Alhamdulillah, hari ini saya telah berkesempatan untuk menghadirkan diri ke annual WanitaNiaga.com yang diadakan di Palace Of Golden Horses di Mines Resort City.
Jika selama ini kami semua hanya dapat berinteraksi di Internet sahaja, maka hari ini adalah hari yang cukup bertuah kerana kami semua berpeluang untuk bertemu dan bersua muka seperti dengan saudara Shuth (WangCyber.com), Labanon dan Zhafran (Flarebiz.com), Hilmi (Planhoster.com), Saudara Murtaza (tazamfnbiz.com), En Saleh, Kak Lyn (WanitaNiaga.com) dan lain - lain hadirin yang hadir pada annual ini.
Selain daripada “acara” makan - makan (sedap - sedap makanannya… 2 kali saya tambah gitu! Rugi sapa yang tak ikut
), kami semua sempat berkenal - kenalan disamping bertukar - tukar pendapat dalam perniagaan yang dijalankan. Boleh dikatakan semua yang hadir adalah merupakan usahawan.
Majlis ini lebih “happening” apabila ada acara cabutan bertuah yang dianjurkan. Rakan saya, saudara hilmi (planhoster.com) 2 kali dapat hadiah, 1 untuk anaknya, 1 untuk diri sendiri. (Rezeki orang penang dapat 2 hadiah sekaligus!)
=====================================
Gambar - Gambar Aktiviti Yang Sempat Diambil
=====================================

(Upacara Memotong Kek oleh Founder Wanitaniaga.com)

(Antara ahli wanitaniaga.com yang hadir)

(Ucapan daripada Founder WanitaNiaga.com)

(Jejaka - Jejaka Tampan
- Hilmi, Saya, Shuth & Anak, Zhafran, Labanon)
Apa yang dapat saya simpulkan di sini, walaupun ini adalah kali pertama perjumpaan ahli forum wanitaniaga.com, namun semua pihak berasa mesra antara satu sama lain umpama sudah lama kenal dan berjumpa. Harapan dan doa saya, semoga wanitaniaga.com akan terus maju dan akan terus menerus mengadakan sesi gathering untuk masa - masa yang akan datang.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.
p.s - Dunia Online dibawa ke offline adalah satu perkara yang menyeronokkan kerana orang yang kita selama ini bertemu di internet sahaja, kini akhirnya telah kita temui secara LIVE. Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim, kami semua dapat berkongsi pengalaman masing - masing. ![]()
16 Responses
En Saleh/Shahrul
April 6th, 2008 at 5:09 pm
1Assaamuaikum,
Terima kasih kerana telah bersembang2 dgn saya.
Semuga tujuan Amirol menjemput kami hadir akan menjadi
galakan semuga jika ada program2 lain anjuran sahabat2 internet kita silalah hubungi.
Untuk makumat Amirol, sya akan memasukkan sejumlah
RM100.00 untuk berlanggan WEB MASTER sdr. Saya sebenarnya hanya memiliki preview WEB MASTER u shj.
Sya telah keliru tempoh hari semasa perbincangan.
Saya akan pastikan sebelum berworkshop dengan Irfan Khairi saya sudah memiliki sesuatu drpd sdr utk dibawa keworkshop sebagai persediaan pemasaran yang mungkin boleh dijadikan panduan
Namun jika Amirol dan Labanon ada ide untuk pemasaran yang berkesan sebelum saya keworkshop mgkin dpt menambahkan pengetahuan kami.
Jgn Lupa, harapan saya agar suatu hari nanti Amirol dan labanon dan Helmi Hosting boleh bergabung ntk membentuk satu bengkel yang lebih murah dan berkesan
Saya akan melobi dan terus menunggu.
Sekian Berjumpa lagi
Muhammad Shahrul Bin Mohd Saleh Hussein
http://www.lovemrlove.blogspot.com
Mie
April 6th, 2008 at 10:33 pm
2Huh,
Mmg sedap mkn,pastuh jumpa lak semua usahawan internet..
mmg best & berbaloi drive dr jauh..
Gambo lain x dok ke amirol.. hahaha.. x cun plak gambo yg last tuh.. ramai sgt nak amik gambo.. x sempat dah nak posing mana satu.. dah la aku nih x encem.. hahaha
Labanon
April 7th, 2008 at 5:33 am
3Hehe best gak gath haritu haha.. letih giler nak gi sana.. anyway tak letih dah dapat jumpa they all
p/s: Nak buat review kat blog pun tak larat ni hi hi hi
Nizam
April 7th, 2008 at 9:18 am
4Wah best juga laa. Tak sangka begitu meriah.Terima kasih sebab buat sikit liputan sekurang-kurangnya kami dapat juga ikuti perkembangan semasa usahawan Malaysia.Akan datang boleh join pulak kot…
komenebook.com
April 7th, 2008 at 11:53 am
5salam
wah..meriahnya majlis. nampak kek mcm sedap jer. saya ni hantu kek..hehehe..
tentu best kat sana. sedih jugak tak berkesempatan untuk ke sana. nak jugak jumpe 5 0rang jejaka tampan tu..
apapun, tahniah dan semoga maju jaya untuk wanitaniaga.com
Team FlareBiz | Flare Lightening the Biz World » Blog Archive » Team FlareBiz @ Annual WanitaNiaga.com
April 7th, 2008 at 3:15 pm
6[…] Blog AmirolĀ Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and […]
catzer
April 7th, 2008 at 3:26 pm
7dapat cuci mata tak? kui kui kui..erm sy satu hari photoshoot kat Bagan Lalang dan “tembak” kapal terbang. anyway, glad you’re happy with the Gath. Maybe next time kot sy join if takde agenda lebih pentinglah..
~ Diari BisnesWanita ~ » Blog Archive » Annual Wanita Niaga - Usahawan Internet
April 7th, 2008 at 3:57 pm
8[…] Mohd AmirolĀ « Intan - Selamat Merempuh Alam […]
ijamidayu
April 7th, 2008 at 5:12 pm
9pergh.. syok la dpt jumper semua.. ruginyer xtau.. pasal sebelah ofis jer..

xper ler mungkin belum ada rezeki jumpe kwn2 online lagi..
amida_korea
April 7th, 2008 at 5:18 pm
10salam amirul
salam perkenalan dari kak mida
tak sempat nak sembang2 dgn masa gathering
sibuk melayan anak2.
NazhaSecret
April 7th, 2008 at 7:17 pm
11ha ah kan kak mida..sy pun tk sempat nk borak ngn jejaka-jejaka ‘terhangat’ tuh,segan pun ada,borak2 ngan pompuan aje..huhuhuhu
amirol
April 9th, 2008 at 1:06 am
12nanti kita jumpa lagi semua jika ada kelapangan.
lynn@wanitaniaga
April 16th, 2008 at 11:12 am
13Salam Amirol dan semua tetamu yang dpt menghadirkan diri ke Majlis Annual Wanita Niaga yg pertama kali diadakan tempohari. Baru arini saya sempat menjenguk entry Amirol, sibuk urusan personal saja sejak balik dr Jepun. Well.. syukur sgt sbb semuanya berpuashati dgn makanan dan yg penting dpt bertemu mata mengeratkan hubungan yg selama ini hanya berlangsung di dunia maya. Walaupun majlis tersebut sangat sederhana dan singkat, serta byk kekurangan.. kelam kabut sket dgn karenah anak2 kecil (dah namanya komuniti wanita jg tak dpt lari dr dunia anak2 kecil), namun saya mengharapkan agar semua tetamu yg hadir tidak serik dan malah terus memberi sokongan padu kepada aktiviti2 seumpamanya khususnya yg diadakan khas utk para usahawan internet Msia. Ohya jika ada projek2 besar tu jgn lupakan wakil dr Wanita Niaga ;). Thanks Amirol sebab terus memberi sokongan!.
dila@tulips
April 16th, 2008 at 10:33 pm
14salamz…
wah…ketinggalan nie…sori..
erm..tul la..akak pun sogan nk borak2 ngan ‘jejaka terhangat’ nie..haha..apaapapun..mmg best annual nie..
nnti jemput dtg lagi ya
Shahrul / Cikgu saleh
April 22nd, 2008 at 5:35 pm
15Assalamualaikum,
Amirol, terima kasih memberi ruang laman ini, boleh gak saya bertanya2 mengenai on-line busines.
Selepas pulang dari Golden Horses tu..saya bersiap-siap pula utk ke Irfan Khairi Workshop.
Memang padat dengan input2 yang terkini. Namu saya agak blur bila pulang ke rumah dan tiba2 tak tahu apa yang saya nak mulakan dulu..kalu boleh saya tak naklah nak gunakan web free,web free dah lama siap (http://www.lovemrlove.blogspot.com dan dah pernah layarkan ke googleAdword,
bayar hanya RM40.00 aje…selepas 2 minggu tengok akaun Adword terdapat maklumat mengatakan ada 27,000 Impresion pd laman web saya, ( tak tau apa maknanya ) kemudian terdapat juga 40 clicks. Tapi yang menghairankan saya pernyataan income duit masoknya tak kelihatan, jadi saya anggap tak ada duitlah…tak faham jugak saya…
jadi selepas workshop irfan khairi saya ambil keputusan nak daftar kat emerge.com nak buat domain berbayar, dan hosting sekali. Maka saya pun ciptalah domain baru bernama failjutawan.com. Bila nak terpikir bayar hosting ajee.. bertanya pulak pd diri saya sendiri..apa yang aku ada untuk di pasarkan jika aku ambil keputusan untuk bayar domain dan hosting yang di daftar ni…itu satu hal lah..kemudian terfikir pulak mesti ada kelengkapan web kita tu..kurang-kurang ada kaedah bayaran kpd kita samada daftar clickbank atau 2 Check Out. Memang kami tak ada kredit kad buat masa ni..Jaaadi serba tak kene..Namun saya tak putus asa juga..pada 10.5.08 ni saya hantar juga anak saya shahrul yg bersama saya ke golden horses temph hari..untuk ambik ilmu Jom Seminar pula..saya tak dapat pegi…tak tau lah apa kesudahanya nanti..
Baru baru n i terbaca pula ebook gobala Krishnan..ttg wordpress.com….Puuun saya daftar jugak satu lagi web bernama jutawannews.wordpress.com. Bak kata orang nama kedai ada, kedainya pun ada, tapi barangnya tak ada atau tau apa nak jual…Gobala kata Adsense pun mudah buat duit, program Affiliate pun dia kata senang, nak buat ebook pulak tak ada kemahiran..tak tau cara .spt softwear nak buat cover tu pun tak tau mana nak carii…Jadi amirol Online busines ni bagus sangat..tapi segala maklumat yang kita ada ni perlu di aply segera dgn perlaksanaanya secepat mungkin..dan perlu ada bahan-bahan yang disusun dari awal WEB hingga lah pemasaran..Saya mohon sangat buat lah satu hari program yang membolehkan saya yang ada nama kedai dan kedai ni..tau apa nak buat dgn kedai ni. Sebenarnya kepala dah berkecamok…saya mungkin lemah nak susun satu-satu perkara secara tertibnya.
Kalu lah kita dapat melepasi ini semua saya yakin Onlinelah satu-satunya business yang paling unggul selepas Hyper Market…dipanggil MAYA MARKET..
Sekian terima kasih
cikgu saleh / Shahrul
xHydra
May 5th, 2008 at 3:15 am
16nanti kita jumpa lagi semua jika ada kelapangan
:-)
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply