Untuk makluman anda, saya telah menyiapkan satu halaman untuk tutorial newbie. Tutorial yang dimaksudkan adalah asas - asas kepada penggunaan komputer. Memandangkan kadang-kala saya menerima email bertanyakan, bagaimana nak download, bagaimana nak unzip, bagaimana nak baca ebook pdf, jadi saya telah menyiapkan satu tutorial mudah.

Anda boleh lihat di http://www.usahaniaga.com/tutorials. Buat masa ini baru ada 4 sahaja yang saya masukkan. Dan insyaAllah saya akan tambah lagi beberapa tutorial asas berkaitan dengan soalan - soalan yang sering saya terima.

Untuk perkongsian bersama, saya memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja yang merasakan tutorial ini dapat membantu pelanggan masing - masing, boleh linkkan halaman tutorial ini untuk menjadi panduan kepada pembeli produk anda.

Jika ada idea, ada pandangan, boleh kemukakan di sini supaya saya dapat membuat tambahan apa yang perlu. Tutorial yang bakal diberikan sememangnya khusus kepada newbie yang baru guna komputer. ;)

Perkara kedua yang ingin saya nyatakan adalah, blog ini akan berpindah ke server baru. Jadi berkemungkinan akan terdapat gangguan akses untuk dalam tempoh 2 - 3 hari ini. Segala kesulitan, saya mohon maaf.

Ketiga… Setelah hampir setahun nama domain www.PeluangInternet.com saya miliki, saya telah memutuskan untuk menggunakan domain ini sebagai perkhidmatan newsletter saya sendiri. Saya bercadang untuk menyediakan artikel - artikel setiap minggu yang diberi sentuhan personal yang bermaksud, setiap artikel yang diberikan adalah berdasarkan daripada pengalaman saya, perkara yang saya lakukan serta beberapa hal yang saya rasakan sesuai untuk dikongsikan.

Harapan saya, semoga ianya kelak dapat membantu pengguna - penggunanya.

- Amirol