Amirol & Dunia Internet

Roda - Roda Dunia Internet

5 Perkara Pertama Dalam Hidup Saya?

Posted by admin On April - 9 - 2008

Memandangkan hari ini ada sedikit keluangan masa, saya menjawab TAG yang dikenakan oleh Muhd Firdaus iaitu berkaitan 5 Perkara Pertama Dalam Hidup.

Walaubagaimanapun, ada syarat pulak nak buat kerja - kerja tag ni. Antaranya :

  1. Tak boleh cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
  2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
  3. Tempoh tag berakhir 27 April 2008.

Jadi, untuk tidak membuangkan masa, jom lihat 5 perkara pertama dalam hidup saya. (actually ada banyak.. tapi dorang nak 5 jer, saya bagi 5 je la. :D)

Perkara Pertama

Baru hari ni saya buat kerja tag. :P

Perkara Kedua

Website pertama saya di internet adalah menggunakan geocities yang dibangunkan pada tahun 1999. (Website ni dah di delete lama dulu.. Guna buat personal page sahaja)

Perkara Ketiga

Domain pertama saya di internet adalah lightheartz.com (dah expired) dan digunakan untuk buat web ntah apa - apa ntah.

Perkara Keempat

Pertama kali mengalami kekecewaan dalam hidup (harap - harap tak ada lagi la lepas ni) adalah pada sept 2006 apabila “si dia” bertunang dengan pilihan keluarga… Kecewa tahap “gaban”… Setahun lebih baru recover.. (Skang dia dah kawen pun.. Semoga berbahagia doa saya)

Perkara Kelima

Kemalangan pertama yang saya alami sendiri (self excident) adalah sewaktu berumur 6 tahun dimana terjatuh dari basikal (BMX tuu..;)).. Saya mengalami keretakan pada siku tangan kanan. Sampai hari ini jari tangan kanan saya tak dapat menyentuh bahu kanan.

Ini adalah antara 5 perkara pertama yang saya alami. Sebenarnya banyak lagi benda - benda pertama dilakukan dalam hidup. :D

Mari kita lihat siapa yang kena tag pula…

Muhammad Hilmi - Rakan online yang banyak membantu saya.

CatZer - Seorang awek yang sempoi.

Razali Rizal - Rakan Online yang sering berutus pandangan dan pendapat menerusi email.

Team FlareBiz - Rajin - rajin lawat ke blog ini untuk dapat informasi menarik. MajalahIM bulan April akan keluar tak lama lagi.

Kekeru - Saya tengok kekeru ini latest visitor blog ini sewaktu artikel ni ditype.. So, tag ajer la. :)

Semoga berjumpa lagi.

- Amirol

8 Responses to “5 Perkara Pertama Dalam Hidup Saya?”

  1. ijamidayu says:

    huhuhuh..seronok aku tengok ramai kena tag.. tapi cara nie pada saya bagus,.. kerana dengan itu kita terus ingat saper rakan IM yg lain.. maka kita lebih erat sesama kita.. :) good luck all.. :)

  2. komenebook says:

    (salam) setakat ni, baru saya baca 2 orang, yang pertama dari kakeru dan kedua dari saudara amirol sendiri. nampak gaye lepas ni saya kena cerita 5 perkara pertama dalam hidup saya jugak le..,

    marin baru post artikel pasal bersakit-sakit dahulu. so kena post yang pasal tag ni pulak la..hehe kena buangla sikit sifat perahsia saya ni :-)

    nice story amirol.especially last 4th. Sabar ye. bunga bukan sekuntum. saya pun penah mengalami situasi yang sama. Saya doakan amirol dapat insan yang lebih baik, mampu jadi penenang di kala susah, penyejuk di kala gembira.

    saya pun dah post artikel pasal tag ni…itula citer saya lebih kurang

  3. dauz says:

    akhirnya amirol mereply tag saya //huhu….
    :)

    Makin menyebar tag nie yaaa

  4. kakeru says:

    Mmm..? Uhuh..rupa2nya saya kena tag lagi, Tag kali kedua..? Yg first dah jawab…yg kedua dari Amirol dan komenebook. Compulsory ke optional nih..? Hmm…hmm..

  5. Mohd Amirol says:

    Optional jer.. Kalau dah jawab, so no need to jawab. :D

  6. kakeru says:

    Oh..ok…Akan dipertimbangkan, hehe.. :)

  7. [...] So, kat sini aku ingin melangsaikan hutang TAG dgn beberapa rakan yg tidak dpt aku tunaikan minggu lps..erm kalian sedia maklum aku kureng ngan TAG tp love PING. Tp aku tahu kita mmg selalu dpt benda yg kita tak suke kan..kekeke..Takperlah demi menambah kepoweran seo untuk blog wordpress ni aku dgn rasminya mereply TAG dr Amirol:- [...]

  8. [...] saya kena tag lagi, saya pun termangu-mangu mencari idea… By the way, thanks to komenebook dan IM Mohd Amirol kerana telah mengetag saya dengan jayanya. Sebagai makluman, tag ini bermula daripada Afzai [...]

Leave a Reply