebagainya.
Kalau nak kita “brand”kan nama tersebut dengan membeli setiap domain .com,.net,.biz dan sebagainya saya rasa agak membazir.
Saya bersetuju dengan cadangan Sdr. adi said ,lebih elok kita namakan mengikut nama sendiri .Atau carilah nama yang unik seperti Smartusaha….
Apa yang perlu dirisaukan adalah sekiranya individu tersebut menggunakan produk saudara, guna nama saudara, meniru hampir 100% laman web saudara.
Sebenarnya dalam mencari nama domain dan brand kita sendiri adalah faktor utama yang terpenting sekali dalam memulakan perniagaan internet.
Sekali lagi nasihat saya, cari nama yang unik atau gunakan nama sendiri. Itulah yang lebih baik
Wallahuallam
amirol
March 30th, 2008 at 12:45 am
12Terima kasih semua.. Sebenarnya tak melatah, cuma saya risau orang akan salah faham sahaja kelak lebih - lebih lagi apabila nama tersebut mengelirukan. Sedangkan nama saya dengan amirul faisyal pun orang keliru, apatah lagi nama domain.
Makluman ini saya nyatakan adalah untuk mengelakkan rakan - rakan salah tanggap jika ada web - web yang menggunakan nama yang sama seperti nama web saya. Oleh itu, saya berikan maklum awal supaya orang tidak terkeliru.
titan
March 30th, 2008 at 11:21 am
13takde masalah sebenarnya. Sebab memang ramai yang pakai nama tu dulu dan sekarang.
So far, sape kenal amirol. dia tahu la. yang tak kenal tu. nak buat macam mana. diorang kene amik tahu da..
am
March 30th, 2008 at 11:59 am
14yer… am dah tengok la web tu.. keji sangat.. scam sangat produk dia…
smartzul
March 30th, 2008 at 12:09 pm
15Secarasa asas, selagi nama tu bukan trademark, selagi tu kita tak boleh nak salahkan mereka. Tapi kita boleh lakukan jalan penyelesaian sendirilah.
Sebagai contoh, mungkin start daripada hari ni, kita mesti mengatakan bahawa, “Segala urusan jual beli hanya sah di laman web abc.com sahaja. Atau di rangkaian-rangkaian web kami. Kami tidak bertanggung-jawab jika anda membeli di laman web yang bukan di dalam rangkaian kami”. Contoh je tu.
Bila masalah ni berlaku, baru kita nampak bahawa, pentingnya kita membina jenama sendiri secara ‘agresif’ sptmana yg irfan khairi lakukan. Dan kes ini juga membuktikan, betapa pentingnya kita guna nama domain yg berbayar untuk buat bisnes. Domain skrg tak mahal pun. Hosting dalam RM10 pun dah boleh dapat.
Tak apa lah Amirol. Biasalah tu sekali sekala. Hehe.. Dulu pun nama saya pernah juga orang salah guna. Kadang2 masalah ni akan memberikan idea2 baru kepada kita.
Asam garam dunia..
asmid
March 30th, 2008 at 9:24 pm
16Biasa la tu, adat bisnes ada berbagai-bagai masalah. Tapi yang penting semua orang memang akan tahu jika ia mengikuti perkembangan atau berita-berita di internet.
Saya sendiri pun tahu kalau nak beli sesuatu produk contohnya, saya akan beli daripada tuan punya produk. Contoh, ebook 10 model bisnes dihasilkan oleh tazilan, bisnes digital saudara zamri nanyan, ebook ftp smartzul, belajar cpanel beli daripada jebat mesra dan banyak lagi.
Tak payah nak pening2 kepala pasal nama kita orang lain gunakan. Dunia internet kecil, saya juga tahu siapa pemilik produk2 yang ada dijual di internet. Dan saya akan beli produk-produk yang ada diinternet melalui tuan punya produk. Macam pakej jualan evolusi, saya juga akan beli produk ini daripada saudara amirol suatu hari nanti. Sebab saya dah kenal pemilik produk ini.
Satu lagi, walupun saya ada membeli hosting berbayar pada masa yang sama saya juga ada menggunakan hosting percuma. Pasal hosting pun tak perlu dipertikaikan sebab hosting percuma disediakan untuk mereka (newbie) yang nak belajar membina laman web.
Lagi pun hosting percuma macam geocities apabila di index kedalam enjin carian ada masalah data tranfer yang terhad. Contoh laman web saya, yang menggunakan hosting percuma http://www.geocities.com/termitecontrol99 ada masalah. Ia hanya boleh dikunjungi untuk 3 atau 4 orang pelawat sahaja. Sebab bandwidthnya kecil jer. Terpasa kena upgrade kalau nak gunakan data tranfer yang lebih besar.
Tapi alhamdulillah walaupun saya gunakan hosting percuma untuk buat bisnes internet, dapat juga saya pelanggan yang nak kan perkhidmatan saya. Sebab laman web ini di index dalam enjin carian yahoo. Tak salah pun kalau kita nak gunakan hosting percuma.
Lagi satu saya telah mendapatkan banyak produk2 seperti ebook menerusi pemilik itu sendiri, bukan daripada reseller atau agen-agen yang sah. Sedang buku rahsia perniagaan internet yang diterbitkan oleh pts oleh syaifulsham pun saya dah beli.
Ini cuma nasihat dan pandangan sahaja, saudara amirol
boleh fikir sendiri dengan apa yang saya katakan disini.
-wasalam-
pyan
March 30th, 2008 at 9:29 pm
17payah juga nak tentukan , yang ori dan yang palsu dalam internet ni.
4mula7
March 31st, 2008 at 8:19 am
18Tahniah amirol.Think and grow rich part 1 2 and 3.Syabas untuk rujukan semua kenalan yang membaca coretan amirol ini.Thanks you so much and thanks you very much.
sempoiweb.com
April 22nd, 2008 at 6:11 pm
19Dalam perniagaan apapun kita kena berhati2 terutamanya dari pada mereka2 yang mengambil kesempatan..
ikhlas
webmaster
http://sempoiweb.com
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply